Home » MY 2 CENTS » The Sinful Act Of Mankind The Sinful Act Of Mankind | 12:46 PM |
Filed under:
MY 2 CENTS
|
Mcm nak menitik air mata bila tgk gambar baby dlm paper yg kena buang kat tong sampah Hospital Melaka tu. Ya ALLAH, kenapalah ramai sangat manusia berhati binatang sekarang?? binatang lagi baik la...tau dia sayang anak dia..Mcm dah jadi trend plk skarang, hari2 mesti ada kes buang baby, kenapa manusia2 ni??dia tak rasa pape ke buang baby tu mcmtu je? Masa pregnent 9 bulan tu takde rasa sayang sikitpun ke kat baby tu ek? Ape perasaan diorg bila nak tinggalkan baby tu, tak terpikir ke baby tu sejuk ke, lapar ke..kena gigit nyamuk ke? dahlah anak terbuang tu darah daging sendiri..dahlah sakit masa melahirkan..tergamaknya diorang..!!!sedangkan haiwan pun tau jga anak inikan manusia..mna pegi iman diorang…ni msti kes ponteng kelas tme subjek agama nii…!!! ingat baby tu juga ada juga ada nyawa….bila ibubapa dah mati esok doa anak jd benteng kita...

penzina moden di malaysia tidak takut dgn azab akhirat sbb hukuman di dunia terlalu ringan buat mereka…...mmg patutpun Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.jgn salahkan gadis saja yang terlibat juga lelaki yang x bermaruah..dan berlepas tangan..yang mengusung perut pompuan, yang tanggung malu pompuan gak. Yg lelaki cabut lari camtu je.sanggup membunuh anugerah yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka..mereka sesungguhnya orang yang dipilih untuk menjaga nikmat yang dikurniakanNya iaitu bayi yang tidak berdosa walau sedikit pun..walaupun tuan tanah tak pasti sama ada betul atau tidak fakta ini tapi orang-orang tua selalu berkata, setiap kali bayi tersebut minum susu badan ibu,dosa yang dilakukan oleh ibu akan dihapuskan sedikit demi sedikit..kalau apa yang dikatakan oleh mereka benar,maka mereka telah melakukan kesilapan besar..
Kadang2 diorg yang dah terlanjur ni takde tempat nak mengadu, lebih tepat lagik takut nak cerita kat org bahawase nye dia telah mengandung..maka diambilnye langkah paling senang iaitu buat tak tau dan berdiam diri...sampai kandungan dah takleh sorok barulah gelabah. jalan paling mudah, gugurkan atau BUANG JE DLM LONGKANG..hampeshhhh!!!mmglah keluarga tu akan marah, tapi takkan la diorg sampai nak bunuh ko, negara ni ada undang2..setakat pelempang 2-3 das tu tahan jela..mmg ko yg order..
Minta jauhkanla perkara2 macamni terhadap keluarga kita...nauzubillah minzalik...kepada yang mengandung luar nikah , bakal & terniat nak nak buang @bunuh ank anda,anda fikir dulu,klu ank itu dipelihara dgn baik anda yg untung masa depan nnt,tidak pun beri lah ank2 tu kepada yg memerlukan.Terlalu ramai yang inginkan anak angkat…semua benda boleh berbincang.kepada ibu bapa jagan terus-terusan memarahi ank krn p’kara itu sudah t’jd,terimalah mereka & ank yg mereka kandungi dengan hati yg reda’… Allah s.w.t akan membalas perbuatan baik buruk anda…
amin…
amin…

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
binatang lebih sayangkan anak..ada orang punyalah susah nak dapatkan anak...diorang dah dapat anak senang2 jer buang ...(kan tuan tanah hehehe)
Post a Comment