Home » » Bila Anak Buat Perangai.... Bila Anak Buat Perangai.... 11:28 AM

Ini budak sangat sukeee mengamuk sekarang


Anda cuba masukkan perisian baru ke dalam komputer, tetapi gagal. Akhirnya, anda tutup komputer, hentak papan kekunci dan menjerit sekuat hati. Itu cara orang dewasa melepaskan geram, sekali-sekala.

Kanak-kanak pun begitu juga. Kanak-kanak buat perangai apabila kecewa dengan situasi yang dihadapinya. Ini boleh memberi tekanan kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bila si manja kerap 'mengamuk'. Ibu bapa tetap akan merasa gundah, kecewa dan bimbang walaupun ini memang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak berumur 18 hingga 36 bulan. Karenah mereka biasanya berkurangan apabila mereka mencecah umur 4 tahun.

Mengapa?

Anak-anak kecil mempunyai sifat ingin tahu dan berminat terhadap hampir semua yang dilihat, didengar, dirasa dan disentuh mereka. Bagaimanapun, apabila mereka dihalang daripada meneroka keadaan di sekeliling, mereka akan membuat perangai. Selain itu, disebabkan kurang kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, anak-anak kecil biasanya tidak dapat memberitahu kehendak dan keinginan mereka. Jadi, bila si manja tidak dapat memberitahu keperluannya kepada anda, (contohnya, "ibu, saya lapar"), dia akan naik angin.

Bagaimana Saya Boleh Menghentikannya?

Anda tentu akan merasa kecewa dan malu jika anak kecil anda buat perangai di khalayak ramai. Untuk mengelakkan situasi yang memalukan ini, anda boleh mengambil langkah berikut untuk meredakan keadaan.

Alih perhatiannya. Bawa anak anda ke tempat lain atau tawarkan gantian.

Buat dia ketawa. Muka kelakar atau suara lucu boleh membuat si manja lupa sebab dia merajuk.

Buat seperti biasa. Berpura-pura dia tidak ada. Jika si manja memanggil anda, buat tidak tahu. Anak kecil anda menangis untuk mendapatkan perhatian. Jadi, bila tidak mendapat perhatian, dia akan menyerah kalah dan berhenti menangis.

Buat tidak peduli. Jika semua cara tidak berkesan, usah hiraukan si manja. Bila anda tidak mempedulikannya, dia mungkin berhenti membuat perangai. Tetapi pastikan si manja sentiasa berhampiran anda.

Boleh Saya Cegah Anak Buat Perangai?

Elakkan pencetus. Perhatikan benda atau tempat yang menyebabkan si manja berperangai dan cuba elakkan benda atau tempat ini.

Jangan biarkan perutnya kosong. Perhatikan keperluannya. Jangan bawa si manja keluar bila dia lapar atau penat. Bawa snek untuk dimakan agar dia tidak lapar.

Beri pilihan. Sesekali biarkan si manja membuat keputusan. Sebagai contoh, tanya si manja sama ada dia lebih suka pisang atau epal. Pembabitannya boleh mengurangkan risiko si manja membuat perangai.

Puji si manja. Jika si manja berkelakuan baik, berilah pujian. Kegembiraan mengurangkan kemungkinan si manja membuat perangai. Semua orang suka dipuji, termasuk anda sendiri!

Ingatan Kepada Ibu Bapa

Jangan mengugut. Ugutan boleh membuat si manja lebih kecewa.

Jangan menyerah. Si manja akan menyangka itu adalah cara untuknya mendapatkan apa yang diingini.

Jangan pukul. Walaupun anda marah atau kecewa, jangan pukul si manja. Tindakan fizikal akan meninggalkan parut emosional.

Petua Untuk Ibu Bapa Menghindari Tekanan.

Anda perlu menjaga diri anda sendiri kerana anak-anak yang membuat perangai boleh membuat anda rasa tertekan.

Beberapa petua berikut boleh membantu anda:

  • Bila anda sudah merangka strategi untuk mengurangkan kemungkinan si manja anda membuat perangai, sentiasa berpegang kepada strategi anda. Ini boleh membantu si manja anda berkelakuan lebih baik pada masa hadapan.
  • Jangan terburu-buru untuk mengubah kelakuannya. Si manja anda memerlukan masa untuk mengubah perangainya.
Sumber: Forwarded email

    4 comments:

    Zuran said...

    okeh..aku akan lebih bersabar selepas ini =P

    MaMa NaDHiRa said...

    hehehehe...harusss....

    aznur said...

    hi mama dhira..bole copy to my blog tak...TQ

    Mama Qist said...

    kengkadang kita dh berstrategy nk disiplinkan anak, tp psgn kita yang menspoilkannya..

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...