Trilogi Cinta..... 11:53 AM

Kadar kemengantukan adelah agak tinggi pagi nih...hehehe..semlm sampai shah alam pun dah dekat pukul 1am..nasib baik baby dh tido dalam kete..aku pun naik je bilik terus zzzzzzzzzzzzzz..selalu sampai tu sempatla gak aku kuarkan baju dr beg, pilih baju nak pakai esok segala..ni tak de maknenye..letak sume tepi, terus panjat katil..pepagi nih baru terhegeh2 cari baju ngan tudung..guna torch light okeh bagi mengelakkan pencahayaan yg menggaggu tido baby..



Punca yg aku balik lambat semlm tu adelah incik suami yg balik lewat dari memancing..around 10.30pm baru smp..aku plk tgh layan Trilogi Cinta..harusla tunggu citer tu abis kan..aku dah lama sebenarnya nak wat enri pasal citer nih..tapi xde feel lagik..hehe..so hari nih aku nak citer pasal Trilogi Cinta nih..Citer nih actually adaptasi dari 3 buah novel ; Tak Seindah Mimpi; Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi..novel ni ditulis oleh penulis peberet aku iaitu Sharifah Abu Saleem. Aku sayang giler ngan novel yg tiga bijik nih..kalo novel lain ilang takde la keje aku nak ganti bagai, tapi kalo salah satu dari yg tiga ni ilang mmg pasti Rasukan Ablasa akan terjadik..hehehe..



Kenapa aku suka giler citer nih? aku mmg peminat novel tegar, genre kegemaran aku citer psl family..cintan cintun aku tak minat (tak bape sesuai ngan umo okeh)..aku memula baca Tak Seindah Mimpi..terus tangkap cintan..maka aku beli Tak Semanis Impian and finally Tiada Lagi Mimpi..fuhhh terbaekkkk dari ladang beb.  Bape kali ntah aku ulang tayang baca novel2 nih..aku rasa mcm dah masuk lak dlm citer tuh (ober nye!!!) Aku selalu berharap citer ni akan diangkat jadik drama..and finally my dream come true..pilihan pelakon2 sangat sesuai laa..




Okeh aku citer sesikit la ye..Kisah ni pasal Norjinah, pompuan baik yg tggl kat kg..dia ni dua beradik (ngan abg dia, anuar)..ade adik2 tiri..Dia ni slalu la kena marah ngan ayah tiri dia without any reason..sian dowh, kemuncaknye bila dia nak pi further studies  bapak tiri magkuk dia nih pi roket duit dia RM5k ..langsung member cancel nak sambung study..pi la jadik org gaji umah Razif tu..anak2 Razif yg takde kasih syg mak sbb mak diorg si Salmi telah merambus ngan jantanz lain, terus sayang giler kat Ji..haaa aku citer sampai sini je la ye..citer dia panjang lagik sebenarnye..banyak konflik..maklomla 3 bijik buku la katakan...tapi sebab drama pun baru sampai babak si Ji ni masuk spital sbb si salmi yang dah cacat tu meroyan baling vase kat dia, maka aku stop summary aku kat sini..sapa nak tau sambungan nye ada 2 option: Sila beli novel atau sile tengok drama every Sunday-Tusday 10pm kat TV1 okeh...

kalau mengikut keseluruhan jalan cerita dalam novel ni memang mantap,tapi menurut Rosyam hanya 80 ke 90 peratus skrip Trilogi Cinta mengikut Novel tersebut.Kira okey lah kan,walaupun mereka tak mampu nak mengikut sebijik watak razif yang sangat kaya dan mempunyai pejabat besar di KLCC.Mereka cuma mampu tunjuk kekayaan tu melalui Rumah yang besar kira masih relevan la.Kebiasaannya drama-drama melayu yang ada watak orang kaya ni,masa kat pejabat tu mesti ada sebut projek harga berjuta-juta,itupun dah tunjuk kaya dah kan, hehehe.





Pelakon sume best2 la...Rosyam Nor membawa watak Razif,seorang lelaki yang kaya dan kacak.hehehe terbayang plk watak Razif dalam ketiga novel karya Sharifah Abu Salem ni,lelaki yang agak berumur bertemu dengan Norjinah,baby sitter anak-anaknya. tapi masa aku baca novel nih aku bayangkan lelaki tuh Zamarul Hisyam (relevant kah Zamarul jadik lelaki berumur?hehehe) mesti feeling sampai meresap dalam jiwa,boleh menangis,boleh terasa dicintai,ahaks.



Watak Nojinah tu plk mmg susuai sangat di bawak oleh Fauziah Gaous..watak awek dari kg yg blur2..lurus bendul smp nak pakai vacum claner pun smp tersedut kain...hehehe.. Sian dowh kalo baca novel nih..mmg teraniaya sungguh Norjinah dlm kehidupan dia tu..





Watak Salmi sebagai isteri kepada Razif dipegang oleh Amyza Adnan.Seorang isteri yang curang,Razif masih menerima Salmi sebagai Isteri setelah Salmi terlibat dalam kemalangan sehingga lumpuh.Berbagai dugaan yang dihadapi mereka bertiga (Razif, Salmi, Norjinah).Memang patutlah ada 40 episod untuk mengikut keselurahan cerita dalam ketiga novel ni.

Trilogi Cinta TV1

Siti Fazurina memegang watak Norseha .watak ni memang mengada betul,watak gadis kampung yang pemalas,bila dapat menumpang kesenangan kakaknya(Norjinah) yang telah menjadi isteri kedua Razif,dia cuba nak merampas suami kakak tiri dia tu pulak.Geram betul aku!!! (alamak emo terlebey suda...)

Trilogi Cinta

Lagik satu watak yg aku rasa sangat2 kena ngan pembawak nye ialah Aida Khalida..sebagai mak Razif..fuh mulut standard petir wa cakap lu beb...hehehe..cakap main lepas jer..mak razif nih pun sebenarnye penyumbang gak dlm sikap Salmi yg tak bape buley masuk ngan pamily Razif tuh...

