Kemaafan Dendam Yang Terindah 11:59 AM

Tetiap hari, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah especially sesama manusia.

Kalau kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja, sedara mara..Mesti dalam hubungan itu, kengkadang hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham,kan?Kengkadang sgt susah kita nak memaafkan. Ape lagi nak melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.Kita selalu bagi alasan yang iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.


Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."
Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."


Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.Macamana ek nak jadik mcm lelaki tu..nak try la memalam before tidur tu,taknak simpan dendam, kelentong,dengki ngan sesiapa pun..aku ni selalunye mmg tak sempat la nak memikir pape pun before tido, sibuk tidokan baby ngan aku2 skali terbongkang.hehehe..tapi kalo sesatu perkara tu sangat2 menyakitkan hati mmg la otak aku yg jahat ni selalu terbayang2 je apa yg org tu buat,makenye dlm hatipun terbitlah rasa marah+bengang+dendam. aku rasa tu perkara normal la kan..hehehe, xpe2 hopefully lps ni aku boleh menjadik lebih pemaaf..aminnnnn..




MANUSIA DAN FITNAH 4:08 PM

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Hmmm..kengkadang banyak pihak yang terbabit menyebar fitnah tu sebenarnya tak ada sebarang kepentingan berkaitan. Tapi, disebabkan amalan menyebar fitnah dah menjadi kebiasaan, banyak lah  yang dah jadikkan satu hobi pulak, kengkadang nampak mcm mendapat kepuasan daripada perbuatan tu. Fitnah ni biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan tu.Tapi baik ke kau??Layak ke kau mengata org tu?"kebolehan" kau menfitnah tu pun dah menunjukkan kau tu lebih hina tau tak??Kepuasan apa yang kau dapat dari aktiviti fitnah menfitnah ni?Pahala dah cukup banyak ke nak cover sume dosa2, sampai nak tambah lagik dosa kering?

Dosa membuat fitnah ni digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Jadik, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan tu. Maybe ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil.Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah ni samalah mcm api yang membakar ranting kering sebab benda2 mcm ni cepat merebak. Dosa menyebar fitnah boleh buat pahala terdahulu dihilangkan sampaikan penyebar fitnah jadi muflis kat akhirat nanti.Implikasi fitnah ni mmg teramat la besarnya pada org yg difitnah tu.Kengkadang boleh memusnahkan hidup dia, atau memutuskan silaturahim sesama keluarga ataupun kengkawan. Aku sendiri pernah "terserempak" beberapa kali ngan kaki2 fitnah ni sepanjang perjalan hidup aku, sampai aku sendiri pernah jadik mangsa fitnah. Tindakan aku senang, CANTAS terus. tak rugi tak berkawan ngan spesis nih. untung lagik ada sbb tak menambahkan dosa mengumpat.Senang je nak kenal spesis ni, depan org baik nye ya ampunnnnn, cuba belakang kau..haaa tu diaaa habis cerita dalam kain sume kuar. kalau betul xpe gak, habis sume cerita diolah sesedap rasa ikut acuan dia.Kalau depan org dialah manusia paling BAIK, lindungan kaabah lah senang cerita..tapi takpe TUHAN tu KAYA..satu hari org akan tau SIAPA dia.Bagi aku, aku cuma mampu berdoa agar aku dan keluarga aku dijauhan dari fitnah dunia dan akhirat..sesungguhnya aku dah PENAT!!




Homemade Spaghetti Meatball 11:12 AM

Semalam teringin plk rasa nak makan spaghetti, tapi tak nak beli..nak yg amir buat..hehehe..try kol amir tanya mlm dia ada plan pape tak..dia kata dia free, jadik macam biasalah kan aku mesti guna nama org lain kalau aku nak something..hehehe...keji giler. aku cakap kat amir ijam nak makan spaghetti tu, padahal mamat tu tau pun tak. amir kata okeh..kang dia masak. yahuuuu!!!!Bukan ape, amir kalo masak mmg best, especially lasagne ngan spaghetti. yg sebenarnya aku lagik suke carbonara tapi incik suami plk tak minat, dia suka bolongnese..disebabkan incik suami berpuasa jadik aku mengalah la...hehehe..next time carbonara okeh amir.

