Home » MONOLOG » Kemaafan Dendam Yang Terindah Kemaafan Dendam Yang Terindah | 11:59 AM |
Filed under:
MONOLOG
|
Tetiap hari, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah especially sesama manusia.
Kalau kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja, sedara mara..Mesti dalam hubungan itu, kengkadang hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham,kan?Kengkadang sgt susah kita nak memaafkan. Ape lagi nak melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.Kita selalu bagi alasan yang iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."
Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."
Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.Macamana ek nak jadik mcm lelaki tu..nak try la memalam before tidur tu,taknak simpan dendam, kelentong,dengki ngan sesiapa pun..aku ni selalunye mmg tak sempat la nak memikir pape pun before tido, sibuk tidokan baby ngan aku2 skali terbongkang.hehehe..tapi kalo sesatu perkara tu sangat2 menyakitkan hati mmg la otak aku yg jahat ni selalu terbayang2 je apa yg org tu buat,makenye dlm hatipun terbitlah rasa marah+bengang+dendam. aku rasa tu perkara normal la kan..hehehe, xpe2 hopefully lps ni aku boleh menjadik lebih pemaaf..aminnnnn..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment