Black Magic 12:08 PM

3.bp.blogspot.com/_uriF94inqhw/Rue0q2R-6uI/AAAAAAAAAH0/Ce1f4WyKGAc/s320/sihir.png


Zaman serba moden nih, janganlah terkejut sesetengah ahli masyarakat kita masih kuat terbelenggu dengan amalan sihir yang boleh mencacatkan akidah. Sebut saja nasi tangas, angin tuju-tuju, santau, ubat guna-guna, minyak dagu dan mcm2 lagik la, antara cabang sihir yg glamer dan masih tegar diamalkan dalam masyarakat.Sesungguhnya perbuatan sihir itu tidak lain dan tidak bukan berpaksikan kepada ilmu atau ajaran syaitan yang memang nakkan akidah umat Islam terus sesat dan rosak binasa. Sihir tidak memberikan kebaikan untuk orang mengamalkannya, lebih-lebih lagi orang yang menjadi mangsa.
  



Sihir yang menggunakan perantaraan jin dan syaitan mmg bermatlamat negatif untuk memenuhi nafsu serakah, melunaskan dendam kesumat, mahu menunjukkan bahawa diri seseorang itu kuat, atau sebagai isyarat diri tidak boleh dicabar secara fizikal, perasaan dan emosinya.Kesengsaraan dilalui mangsa sihir mengundang persoalan, jika benarlah ada pihak melakukan kesilapan kepada kita sama ada secara sengaja atau tidak, macamlah takde cara lain untuk menyelesaikan masalah itu selain daripada sihir.Macamana agaknya kepuasan yang dirasa pihak yang mengamalkan sihir itu apabila melihat mangsa terseksa secara fizikal, emosional, mental dan ada yang menemui ajal disebabkan sihir. Macam takde peri kemanusiaan langsung!! Alangkah baiknya jika perselisihan atau rasa tidak puas hati diselesaikan secara baik supaya dapat saling memaafkan serta berdamai

Firman Allah bermaksud: "Dan jika mereka condong kepada perdamaian maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Anfal, ayat 61)



 
Org yang sanggup melakukan sihir nie mudah bersekongkol dan tunduk mengalah pada bisikan serta hasutan syaitan. Inilah amalan orang yang fasik dan kufur.Mereka ini tidak sedar bahawa Allah Maha Berkuasa dan Maha Adil. Jika baik amalan seseorang itu, maka balasan baik juga akan diterima daripada Allah, begitulah juga padah diterima jika dia melakukan kejahatan.

Firman Allah bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula." (Surah al-Zalzalah, ayat 7 dan 8) 


 


Islam mencela dan melarang umatnya daripada terjebak dengan amalan sihir. Rasionalnya kerana amalan sihir itu dengan mudah merosakkan akidah dan menghancurkan keimanan seseorang Muslim. Sihir menyebabkan seseorang yang mengamalkannya hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah dan menganggap dirinya lebih berkuasa kerana mampu mendatangkan mudarat kepada pihak lain. Sihir berupaya menebalkan rasa sombong, takbur dan zalim di kalangan pengamalnya.Sihir juga akan mengembang biak persengketaan, sifat dendam yang tidak surut, mengundang fitnah, berpecah-belah dan hilang kepercayaan sesama ahli dalam masyarakat. Bayangkan jika sihir menjadi permainan sebati dalam hidup, pantang tercuit sikit, maka akan dibalas dengan sihir.Bila pikir2 balik mcm dah masuk zaman jahiliah balik pulak kan..



Kengkadang bila dah kena black magic nih merata pegi berubat pun tak jalan gak..kengkonon power la kot org yg "mengenakan" tu..dia lupa ada yg lebih kuat dari dia. dia lupa kot ALLAH tu ada. Kalau berubat tu jgnlah plk cari tempat black magic gak..sampai ke sudah la tak selesai. seelok2 nye carik la rawatan secara islam mcm Darul Shifa. Bukan apa, kengkadang yang nak mengubatkan kita tu pun auta yg lebey...ambik kesempatan menangguk di air yg keruh..letak harga bukan main mahal..aku pun pelik...bukan ke Allah beri kelebihan pada ko supaya ko buleh bantu org? entah la....Aku share cara2 bagaimana nak mengenali bomoh sihir..aku dapat through email..lama dah..