Amir balik pkl 6.30pm dengan barang2 yg banyak..pegi tesco mamat nih beli barang2 nak masak..jangan marah..siap ade cheese powder, mozarela cheese bagai ye puan2..tu yg best kalo amir masak..musti ada cheese..hehehe..aku tolonglah gak potong2 ape yg patut..tolong kacau sos..itu je yg buleh diharap. kali ni amir buat meatball gak.wah kagum nih, selalu spaghetti je..best2..tambahan plk dlm meatball tu amir letak slices of mozarella cheese..ijam tolong amir buat meatball ngan goreng sosej. Dah siap!!!ape lagik...SERBU!!!mmg laku spaghetti amir semlm..siap boleh tapaukan utk mak ngan ayah sekali.tengkiu amir diatas kesudian memasak malam tadik...lepas gian nak makan spaghetti.


Barang2 mentah "segar" dari TESCO..

Memula didihkan air utk merebus spaghetti ye puan2..
Nak masak spaghetti musti ade tomato..
Antara sayur-sayuran yang terlibat


Pergh laju giler potong sayur!!!

Close up n personal with the chef...hehehe

Daging + calery + tomato +black paper

Lepas letak tomato puree..dah siap sos dia

Mozarella chesse..banyak masuk mulut aku dari masuk dlm meatball..hehehe
Ijam ngan amir gigih buat meatball..
Tadaaaaa..inilah hasil meatball saiz kepala lutut bak kata amir..hahaha
Spaghetti yang dah siap direbus...tak sabar nak makan nih..
Lepas kenyang mari kita bergotong royong melipat kain
Incik suami tersandar kekenyangan..pais dengan skill melipat kain
Baby pun makan banyak tau..tu yg "jinak" je tuh..hehehe

Rasulullah SAW bersabda:

" مَنْ لاَ يَرْحَمِ النَّاسَ لاَ يَرْحَمْهُ اللهُ "

Maksudnya : ”Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya.”
 (H.R. Al-Termizi)



Bye2 Seremban..Jumaat Depan Berjumpa Lagik!! 7:48 PM

10 hari bercuti malasnye rase nak keje..hehehe..nilah dia manusia kan. dah bagi betis nak peha pulak. ni baru je lepas berkemas barang2 nak balik mlm kang. adus menyampah betul la nak balik. what to do, my life is over there. cukup2 la bercuti tu tuan tanah oii..oklah tu dpt spend time ngan incik suami n family. rasanye sejak kawin nilah paling lama incik suami bercuti. best sgt. 3 kali bbq ngan family terchenta. Esok kembali la meredah jem kat Faderal Highway tu.MENYAMPAHHHHHH!!!!!kenapalah aku selalu dpt keje tempat bapak segalaa jem? adusss..takpe2 dugaan utk sesuap nasik (poyo giler!!)

Sedih pun ade gak nak balik nih. yelah family aku ni mmg kecik, so bila dpt spend time sesama nih mmg aku value sgt2 lah. Kebetulan ayah mak ngan ijam pun cuti gak. So everywhere we go, we go together. sangat2 bahagia..hehehe..cuti kali ni mmg mengajar aku sesuatu..iaitu aku cuma ada SORANG je ADIK..dialah ADIK aku DUNIA Akhirat. walau mcmana aku sayang kat org lain n tried to treat them as my siblings, ANYTIME they can WALK AWAY and left me behind.. adik aku je yg tetap bersama aku, walau mcm2 yg kami dah lalui..to MY ADIK, i love u SOOOOOOO MUCH.Thanks for being my little brother. Aku happy sangat masa ko stay ngan aku bulan pose aritu..teringat masa dulu2 kita ddk sesama kat shah alam masa ko still study. Ko, aku, incik suami ngan amir..best sgt2 masa tu..aku mmg tak reti sgt nak show sayang kat ko, aku harap ko pepaham sendirik la yek..halamak tersentimental plk..sowi ye incik adik, entry kali nih banyak plk citer psl ko..hehehe..

Baby baru bangun tido..ngamuk2 plk tu..mcm tau2 je nak balik mlm nih..masalah gak tu, dh 11 mlm dia tido ngan nenek dia..adusss harap2 mood dia baik la mlm kang. Ingat nak gerak lewat2 sikit. kalo buleh biar baby tido dulu..angkat terus masuk kete..taklah masalah sangat..tupun kalo dia nak tido..hehehe..harap2 highway LEKAS tak jem mlm nih..kalo tak LEKAS jadik LEWAT la jawabnye!!!!