Aku sebenarnye tak sabar nak tgk sapa pegang watak Shahrul, adik si Salmi..Salmi ada 2 adik..Badrul yg baik (sapa ntah nama pelakon tuh...), Shahrul the evil one...Badrul dah ade kuar dlm drama..shahrul yg belum..Shahrul ni mmg jahat giler dlm novel tu..

“Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan ditangan TUHAN.Sebuah Karya yang kaya dengan nilai kasih sayang dan kemanusiaan.Suatu rentetan perjalanan hidup yang sesuai dijadikan iktibar disamping menginsafi bahawa adakala hidup ini tidak seindah yang diimpikan.”- Trilogi Cinta




Nostalgia 5:30 PM

Bonjour!

Kalau korg were born in 1970s and membesar di era 1980s, mesti korg tahu apa yg aku citer dlm entry ni. Dok bersembang2 ngan kawan2, sekali tingat pasal citer2 jepun yg mmg kasik penangan yg kaw kaw punye masa zaman membesar tuh. Dulu2 citer alih bahasa mmg glamor habis la di antara kita. Antara citer2 yg mmg berhantu zaman tuh ialah Moero Attack, Chiaki, Oshin, Rin Hani Koma, Gaban, Kesatria Baja Hitam, Ultraman Ace... the list goes on and on. Tapi my all time fav are Moero Attack and Chiaki. Satu lagi Oshin. Jom kita mengimbas kenangan lalu!

Moero Attack

Citer ni yg paling berhantu! Bukan berhantu camna, tapi memberi kesan yg mendalam dlm idup aku (Rasa nye ramai yg giler kan citer ni zaman2 tuh). Kalau sebut jer Moero Attack and dibesarkan di Malaysia zaman 1980an, mesti tahu pasal ni. Tipu kalau tak tahu.hehehe.. Citer ni pasal this one gurl nak cari mak dia. If i m not mistaken mak dia pun ada power mcm dia. So dia pun masuk la volleyball team nih. So actually citer ni suka duka dia nak jd pemain volley yg hebat. Dah lupa camna ending dia. Anyway, aku dulu siap brangan nak jd Chun. Chun was the heroin in this series. Kalau lari, mesti lari mcm Chun. kalau nak lompat, mesti lompat mcm Chun. Trademark yg paling gempak, everytime Chun nak spike bola mesti dia buat SOMMERSAULT BERPUSING! Kalau nak spike tuh mesti sebut, "PIRING BERPUTAR" (sumthing like that). Kalau nak ikat rambut mesti tocang dua, baru leh jd Chun. Mmg dulu tak miss tgk episodes kat tv. Skang pun still terngiang2 the theme song citer nie. Mmg berhantu kan. Ingat tak, iklan citer nie UBAT BATUK CAP IBU DAN ANAK? hehehe ..Konon taim skolah nak main bola tampar, nak jadik mcm Chun la kunun...harammmmm..takat senaman beramai2 tu lepas la masuk okeh..tula yg paling fancy pun buleh buat taim tu...hehehe. Satu lagi fav Chun, masa nak buat latihan dia mesti melekat kat dinding upside down. Aku nak buat camtu? Ilang akal ape? hehehe...walaupun taim memuda dulu vadan idaklah "secomel" ini tapi takde mananye nak sommersault berpusing bagai der...hahaha

Chiaki

Chiaki ni citer suka duka seorang gadis yg bercita2 nak jd stewardess. So sepanjang training tuh mcm2 la kisah pasal dia as a trainee, kisah cinta dia ngan trainer dia yang hensem, Cikgu Hiroshi. Tapi kalau tingat citer nih, tak sah kalau uols tak ingat pasal lagu yg selalu Chiaki and the geng nyanyi for Cikgu Hiroshi. It goes sumthing like this:

Cikgu Hiroshi Cikgu yang baik hati
Orangnya pun sangat tampan sekali
Dia penyayang, pemurah, sungguh berani
Siapa yang dapat dia sungguh beruntung
CHIAKI!

Hahaha... tgh2 taip ni pun, aku gelak sorang2. Ingat tak uols, tunang Cikgu Hiroshi, Cik Mariko Shinto! Hahahah... siap ingat nama penuh lagi. Apa tak nye, she's such an evil. Benci! Tak suka tgk dia. Ada jer muslihat dia nak buat. Everytime nak mintak simpati ngan Cikgu Hiroshi, mesti dia tarik gloves dia ngan gigi. Nak tunjuk tangan palsu dia. Ingat tak!! Hahaha... Aduihh... citer ni takde la kasik penangan kat aku nak jd stewardess ke apa, tapi kasik inspirasi nak ada bf or hubby yg tua and hensem just like Cikgu Hiroshi! Hahahaha... giler? yesss... dulu berangan tak ingat!

Oshin

Citer Oshin nie kenangan ngan my datuk & arwah nenek (al-fatihah). Citer ni paling lama, episode paling byk dlm sejarah citer jepun yg ditayangkan kat Malaysia. Apa taknye, citer ni pasal Oshin dr kecik sampai la tua. Tgk gambar kat atas tuh, ada tiga org kan? Yup sumer tuh Oshin. Masa dia as a teenager, as an adult Oshin and as a nenek Oshin. Citer nih mmg sedih la. Oshin selalu kena dera jer. Lupa dah ending camna. Tapi for sure, everytime Oshin dah nak start, mesti atuk and nenek panggey tgk sesama (kalo taim tu aku ade kat kg la). They all mmg fan #1 citer nih. Hahaha.. Oshin Oh! Oshin. 


Ni la antara kenangan masa skolah.... see ya in my next entry!

