Home » » Letih + Lesu Letih + Lesu 12:49 PM

Lately aku selalu rasa letih, lesu...nak buat apa pun takleh..kepala pun selalu je sakit..aku try google sbb2..so here it goes...

 
Kurang tidur
Wanita yang bekerja sama ada yang bujang ataupun dah berkahwin seringkali mengabaikan waktu tidur mereka. Sibuk dengan kerja rumah ataupun menyambung kerja di pejabat selalu menjadi alasannya.
Sekali dua mungkin tak mengapa lagi namun sekiranya menjadi kebiasaan, ia mungkin menyebabkan tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup. Oksigen yang kurang mungkin akibat kurang tidur akan menganggu daya penumpuan dan membuatkan tubuh berasa letih.

Pemakanan yang salah
Hati-hati apabila memilih menu makanan. Sungguhpun anda mengambil makanan yang banyak jika anda tersilap pilih makanan, kecergasan tubuh badan anda mungkin menurun.
Mengambil minuman berkafein, coklat ataupun minuman beralkohol untuk menstimulasi diri adalah tidak bermanfaat. Jenis minuman ini memang akan meningkatkan tenaga dengan cepat tetapi cepat jugalah tenaga itu menurun. Keadaan ini juga membuatkan kadar gula dalam darah tidak stabil dan anda mudah lapar dan lesu.

Biasakan membahagikan waktu makan anda pada lima waktu. Ini kerana tiga jam setelah makan, gula dalam darah akan mula turun. Sekiranya anda tidak mengambil makanan ia akan terus menurun dan akibatnya kepala akan berasa pening. Leher tegang dan perut jadi kembung.

Sering tertekan
Jika anda gembira dan bahagia dengan kehidupan anda, maka tenaga atau aura positif akan mengalir dalam tubuh hingga membuatkan anda lebih cergas dan ceria. Sebaliknya jika berasa tertekan, selalu cemas atau berasa kurang gembira semua ini akan menghalang tenaga positif.
Selain itu juga keadaan tertekan akan membuat anda sukar untuk tidur. Akibatnya, anda akan akan bangun di pagi hari dengan tubuh yang lesu. Oleh itu, bahagia-bahagiakan diri anda . Setidak-tidaknya seminggu sekali laukan sesuatu yang anda senangi.

Kurang bersenam
Cakap pasal bersenam, pasti ramai yang memberi alasan tidak melakukannya meskipun senaman itu tidak mempunyai sejuta manfaat. Bersenam itu memang mudah untuk diucapkan namun cukup sukar untuk dilakukan.
Sebenarnya semasa bersenam terutama senaman kardio, otak akan menghasilkan hormone endorphin. Josmon inilah yang akan mengalirkan rasa tenang sehingga anda akan berasa segar walaupun badan anda keletihan. Hormon ini juga akan membantu anda mengatasi stess dan membuat kualiti tidur akan lebih bagus.

Kurang vitamin
Sumber makanan yang ada ambil kadang kala tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan vitamin dan mineral untuk tubuh. Untuk itu anda memerlukan vitamin dan mineral tambahan. Petanda bahawa tubuh anda memerlukan tambahan vitamin dan mineral adalah antaranya; wajah Nampak pucat, badan terasa lesu dan kepala selalu pening.






Info oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...