Sweetest moment... 7:52 PM

Raya ke 5..kitorg gerak ke A'Famosa Resort, Melaka sbb ganti plan ke kelantan yang tak jadi sbb masalah teknikal.Check in pkl 3ptg, unit no 1003..wahhhh besh nye..bungalow sebijik ngan private swimming pool!!! bilik 4..seronot nye..ijam, incik suami ngan ayah terus pegi fish pond nak mancing ikan..baby plk dah tak sabar2 nak melompat masuk kolam. apelagi aku la jadik mangsanya tukang teman baby mandi.best percutian ke afamosa kali ni, beza ngan yg lepas2..masuk ni dah 4 kali gi sini, tapi before this mmg duduk kat condotel tu je. kali nie more privacy la. yg paling special ada swimming pool sendirik!!kak ana ngan mak jadik pemerhati dan tukang ngambik gambar sbb tak nak mandi pool

Rombongan memancing balik dekat maghrib gaklah..sampai je memasing terus terjun kolam...mak aii macam2 gaya aku nengok. adik ngan pais pun sampai sekali ngan diorg..pun terjun tiruk skali dlm kolam tu..lps maghrib diorg start bbq lagi..cuma agak ssh nak idupkan bara api sbb takde dapur gas..gas yg ayag beli leaking lak. takpe2..agi idup agi ngelaban..hehehe..selesai gak bbq dengan jayanye. abis bbq diorg lompat lagik dlm kolam..belasah la weh. ijam ngan incik suami konon nak pedajal si pais..nak tolak dlm kolam..last2 dua-sua org tergolek tepi kolam, pais langsung tak berganjak..hahaha!!!calar balar gaklah badan ijam..hehehe

Esoknye patut dah kena checkout pkl 12pm, tapi ayah ajak extend.so aku cuba nasib kol reception. this house still available until 16hb 4pm!!ape lagik..kembali berjimba la diorg dlm kolam tu. adik pais si pendi ngan kembar pun dtg..lagi la diorg berpesta dlm kolam. pkl 6 ptg gerak gi umbai lak..makan ikan bakar..ni part yg paling best dlm percutian kali ni. MAKANNNN!!!hehehe..ada udang goreng butter, siakap 3 rasa, kepah bercili, jelawat bakar, pari bakar ngan sotong goreng tepung. makan sampai lebam. hahahaha..gerak balik dekat pkl 9pm. siap beli bola beb, nak main polo air..hehehe..kalau amir ada sure best nih..tapi kete gen2 buat hal lagik,mcm2 lak rosak. sian amir..Konon sampai umah nak sambung lagi mandi, tapi ujan. adik ngan pais je terjun kolam, tupun tak sampai 10 minit dh naik balik, menggeletar sejuk.

Esoknye pkl 9am memasing dah amek port dlm kolam nak main bola tampar. baby pun sama ngan pelampung dia..adus sunburn!!!aku sudah kembali ITAM!!!!!mandi puas2..pkl 11am sume naik and siap2 nak balik..adik, pais, pendi ngan kembar gerak balik rembau naik 2 motor..kitorg gerak balik sban. singgah tepi jalan beli belacan ngan cencaluk. haruslah beli belacan ngan cencaluk kalau dah namanye gi melaka kan???sampai sban dah tghari, so cari kedai makan yg mana bukak nak beli lauk. nasib baik ada kedai bukak. takkan nak masak plk penat2 ni kan...hehehe..ptg gi umah kaklong alin, beraya.pastu gi umah maklang plk. sampai umah melepek!!!!!takpe..yg penting enjoy, and the most important thing is vacation kali ni tak banyak belanja sbb penginapan DI TAJA oleh pemilik banglo..thanks alot to kak mas sekeluarga..


A Famosa here i come!!!
Nak parking kete kena ada pass ni ye tuan2...

Cowboy town..tapi xmasuk pun...heheehe

ini la banglo nye....
 
Baby bersedia nak mandi kolam

Cepat la mama!!!!
Mama dan baby di dalam kolam...(gumuk nye aku!!!!)