ASTRO FIRST 1:42 PM


 Jumaat aritu incik suami kecoh-kecoh sebab nak langgan Astro First. Perkhidmatan terbaru daripada pihak Astro ni bermula  13 Januari 2010. Ok, sedikit pengenalan mengenai Astro First ye. Astro First ni macam pawagam. Tapi pawagam Astro First ni simple gile. Tak perlu buat hall besar-besar, tak payah ada kerusi banyak-banyak dan tak perlu ada sound system yang boleh mencairkan tahi telinga untuk buat pawagam ni. Anda hanya perlukan sebuah TV(kalau nak best LCD Full HD) dan yang paling penting anda ialah pelanggan Astro la..hehe
Sepanjang aku baca 42 jenis Frequently Asked Questions(FAQ) kat website Astro First tadi, apa yang aku boleh ringkaskan ialah:


  • Semua pelanggan yang pakai decoder Astro jenis normal dan B.yond sahaja yang boleh langgan Astro First. Astro Max tak boleh
    Nasib baik rumah aku dah tukar Astro B.yond.. :)
  • Satu filem harga dia RM15
    Kat sini aku nampak dia punya penjimatan tahap kaw-kaw tu. Bayangkan, RM15 untuk satu movie bukan untuk seorang. Jadi kat sini korang yang kepala hotak bisnes tu(macam aku) dah boleh buat duit dah. Jemput semua jiran-jiran, member-member semua datang tengok movie. Make sure TV korang cukup besar la nak tampung semua mata yang melihat tu ye..hehe Pastu kutip la sorang RM1 ke RM2 ke..LOL
  • Filem yang dibeli hanya boleh di tengok 48 jam selepas pembelian
    Syarat yang ni pulak bagi aku adil la bagi semua pihak iaitu pihak Astro, pengarah filem dan juga penonton. Bukan apa, sebab nak jaga copyright filem ni jugak kan. Lagipun RM15 untuk unlimited orang yang tengok tersangatlah murah kalau nak compare dengan pergi tengok kat TGV/GSC tu.

Aku rasa 3 point ni dah cukup untuk buat korang faham pasal Astro First ni. Kalau nak clear lagi boleh usha sendiri(website Astro First) Jom kita tengok pulak apa kebaikan dan keburukan Astro First ni. Ni pendapat aku ye, jangan kagum sangat..:)

Kebaikan Astro First
  • Sesuai untuk golongan dewasa yang ada anak kecik yang dah tak boleh nak keluar lepak tengok movie kat pawagam macam zaman muda remaja dulu…ni golongan aku la nih..hehehe
  • Sesuai untuk golongan separuh tua (40-50 an) yang masih ada keinginan nak enjoy tengok movie kat pawagam tapi malu takut orang lain kate ape pulak kan. Dah tua-tua insaf la sikit.
  •  Masalah kegiatan “tak sedap didengar tapi sedap dipandang” kat dalam panggung akan berkurang sebab bila awek ajak tengok movie kat pawagam pakwe die cakap “Ala, Astro First kan ada. Lagipun i tengah pokai sekarang ni..”
  •  Membanteras kegiatan cetak rompak. Even aku sendiri pon sanggup langgan Astro First daripada layan pirate movie kat pasar malam tu. Kejap-kejap ada orang bangun, kejap-kejap senget ke kiri.
Keburukan Astro First
  •  Cerita cetak rompak akan lebih berkualiti tinggi sebab para pencetak rompak akan rekod filem yang kat dalam TV tu dan jual kat pasar malam lagi…hahahaha
Cara-cara nak langgan Astro First ni pulak korang boleh lihat kat http://www.astro.com.my/astrofirst/ sendiri ye. Kang nanti aku tulis pastu korang buat tak jadi korang salahkan aku pulak.

PS: Apa-apa pon, aku rasa mesti ramai yang ragu-ragu bila dengar satu movie harga RM15 dan hanya boleh tengok dalam masa 2 hari jer kan? Sebab ape? Sebab lumrah manusia yang tak boleh tengok bil yang mahal-mahal…ahha

Aku dh langgan pun..tapi kat decoder sban la...ye la kalo langgan kat shah alam kang bila plk la masa aku nak nengok nye..so aku amek 2 citer..Ngangkung dengan Damping Malam..dedua best..hehehe

TAHNIAH MALAYSIA!!! 12:58 PM

MALAYSIA MENANG!!!!!! hehehe...happy semalam tak abih lagik..umah aku dah jadik mcm stadium semlm..balance la..4 penyokong indon (kak ana + pekerja2 incik suami yg tgh renovate umah baru aku)..hehehe..agak "paneh" gak semlm tuh. aku rase bergegar gakla Jln Turmalin Enam tuh ngan jeritan GOLLLLLL kami. Musti pak aji depan umah nih urut dada...sowi la pak incik..kami ober excited laa. 14 thn kottt tak pernah dapat Piala Suzuki nih. Jgn marah ye pak incik..hehe





Aku nih kalo bersukan mmg tak minat, tapi nengok bola mmg sgt2 suke..selalu la jadik commentator tak bergaji (walaupun kengkadang ntah hape2 yg aku komen...hehehe..selalu ijam yg betulkan comment aku tuh..) Semlm game mmg best..players Indon pun main taklah robust. Okeh laaa..tapi yg quite disappointed nengok supporters diorg la. Sampai players kita kena naik kereta kebal nak gi lawan bola??? wehhhhh main bola je kotttt?pehal nak naik keta kebal segala? mana pegi sporting spirit? Adat la menang kalah tuh..ni siap buat banner segala.. provokasi melampau sampai dlm paper arini ade yg bakar dan gantung leher patung Upin dan Ipin. Woi!! tu ikon kanak2 Malaysia tau, termasuk anak aku. Pehal la korg nih...bawak2 la mengucap..tu tak kira lagik si Julia Parez nak pakai coli laser. takde lak semlm aku nampak laser "berkembar" tuh...bateri abih agaknye..hihihi..dangkal betul pemikiran..kita penah kalah first round arituh sampai 5 kottt..takde plk kita ckp pape..team diorg dtg sini kita sambut and layan baik. kenapa bila kita gi sana diorg buat mcmni? entahlah...sentimen betul laa..rileksss..bola je kotttt...Semalam best...reramai nengok bola kat umah..ijam pun ada..abis bola ayah datang, tido umah aku..semlm dia keje smp 11pm, pagi nih masuk pkl 7am..aku paksa la dia tido shah alam..takkan nak balik...bape jam je dpt rehat. memula tak nak gak dia, pastu aku push gak, baru nak..hehehe..maklom la aku kan pathetic...kena kumpul org reramai dlm umah sebab takleh ddk ngan laki aku je dlm umah.(mengikut hikayat si luncai dgn labu2 nye laaa). Takpelah Tuhan tahu apa niat aku dan incik suami.


