Home » » AWNING vs SYRIA AWNING vs SYRIA 4:21 PM

Salam, semalam lepas keje saya ajak apis teman gi suping tudung...hehehe..kunun2 nak wardrobe la...hehehe..yang sebenarnya saya memang dah lama nak tukar koleksi tudung2 yang ade tu...sebab sumenya tudung "awning", yang mana amattttttttt la susah nak menjaganya. Hampir 80% tudung-tudung saya tu dah "kepek" awningnya. Sakit jiwa bila nak siap pegi keje. Dah elok2 plan nak pakai baju ni, tetiba tudung "kepek" lak. taktau la macamana nak jaga lagi, basuh pakai tangan, perah kat body je, sidai pun kat body; langsung tak sentuh "awning", tapi tetappppppp gak nak "kepek"...Hishhhhhhh!!!!


Simpan camni pun tetappp patah, abih camno??

Saya dah cuba buat research sikit, jenis-jenis tudung yang senang nak pakai, memandangkan saya dah bernekad nak hapuskan tudung awning yang telah membelot saya tu. Nak pakai shawl lilit2 tu mahaapp banyak la "mak" tak reti nyahhh..hehehe..walaupun teringin, sebab banyak pilihan kaler selain harganye pun lbh ekonomi, tapi lebih baik kita ikut mana yang kita selesa, betul tak. Setakat ni saya berminat nak pakai tudung syria, pakai pun senang, sauk je...hehehe...tapi sesuai ke ek??? Ah...belasahhhh je laaaa


So semalam saya telah memberanikan diri men "suping" tudung syria..hehehe..rasanye tudung jenis senang dijaga kot..Suruh apis pilihkan kaler, pastu belasah je la beli...try mcm ok, tapi sbb dah terlampau biasa pakai tudung awning, mula la rasa tak yakin nak pakai tudung syria ni...rasa mcm tak elok la, muka bulat la, kelakar la...sume ade...tapi tak cuba tak tau kan???hehehe...jadi hari ni saya belasah gak pakai gi keje...feedback dari kengkawan kata ok...ok ke??hehehe...alhamdulillah kalau ok, tak payah la pening2 nak jaga awning lagi dah...So, saya pun buat la research sikit mcmana nak pakai tudung syria ni (maklumlah tak biasa lagi). Sekali terjumpa pulak satu artikel ni...rasanya bagus jugak apa yang ditulis dlm artikel ni, sbb kekadang kita ni lebih mementingkan gaya penampilan tanpa tahu implikasi disebaliknya..senang kata MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA..


Tudung Syria bersanggul tinggi


Bertudung adalah kewajipan bagi setiap wanita. Wanita dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Ada yang kata bertudung mengikut fesyen dan memandang sinis wanita bertudung tetapi masih melanggar hukum agama. Bertudung sebenarnya bukanlah pendinding dari wanita membuat maksiat. Apa yang penting ialah keimanan dalam diri.
Fesyen tudung juga berubah dari zaman ke zaman. Pelbagai jenis tudung yang menjadi ikutan para wanita seperti tudung bawal, tudung Dato K, tudung Ekin, tudung Yuna, tudung awning la.. Yang untung ialah penjual tudung.
Trend wanita sekarang yang suka memakai tudung ala Arab Syria yang nampak cantik jika dipadankan sanggul tinggi. Katanya jika rambut pendek boleh beli ‘sanggul palsu’.

Namun begitu, jangan terperanjat ada hadis berkenaan dengan sanggul tinggi ni.

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.”

Hadis di atas bukan sahaja berkenaan dengan sanggul tetapi juga berkenaan dengan fesyen perempuan zaman sekarang yang bertudung tetapi memakai baju yang singkat,jarang , nipis dan sendat. Bertudung tetapi memakai t’shirt lengan pendek, berbaju pendek sehingga nampak toot.

Kalau nak bertudung, ikutlah syariat. Cantik-cantik juga, tapi hukum jangan dilupa.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...