Home » » Cik Migrain Yang Tak Berapa Comel Cik Migrain Yang Tak Berapa Comel 11:39 AM




Hai u'all...
Masih lagi nak buat entri baru kat blog walaupun kepala berdenyut2 kesakitan. Apapun, ubat dah makan dan sekarang sudah ok sikit daripada semalam. Tak dapat kosentrate nak nengok Trilogi Cinta semalam akibat cik migrain yg menyerang dgn ganasnye..Hahaha..lama gak aku tak kena migrain teruk mcmni..zaman2 bujang dulu mmg kerap gak ,sampai kena anta spital. tapi mmg semalam sakit yg amat la..nasib baik baby takde buat perangai, kot tak mau aku masuk dalam peti ais.. Memandangkan aku dah kena migrain ni, aku nak cerita sedikit pasal menatang ni..
  • Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan.
  • Ia berasal dari perkataan Francis yang bermaksud sakit kepala sebelah.
  • Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.
Punca penyakit / Faktor Risiko
-Genetik
-Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ’stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
-Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ’serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
-Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
-Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
-Tekanan perasaan atau ’stress’
-Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
-Cahaya yang sangat terang
-Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
-Letih yang keterlaluan -Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
-Pengambilan pil ‘ contraceptive’
-Haid
-Pengambilan pemanis tiruan
-Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
-makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’
 
Tanda- tanda / Simptom
1) Migrain tanpa aura
-Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris- garis
-Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
-berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
-denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan

2) Migrain dengan tanda aura
-jarang berlaku
-pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
-Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan

3) Opthalmoplegic migrain
-terlalu jarang berlaku
-sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
-mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
-pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit

4) Status migrain
-berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
-boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
-migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang

5) Bentuk serangan migrain
-’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
- ‘local’ - kulit bertukar menjadi merah sedikit atau kelihatan pucat
-’pallor’ berpeluh-peluh
-’sono’ sensitif terhadap bunyi bising
-’photophobea’ - sensitif pada cahaya
-’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala 

Okeh cik migrain...harap2 lepas nih jgn la ko menyerang aku lagik ye..kalo ko menyerang sume keja aku tak jadik, terbaring je la jawabnye..Ni pun ada tanda2 ko nak menyerang lagik...jgn buat hal wahai cik migrain...aku kat opis nih..
P/S: mungkinkah aku kena pakai spek balik???tidak!!!!!

2 comments:

eira said...

wow..byak nye info sal migrain nihh..leh x lau eira share kt blog eira??eira ni sllu aje migrain.. http://perihalremaja.blogspot.com

MaMa NaDHiRa said...

boleh ape salahnye...hehehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...