Okeh..stop. no emo2 plishh..enri nih pasal bula sepak..pasal happy2..haaaa apa lagik yg lebey happy selain darik penguguman PM yg esok diishtiharkan COTI UMUM???? Hehehe berita pkl 12am tadik buat ramai org bersorak..yelah dapat cuti free last day tahun nih. Ijam je yg agak tak bape best sbb kena buat submission esok, tapi dah cuti camno tuh? hehehe...sian Tuan Khairul...hehehe. Semlm abis bola ijam, incik suami ngan pais kuar gi nengok kolam. plan nak gi mancing mlm nih. memandangkan esok cuti maka kami balik la sban esok lps solat jumaat. mlm ni ngan esok pagi plan nak kemas2 barang sikit..kotak pun mak dah bagi last week..banyak gak barang nak kena packing nih.incik suami plan ujung bln depan or paling lewat awal bln 2 nak moved out..tiling maybe siap dlm minggu depan..pastu tggl wiring sesikit, kitchen cabinet...then buleh la pindah. Tak sabo pun ade nih..actually umah aku nih patut dah siap awal thn lagik..tapi tergendala sbb incik suami tarik pekerja2 dia gi site lain..yelah buat umah org dpt duit...buat umah sendiri kuar duit...hehehehe..macam org selalu cakap la..tukang jahit biasanya baju dia sendiri tak siap..hehehe...maka nye umah aku pun terbengkalai la..jadik tempat kucing lepak2. Ni tiling dah start balik senang sikit ati aku..ye la pitam gak nak bayar dua umah..sewa jalan, kat bank pun kena bayar..mana tak pitam..lagik cepat moved lagi bagus..maleh nak ingat kenangan2 umah lama..actually banyak gak sweet memory kat situ...baby pun memula masuk umah tu la lps lahir..ingat lagik aku, incik suami, ijam, mak, ayah ngan amir sesama kemas cuci umah tu masa nak pindah bulan sept 2007. sangat best time tuh..yg bad memory? nanti2 la citer...






Hari sabtu nih aku ada pre-reunion ngan my ex-school mate..looking forward to meet them. memasing dh beranak pinak..muka pun dah berubah..selama nih dok "jumpa" dlm FB je. malu pun ade...ye la sejak jadik penternak lemak yg berjaya nih segan sket nak jmp member2 lame..maleh nak jawab soalan2 kontrobesi "nape gumuk sgt nihhhhh????" or "berisi ko skrg ek?" ishhhh takkan nak banding ngan 14 thn dulu...yg slim melim tuh metabolisma tinggi kot..aku nih sayang nak buang lemak2  nih setelah sekian lama aku bersama mereka...buleh tak aku jawab mcmtu ek? hehehe.. Kengkonon sabtu ni nak jumpa utk organize actual reunion yg plan nak buat bln depan. tengoklah sambutan canne sabtu nih..hehehe...hopefully aku tak demam la sbb simptom2 dah ade..selemo (selsema dlm bahasa nismilan) dah berjejeh..samapi pagi nih aku lewat bangun..selalu pkl 6.45 dah jalan, nih 6.50am baru kejutkan amir..penangan ubat selesema aku mkn semlm la nih..nasib baik sempat sampai before 7.30am..arini last masuk 7.30am..start next week tukar masuk 8.30am plk. tapi takde makne pun..still aku kena kuar before 7am atau not later than 7.15am..tu pun sampai ngam2 8.15am tu..jem kat Faderal tu toksah cakap la..tensen betul!!






Fuhh banyak plk bebelan aku dlm entry kali nih ek? musti muntah ijo org baca (ada ke org bace?hehehe) okehla..kot ade kesempatan aku hapdet lagik entry last utk thn nih esok..bubuyeeee



Makan, makan dan makan.... 5:16 PM

Burpppp....hehehe...kenyang..alhamdulillah. banyak betul lauk mak masak tghari nih. Ade ketam masak  lemak,ikan patin masak tempoyak, sup tulang (gearbox) pastu paling besttttt temonsu bakar + daging bakar. Ape tu temonsu? adeh aku pun tak gheti nak explain..mcm perut lembu yg panjang2 tu laa..sedap mkn kalo bakar..fuhhh terangkat beb..aku dah lamaa craving benda nih..selalu raya aji mesti ayah bakar..tapi sbb raya aji aritu kan aku gi BTN make bye2 la temonsu..ayah sian kot nengok aku tetiap minggu tanya..so dia carik gak utk aku..i lap u beri strong laaa ayah..muahhhhh!!! hehehe

Actually semlm mcm hari mkn sedonia utk aku. Tghari gi makan kenduri kawin kat Spanish Villa..aku pun tak tau kewujudan tempat nih kat sban..jiran blakng umah aku buat kenduri kawin kat sini. So pegi la aku, ayah ngan baby.. MAk ade peksa kat KL, ptg baru balik. Sampai je Spanish Villa tuh mmg terkejut gak la aku..best sgt2..konsep santai..makan2 tepi pool..ade kambing golek lagik uolsss!! Yang aku bekenan sgt tu konsep santai tu la..Kalo dlm dewan, pada aku ruang terhad..kalo kat umah plk ssh nak organize. Kalau nanti ijam nak kawin aku nak suggest dia buat kat sini..ye la nak buat kat umah mcmana. sapa nak diharapkan kemas mengemas..preparation before and after weddding. aku dua beradik je..kang mak ayah jugak yg tunggang langgang sengsorg. Jiran2 mmg ada tapi lebey kurang sama umur ngan mak ayah gak..Org tua tu nak bediri lama pun tak larat dah.Aku taknak laa menyusahkan org lain.. Tak kuasa lagik telinga aku nak menadah ungkit mengungkit nih semua..BOSAN!! Time aku kawin dulu lain..sekarang ni situasi dah lain..sgt2 lain..