Puas hati dah mandi kolam

Atuk pulak teman baby mandi ye

Larat ke tu ayah??


Ijam gigih nak terjun tiruk..incik suami terminum air kolam.hehehe

Terjunan ape kah itu???
dan medarat dengan selamat....
telinga masuk air ke tuan khairul?hehehe
Incik suami dengan gaya kuak kupu2 dengan support dari pelampung baby..hehee

Pais ngan incik suami lumba berenang..dua2 main tipu!!

Adik dh mcm ikan duyung versi jantan..hehehe

on the way gi umbai..Pendi, kembar ngan adik..pais tgh isik minyak..nasib baik muat naik hilux..hehehe

sampai umbai ngam2 matahari nak terbenam...santek....

Baby dgn sponge bob yg baru beli kat gerai depan tu
Ayah tgh adjust video cam

Ayah sabar tunggu order sampai

baby mengganas tggu order sampai

baby makan ditemani sponge bob

Day 2: main bola tampar dlm pool

Bola yang asyik "keluar" je...

Selamat tinggal pool...nanti kami dtg lagik okeh
*Harap maap..tuan tanah giler upload gambar kali nih...hehehehe

BBQ TIME!! 6:29 PM

Sepertimana tahun2 yg lepas, alhamdullillah raya tahun ni sekali lagik dapat buat BBQ..kitorg buat pada mlm Raya ke 3 (ahad).Sabtu tu incik suami la yang paling bz sbb selalunya mmg bab2 perap ayam ngan daging dia yg in charge. habis berkecah satu dapur dibuatnye..belasahlah incik suami oiii, janji mantop!

pagi ahad ngantar kak ana ngan nong ke terminal 1 sbb diorg nak gi melawat anak kak ana yang kat kl tuh. balik je umah kitorg mula bersilat kat dapur. mak nak masak soto. saja standby sbb kengkawan mak dah kol kata nak dtg beraya. aku mcm biasalah, incahrged of siat2 ayam goreng..yg mana reject sbb keras tu maka masuklah kedalam mulut. tak baik membazir tauuuuu!!!hehehe..settled masak, mimi dtg. dia gi beraya umah makcik kiah, mcm biasa la, mak ayah dia lepak sebelah, dia cabut gi umah aku. lama gak borak ngan dia. maklumlah setahun sekali baru jumpa beb. rupanya sekarang dia dah tukar kementerian, no longer Akauntant Negara, sekarang dah tukar ke Kementerian Pengangkutan Jalan pulak dah..ape2 la mimi..asal bahagia..Lepas tu adalah 2 family kengkawan mak pulak datang..oklah boleh jamu ngan soto.

Malam lps maghrib operasi MEMBAKAR bermula.hehehe..chef a.k.a. amir dtg lewat plk..nasib baik sempat lagik nak cucuk kebab, sahabat2 dari KL pun sampai maghrib tu..thanks sahabat sudi gak beraya kat umah hamba ni. sayang tak sempat nak snap gambar chip ngan assistant tengah tokak ayam arituh (dengar2 assistant chip jadik otomen gara2 terlebih makan ayam?hehehe)..kengkawan ijam yg ramai datang..paksu anip balik pilah, kaklong alin pegi perak, maksu balik klang. takpelah janji ENJOY!!!siap main mercun lagik tuh. memula hasut chip ngan assistant supaya tido je kat umah aku, pepagi esk gerak la terus gi opis..cheh tak berjaya pulak hasutan aku.mereke balik gak mlm tu pkl 8.30pm..ghupanye mereke sesat smp ke Pilh..dkat pkl 2am baru smp damansara..adusss kesian sahabat2 aku..rabak la mata kat opis esoknye..hehehe. kengkawan ijam sume pun gerak lambat..dekat pkl 2am gak diorg balik.

Walaupun BBQ tahun nih agak sunyi sikit, tapi takpela..yang penting plan  tetap jalan..makan tetap makan beb!!!sile la layan gambar2 yang sempat di snap ni

Incik suami yg keletihan jadik tukar bakar ayam...

Kambinnnnn

Ijam sedang menikmati daging kambing smp ke tulang itam..hehehe
Napi yang takut main mercun...muahahaha!!!
Kebab incharged by amir
Ayam incharged by ijam & incik suami
 Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Siapa beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Siapa beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...