Muka Surat Pertama... 12:06 PM

Atlast berjaya jugak saya mulakan blog ni ..memula mcm gatal2 tangan je godak2 blogger.com ni...pastu terpikir lak...why not???hehehehe...

Okeh..nak citer ape ek arini...hmmmm...disebabkan semlm saya baru dapat surprise bday bash from my beloved friends,saya nak citer pasal persahabatan.


Apa yang kita alami demi seorang sahabat kadangkala melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering disajikan dengan pelbagai dugaan tetapi persahabatan dalam erti kata sebenar sudah pasti mampu mengatasi setiap dugaan yang mendatang, bahkan tumbuh dan berkembang kerananya.

Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan satu proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya. Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.



Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justru kerana kasihnya pada sahabat, dia akan memberanikan diri menegur apa adanya dengan cara yang paling terhormat.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha, pemeliharaan dan kesetiaan tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi untuk mencari perhatian, pertolongan dan penyataan kasih dari orang lain, tetapi berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh seorang sahabat.

Ramai yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Saya adalah antara orang yang bertuah kerana dikurniakan dengan sahabat-sahabat yang sentiasa berada bersama saya dimasa susah dan senang..apabila saya bersama sahabat-sahabat saya berasa tenang dan gembira dan terlepas sebentar dari masalah yang membelenggu kerana telatah mereka yang begitu menghiburakan saya. Kehidupan kita ni mesti bosan tanpa sahabat,betul tak??hahaha..yela,sahabat dan keluarga memainkan fungsi yg berbeza dlm kehidupan kita. Ada masanya kita lebih selesa berkongsi masalah bersama sahabat berbanding dengan keluarga terutama perkara-perkara yang memerlukan nasihat rakan sebaya..ehem ehem....






Sebelum mengundurkan diri saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini “Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita.”

.: Abu Said ra. berkata: Nabi saw bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Carilah kebaikan kepada orang-orang yang mempunyai sifat belas kasih daripada ummat-Ku tentu kamu akan dapat hidup di bawah lindungannya, karena dari orang-orang yang kejam hati karena murka-Ku menimpa diatas mereka". (Hadis Riwayat Al Qudha'ie dari Abi Said) :.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...