Okeh, enuff.. sambung...petang tu aku saje je laa ajak ayah gi Malam Mesra jabatan aku..kot2 la ade luck..heheh..skali ayah kata jommm..hehehe ape lagik kitorg pun gerak la ke shah alam, jumpa amir dulu sbb kupon kat dia.  8pm kitorg smp ke opis aku..waaa sangat seronotttt!! baby pun suke jumpa member2..especially yaya, anak sahabat baik aku..dah mcm adik beradik lak aku nengok. Makan pun best, tapi aku tak makan sangat..leka melayan baby main kat lobi opis.. Sambil chip buat sesi fotografi ngan baby and yaya..hehehe..nanti dh siap aku hapload..lawak betul! tetiba lobi tu dah transform jadik taska lak aku nengok..hehehe.. dalam pada makan2 tu aku, ayah, amir ngan vespa dengan diringi baby  gi tingkat 3..join chip nengok bola..waaaa malaaysia dpt masuk final Piala Suzuki tuuuuuu..lawan Indon la nih..okeh la tuh naik la ranking team Malaysia pasni..hehehe..abis bola turun bawah..melantak lagik..tgh leka main kejar2 ngan baby skali ayah ngan sahabat panggil..BABY MENANG BEST DRESS laaa!!!hehehe..tak sangka sbb takde preparation pun nak gi..main sambar je baju punjabi deepavali last year..anak sahabat baik aku si yaya pun menang gak..takpe atleast berbaloi la kitorg dtg jejauh..Sampai umah pkl 11 lebih..tak lama lps tuh incik suami pun sampai ngan ijam..lupa nak bgtau...diorg tak ikut sbb ada date ngan kolam pancing,,,hehehe

Petang nih ade kenduri lagik..pakcik latip sebelah nih (hubby makcik kiah) dh balik mekah..lepas asar jap lagik aku nak gi sebelah jap menziarah org tua tuh..nak minum air zam2 seteguk dua..buat menenangkan hati, kot2 aku buleh lupa segala caci maki org, tuduhan org kat aku lately .takpelah beralah tak bereti kalah..semoga ati aku dapat dibersihkan dari segala dendam..

Baby makan nasik beriani..nyum nyum,,

Amir buat muka manja..cheh!!

Vespa yg di kidnap amir..hehehe

Ayah banyak makan kambing..ayah2..kang mlm sakit kepala lak..hehehe

mak maintain...

kak ana dgn cendol nye "sedap cendolnye" kata kak ana..hehe

Cendol, fresh dari gerai "motor"

Nasik beriani lauk ayam goreng..sedapppp
Berpeluh2 mengejar baby kat lobby

Weeeeee!!!!

Hehehehe

Ngan "adik" yaya..

Cayangggg adik yaya

With yaya and mama nye..

Amir ngan mak yang kekenyangan

Kurang 2 orang..ijam ngan incik suami...huhu

Luv dis pic :)

Baby ngan hadiah best dress ..set kaler2..

Baby ngan nenek tgh nunggu atuk amek kete..nak balik dh nih...bye2!!!


.: Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (at-Tirmidzi dan Ibn Majjah):.

Hospital Gomen vs Hospital Swasta 9:23 AM

Camne aku leh bukak topik nih? Sebenarnya adalah satu mamat ni telah "MENGUTUK" service Hospital Gomen yang dikatakanya "SANGAT LEMBAB". Wahai Incik Yg Bijaksana..ketahuilah bahawa sangatttttt ramaiiiii yg nak dapatkan rawatan kat sepital gomen yg mana hanye perlu bayar singgit je tuh..wat do u xpect, bro? kena ikut nombor la. dah ko dtg lambat, lambat la nama ko kena panggil. Cuma warga emas dan kanak2 yg diberi keistimewaan. Gheti baca tak? Aku mmg sakit ati la kalo org dok kutuk2 sepital gomen nih...one of the reason is both mak ayah aku keje spital gomen..ayah dh pencen pun dari spital gomen. Mak aku tuh keje sampai bengkak2 betis sbb berdiri terlalu lama nak serve pesakit. aku nampak mcmana mak aku dedicated and commited ngan tugas dia. Susah la nak pujuk dia amek cuti..sejak aku ada baby ni je dia ade amek cuti panjang sikit. Dulu2 masa aku kecik2 bape kali mak aku kena keje taim raye. ada org pikir sume tuh? tau nak komplen je!!! Bukan ko sorg je yg nak dilayan. Sila la paham. Kalo ko tak sanggup tunggu sile la pegi spital swasta ye. mmg kalo ko gi swata dia akan layan ko tip top. Everything cepat..tapi tunggu la smp ko dpt bil  nnt..takut kot sakit lain dtg nengok figure kat bil tuh. Pastu ko ingat Hospital Swasta nak ke amek kes2 kritikal? Kalo diorg rasa takleh buat, senang je..."refer kes ke Hospital Besar"..tengokk?? Busuk2 pun tolak ke Hospital Gomen gak.Sebab apa? Sebab Hospital Swasta tu tak nak rekod diorg busuk bila banyak berlaku kematian kat situ. Aku taknak la hipokrit sbb tu aku mengaku aku beranak mmg kat Hospital Swasta. Incik suami yg insisted nak aku beranak situ. One of the reason sbb Hospital tu dekat dengan umah aku.. 2 kali traffic light dah smp.. Senang aku nak buat follow up taim preggy dulu. Baby pun until now kalo ade pape mcm demam ke, ambek injeksen ke sume mmg aku buat kat spital tu. Tapi aku ngan incik suami TAK PENAH kecik2kan spital gomen okeh..Kalau ko berkemampuan utk mendapatkan rawatan dalam keadaan yang selesa, why not? tapi tak payah la nak rendah2 kan Hospital Gomen.. Cukup baik la Hospital Gomen kat negara kita nih kalau nak compare ngan kat India nun..[based on apa yg aku nengok dlm citer Hindustan laaa]

Sekarang nih pun Hospital Gomen dah tak mcm dulu..most of the Hospital dah naik taraf dah mcm Hospital Ampang, Putrajaya, Sungai Buloh. Pakar pun bagus2.. My personal opinion is kedua2 hospital baik gomen atau swasta tak patutla dibuat perbandingan, mana yg elok mana yg tak elok..tapi patut melengkapi satu sama lain. Mana2 yang hospital kerajaan kurang, misalnya mungkin orang ramai sangat sampai diagnos penyakit pun ada yang miss, mungkin boleh dapatkan second opinion dari hospital swasta. Pesakitnya tak seramai di hospital kerajaan, dan ada sesetengah hospital ‘outsource’ saje kerja2 lab kepada makmal luar, jadi mungkin lebih cepat dan tepat. Dari segi ekonomi, bagi yang berkemampuan, untuk sakit2 biasa eloklah ke swasta saja bagi mengelakkan terlalu ramai pesakit dihospital kerajaan. Tak bolehlah nak bandingkan RM1 dengan RM100, dah kalau semua orang nak kejar yang RM1, kalau ramai sangat orang, lama menunggu tahu pulak nak komplen. Biarlah yang mampu keluarkan RM100 untuk konsultansi dengan doktor, menggunakan kemampuannya untuk memberi laluan kepada yang cuma mampu bayar RM1 dihospital kerajaan.

Aku sebagai anak orang hospital gomen memang kagum dengan benda2 ala2 robotik di hospital kerajaan. Semuanya mahal2, aku ingat lagi harga satu mesin kat ICU/CCU tu mak aku kata beratus ribu sebiji. Teknologi dan ubatan dihospital kerajaan juga yang terkini dan dijaga rapi. Sebab tu, bagi penyakit2 kronik memang patutlah kalau dirujuk ke hospital kerajaan, kerana hospital swasta sama ada tidak ada kelengkapan, ataupun belanjanya terlalu mahal. Kalau dari segi sikap staff di kedua2 hospital pun, kita tak boleh nak tentukan perangai orang. Di mana2 ada je orang yang biadap (bersepah kottt), jadi tak boleh salahkan tempat kerja dia jugak.Ada org pikir tak mungkin staff hospital kerajaan tu kerjanya stress? maklumlah hari2 jumpa macam2 orang. Staff hospital swasta pun bukan tak ada yang tak tahu nak hormat orang. Tapi itu masalah peribadi mereka semua agaknya. Rasanya dah tak perlu nak berdebat tentang hospital mana lebih bagus, mana lebih kurang aje… bergantung kepada ekonomi kita nak bawa kita ke mana. Tak payah la nak kutuk mana2 hospital pun, siapa tahu satu hari kita pulak dimasukkan ke hospital yang kita kutuk tu, kalau dapat layanan teruk sendiri mau ingat la ye...


.: "Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sesuatu ubat bertepatan dengan penyakitnya maka dia akan  sembuh dengan seizin Allah `azza wajalla." (HR. Muslim):.



Satu Titik Itam 9:40 AM

Salam hari jumaat..huarghhhh pepagi ujan, maleh betul rasa nak bangun. malam tadi aku tetido awal..baby tido pkl 10pm, aku pun jalan sekali. Dengan baju, tudung sume tak siap2 kuarkan..maka pepagi tadi dlm keadaan terpisat2 aku bangun menggeledah gobok..dengan bantuan cahaya (yg tak bape nak cahaya la) dari BB aku, aku mencari tudung ngan baju..yela kang kok bukak lampu sure anak dara aku tu terbangun, pastu akan berkumandangla lagu "baby nak ikot!!!" Aku mmg saja tido awal sebenarnya mlm tadi. kenapa? adelah something yg aku maleh nak ingat2..yg buat mood aku swing since ptg semlm. so, jalan terbaik, "shut down" je la.. Before tido aku dah janji kat dirik aku sendirik, aku masuk gear reverse, pastu stay gear N. aku dah penat la..takkan hidung tak mancung, pipi tak gheti2 nak back off kan???..mesti korg pening kan, apela aku membebel nih..biarla aku je yg tau sebab aku jadi biol pepagi nih..takpe..kengkadang lebih baik taktau pape, daripada bila tau sangat2 menyakitkan ati. aku mmg kalo buleh taknak amek tau pape lagik dah..yela org bukan ingat nak bgtau aku pape pun kan..memasing dah ada idup memasing. dah senang, aku ni org nampak masa susah je..maklumlah anak syarikat jabatan kebajikan masyarakat..Sukati korang la lepas ni nak tergolek telentang..aku tak kuasa lagi nak amek tau... takpe2..aku tak dendam ape pun..cuma sangat2 terkilan. dan yg paling sedihnya sangat2 kecik ati. kalo korg buleh buat aku terasa sampai mcmni kira hebatlah korg, sbb aku jarang nak terasa2 ni sume, tak rock weh!!so kepada mereka2 sume, SEMOGA BERBAHAGIA SELALU DALAM HIDUP KORG YG SANGATTTTT SEMPURNA ITU OKEH..

As for me aku nak muhasabah diri kejap..aku nak buang titik2 itam yg dh mula nak timbul dlm ati aku ni. yer laa kok dah mula ada rasa kecik ati, rasa tersinggung make akan ade la titik itam dlm ati, btol tak..ni aku terbaca la pagi tadi,artikel tu tulih hati ni mcm raja kepada tubuh badan...anggota badan pulak rakyatnye..kalo raja (hati) tu dlm keadaan baik, maka rakyat (anggota badan) akan baik la..hati ni gak tempat permulaan segalanya..rasa marah, rasa sedih, rasa happy sume dtg dari dlm hati..yg paling penting keimanan pun dtg dari hati gak..so aku nak jaga la sekeping hati aku nih..dah takde org nak jaga, kan..so baiklah aku sendirik yg jaga bebaik. kang kok makin bertambah titik itam tu kang aku gak yg payah..tak pasal2 meroyan tak abis2..blog nih jugak yg jadik mangsa kang..muahahahaha!!!


 "Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah).

HOBEN JANG HOBEN!!!! 11:24 AM

Salam ari jumaat..waaaa aku sudah bebas..hehehe..induksi sudah abis.hape la aku nih kan..actually induksi tu mmg bagus utk org2 baru macam aku nih..maklumlah utk pendedahan rules and regulation. tapi biasalah adat manusia kan..mmg buhsan kalo dengar ceramah2 segala nih..wakakakaka!!!

Esok Piala Malaysia final. incik suami mcm biasa la bukan main excited sbb team dia Red Giant tuh masuk final..lawan lak ngan team Hoben Jang Hoben..hehe..haruslah aku ngan ijam, amir, apis, mak ayah tak lupe jugek baby akn sokong team jang.harap2 menang la ek..harap2 kokal la pialo tuh kek tompek kito..citer pasal bola nih aku mmg terkejut giler bila kaunter tiket mula bukak pkl 10am, pkl 12 pm dh abis.ade sikit pelik laaa...takkan 30 ribu tiket abih cepat sgt kot?dah la tiket mahal dari last year, smp RM30, yg covered pun sampai RM50...mmg mahal la..bukan sume org yg nak nengok bola tu mampu utk beli tiket semahal tu. ade yg datang dari jauh nak bagi sokongan kat team memasing.tetiba tiket lak abis..aku dengar ade tiket tambahan lagik 30,000 dijual kat bukit jalil..aku rase lagi baik kalo tiket2 tu dibahagi dua, 15 ribu kat NS, selebihnya jual kat ktan..bukan ape..aku buleh bayanglah camne sesak nye kat stadium bukit jalil tu esok kalau org nak que beli tiket. sian..

Semalam incik suami cakap kat aku dia managed to get tiket-tiket tu..but with a higher price..meaning diorg dah mark up harga tiket..incik suami beli pun RM40, instead of RM30..hmmm..quite fishy rite...camne buleh jadik macam ni? patutulah tiket abis cepat sangat..ramai yg buat meniaga..menangguk di air yg keruh..yg mampu boleh la beli, even with the marked up price..macamana plk ngan org yg tak mampu?RM30 dah cukup mahal..nak mark up lagik?member2 apis pun beli tiket yg dah marked up, at least RM5..camne la sukan kat malaysia nih nak maju?MB N.Sembilan nak letak layar besar kat Padang MPS supaya para penyokong yg x dapat tiket tu buleh la nengok reramai kat padang nun..tapi for me tak de maknanye gak..ye la kalo setakat nak nengok tv, baik ddk umah je..lagi selesa..org nak rasa suasana final kat stadium tu kan...

As for me...aku akn lepak depan tv ngan mak ayah, baby ngan kak ana mlm esok...nengok depan tv lagi best, buleh melompat, menjerit, memaki (opsssss!!!!) tanpa kawalan..rase nak baling botol pun buleh baling depan tv je..hehehe..hopefully NS menang la esok..even Zaquan tak main..huhuhu...

moh kito nyanyi ghamai2 esok yo!!!hehehe...

Lirik Lagu Hoben Jang Hoben - Lagu Pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan
 
Dari sawah turun padang
Kini kau dah pandai nondang
Kali ini mesti monang
Bukan susah cukup sonang

Hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben

1 - 0 kocik bonar
4-1 sonyum lebar
Kalau boleh 7 - 0,
Biar dio balik tolopong lopong

Hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben

Yam Tuan sokong kito
Montoghi Bosar sokong kito
Undang luak sokong kito
Jangan buek malu muko

Hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben

Sumbek gol banyak-banyak
Bia sampai jaring kuyak
Main mesti hati-hati
Jangan masuk gol sendighi..

Hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben



 

La Nina 1:22 PM

Hmmm..arini sibuk sikit kat opis buat perisytiharan harta...dah siap dlm hard copy kena key in dlm HRMIS laks...adus,PC nih pulak tersangatttt lah lembab nye..tuan tanah ni sbnarnya dh lambat buat delaration nih, sbb masa masuk dulu takde pulak sesiapa bagi borang..manelah kite tau...hehehe..alaaa harta mende nye nak isytihar..setakat kete gen2 tu je la name hambe..hehehe..takpelah dh procedure keje gomen camtuh, kenalah patuh...SYMP lah kunun..hehehe..Sampai tghari gaklah baru selesai...hehehe


Tadi gi bazaar seksyen 13. incik suami teringin nak makan ikan pari bakar. ayam golek beli gak..round punya round terjumpa apa yg dicari2 KAMBING BAKAR!!!!namun ape kan daye..ramai nye la plk beratur...dah macam ulur kena palu plk nengoknye. esok je la serbu gerai nih. Tuan tanah berjaye membeli air nenas, hopefully kali ni manis la hendaknye.On the way kuar tu ternampak plk gerai A&W, memula ingat nak beli root beer tu je, tetiba incik suami pegi order plk cheese burger (inilah antara penyebab peningkatan yg ketara pada saiz saya..harap maklum...)Jangan tak abis dah la bang...banyak juadah kita arini. 

Kuar je bazaar ujan turun selebat2 nye. tetiba teringat berita last friday, yg pasal 3 org meninggal akibat ribut kat bazar ramadhan jasin. hmmm malang tak berbau. sekarang ni mmg musim ujan pun..pusat ramalan kaji cuaca pun dah keluarkan kenyataan dlm paper yg musim hujan dijangka berlarutan sampai bulan oktober. cuaca sekarang bukan macam dulu lagi dah..kalau dulu boleh la kita kata ujung tahun mmg musim tengkujuh. sekarang ni tengah2 tahun pun hujan lebat tetiap hari...kuasa ALLAH..takpelah hujan rahmat. Orang kata, ujan lebat ngan ribut petir ni berpunca dari fenomena La-Nina yg menyebabkan pengumpulan awan yang banyak dan hujan lebat. Next week plan nak buat jamuan berbuka puasa sikit kat umah sban. Harap2 masa tu cuaca ok sikit.Aminnn..





AWNING vs SYRIA 4:21 PM

Salam, semalam lepas keje saya ajak apis teman gi suping tudung...hehehe..kunun2 nak wardrobe la...hehehe..yang sebenarnya saya memang dah lama nak tukar koleksi tudung2 yang ade tu...sebab sumenya tudung "awning", yang mana amattttttttt la susah nak menjaganya. Hampir 80% tudung-tudung saya tu dah "kepek" awningnya. Sakit jiwa bila nak siap pegi keje. Dah elok2 plan nak pakai baju ni, tetiba tudung "kepek" lak. taktau la macamana nak jaga lagi, basuh pakai tangan, perah kat body je, sidai pun kat body; langsung tak sentuh "awning", tapi tetappppppp gak nak "kepek"...Hishhhhhhh!!!!


Simpan camni pun tetappp patah, abih camno??

Saya dah cuba buat research sikit, jenis-jenis tudung yang senang nak pakai, memandangkan saya dah bernekad nak hapuskan tudung awning yang telah membelot saya tu. Nak pakai shawl lilit2 tu mahaapp banyak la "mak" tak reti nyahhh..hehehe..walaupun teringin, sebab banyak pilihan kaler selain harganye pun lbh ekonomi, tapi lebih baik kita ikut mana yang kita selesa, betul tak. Setakat ni saya berminat nak pakai tudung syria, pakai pun senang, sauk je...hehehe...tapi sesuai ke ek??? Ah...belasahhhh je laaaa


So semalam saya telah memberanikan diri men "suping" tudung syria..hehehe..rasanye tudung jenis senang dijaga kot..Suruh apis pilihkan kaler, pastu belasah je la beli...try mcm ok, tapi sbb dah terlampau biasa pakai tudung awning, mula la rasa tak yakin nak pakai tudung syria ni...rasa mcm tak elok la, muka bulat la, kelakar la...sume ade...tapi tak cuba tak tau kan???hehehe...jadi hari ni saya belasah gak pakai gi keje...feedback dari kengkawan kata ok...ok ke??hehehe...alhamdulillah kalau ok, tak payah la pening2 nak jaga awning lagi dah...So, saya pun buat la research sikit mcmana nak pakai tudung syria ni (maklumlah tak biasa lagi). Sekali terjumpa pulak satu artikel ni...rasanya bagus jugak apa yang ditulis dlm artikel ni, sbb kekadang kita ni lebih mementingkan gaya penampilan tanpa tahu implikasi disebaliknya..senang kata MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA..


Tudung Syria bersanggul tinggi


Bertudung adalah kewajipan bagi setiap wanita. Wanita dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Ada yang kata bertudung mengikut fesyen dan memandang sinis wanita bertudung tetapi masih melanggar hukum agama. Bertudung sebenarnya bukanlah pendinding dari wanita membuat maksiat. Apa yang penting ialah keimanan dalam diri.
Fesyen tudung juga berubah dari zaman ke zaman. Pelbagai jenis tudung yang menjadi ikutan para wanita seperti tudung bawal, tudung Dato K, tudung Ekin, tudung Yuna, tudung awning la.. Yang untung ialah penjual tudung.
Trend wanita sekarang yang suka memakai tudung ala Arab Syria yang nampak cantik jika dipadankan sanggul tinggi. Katanya jika rambut pendek boleh beli ‘sanggul palsu’.

Namun begitu, jangan terperanjat ada hadis berkenaan dengan sanggul tinggi ni.

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.”

Hadis di atas bukan sahaja berkenaan dengan sanggul tetapi juga berkenaan dengan fesyen perempuan zaman sekarang yang bertudung tetapi memakai baju yang singkat,jarang , nipis dan sendat. Bertudung tetapi memakai t’shirt lengan pendek, berbaju pendek sehingga nampak toot.

Kalau nak bertudung, ikutlah syariat. Cantik-cantik juga, tapi hukum jangan dilupa.

Novel Oh Novel 9:22 PM

Salam...

Tadi saya baru beli sebuah novel. Hobi saya ni mmg sukeeeeeeeeee sgt baca novel. Dari zaman anak dara sampai la dh jadik mak dara ni..kekadang saya rasa happy baca novel yang selalunya mempunyai penamat yang menggembirakan (happy ending)..saya tahu dalam realiti kehidupan sebenar susah kita nak jumpa happy ending...sebab tula saya suka baca novel; kita boleh jumpa semua keadaan yang mustahil kita jumpa dalam realiti. Tak ada siapa boleh pertikai sebab namanya pun buku cerita,lain la kalau dah ercetak depan cover tu "based on a true story"..hehehe.Berbanding dengan zaman anak dara, jarang jugak saya dapat membaca novel sekarang ni. Maklumlah dah ade anak dara..hehehe...balik keje selalunya memang kena bacakan "novel" dia. Apalagi..buku "Upin dan Ipin" dia tu la...hehehe..walau macamanapun, saya gembira sebab puteri saya dah menunjukkan minat suka membaca buku (walaupun buku tu selalu bertahan tak sampai 2 minggu)


Kalau buku kegemaran anak dara saya ialah Upin & Ipin, mamanya pulak sangat suka novel-novel penulisan Sharifah Abu Saleem..best la gaya penulisan dia, cerita yang diketengahkan dalam novel dia tu kebanyakkannya berunsurkan kekeluargaan. Novel yang menjadi kesayangan saya (dah 6 tahun simpan tauuuu!!!) ialah Tak Seindah Mimpi. Best weh cerita ni..Thumbs up to the writer. Dengar2 nak buat drama citer ni.Ntah la tapi saya suke benar citer ni.



Tapi pada saya novel boleh jugak dijadikan panduan dalam kehidupan. Kenapa saya kata macamtu? Yela, yang elok kita jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Hehehe...Selain Sharifah Abu Saleem, saya baru "discover" seorang penulis baru; Siti Romizah. Novel karangan dia "Cinta Kau Dan Aku" memang best. Jalan cerita dia selamba tapi ada masanya boleh buat kita menangis. Yang terbaru saya baru selesai baca "Andai Itu Takdirnya". Fuh, pecah empangan mata...hahaha...


Ok, sampai sini dulu...saya nak packing balik shah alam..Jumpa lagi.....

.: Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali"  :.

Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...