Tanda-Tanda Zahir Tukang Sihir (Bomoh Sihir);

1) Permintaan si bomoh agar diberikan kepadanya apa-apa kesan milik si pesakit seperti sikat, baju, rambut dan sebagainya.
2) Meminta daripada si pesakit agar dibawakan haiwan tertentu dengan sifat-sifat tertentu untuk dibuat korban kononnya, dengan menyebut nama-nama tertentu bukan dengan nama Allah. Boleh jadi Kemudian darah binatang itu diletakkan pada bahagian yang sakit.
3) Si bomoh menulis gambarajah @ rumus-rumus tertentu yang tidak difahami yang mengandungi angka dan huruf-huruf tidak bersambung @ nama-nama bintang pada kain @ kertas.
4) Dalam tempoh bacaan jampi, dia menganggkat suaranya apabila membaca ayat al-Quran dan kemudian membaca berkumat kamit sesuatu yang tidak jelas dan tidak dapat difahami maksudnya.
5) Si bomoh memberi sesuatu sebagai tangkal yang dipakaikan kepada si pesakit. Ianya mengandungi rumus-rumus dan gambarajah empat segi, tiga segi dan sebagainya dengan nombor-nombor dan huruf-huruf tidak bersambung. Diletakkan pula syarat pada pemakaiannya.
6) Si bomoh memerintahkan pesakit agar menghindari manusia dalam tempoh-tempoh tertentu. Tidak bergaul dengan mereka serta menyorok dalam satu bilik yang gelap, dan tidak dibenarkan melihat matahari.
Contoh Tholasim (Gambarajah) yang digunakan tukang sihir

7) Terkadang si bomoh meminta supaya pesakit tidak menyentuh air selama tempoh tertentu. Kebiasaannya selama 40 hari. Kadangkala bomoh menyuruh supaya pesakit meletakkan lambang salib di tengkuknya. Ini menunjukkan bahawa jin yang membantunya beragama kristian.
8) Si bomoh memberikan sesuatu kepada pesakit untuk ditanam di bumi.
9) Si bomoh memberikan kepada pesakitnya kertas yang bertulis dengan sesuatu untuk dibakar dan diperasapkannya kepada pesakit.
10) Si bomoh bercakap dengan seseorang yang berada didalam majlis, tetapi tidak dapat dilihat. Si bomoh meminta izin dan pertolongan "orang itu" untuk mengubati pesakit. Si bomoh juga memberi keyakinan kepada jin (orang itu) bahawa pesakit tidak datang kepadanya kecuali dia telah yakin dan menyukainya.
11) Kadang-kadang si bomoh menulis sesuatu rumus @ gambarajah tertentu disertakan huruf-huruf yang tidak bersambung dan nombor-nombor tertentu yang kemudiannya direndamkan di dalam air, lalu diberi kepada pesakit sebagai minuman.
12) Si bomoh tidak menerima pesakit pada bulan Ramadhan khususnya pada 21 Ramadhan hingga akhir Ramadhan. Demikian juga bomoh tidak menerima pesakit pada 10 awal bulan Zulhijjah.
13) Sesiapa yang sentiasa membaca zikir pagi dan petang @ yang dikenali sebagai ma'thurat, maka si bomoh tidak akan menerimanya sebagai tetamu @ tidak selesa dengan kehadirannya.
14) Meletakkan sebekas air yang biasanya dicampurkan dengan najis seperti air kencing, supaya jin mampu dilihat oleh si bomoh dan muncul kepada tukang sihir tersebut.
15) Kebiasaanya si bomoh menggunakan asap kemenyan dalam perubatannya. Asap kemenyan yang busuk itu bagi menyeru jin untuk membantunya. Ini berbeza dengan "bukhur" (asap kayu gaharu yang berbau wangi), ianya sangat tidak disukai oleh jin-jin.
16) Yang paling jelas lagi ialah si bomoh merupakan orang yang tidak menunaikan solat. Tidak istiqmah dalam melaksanakan tuntutan-tuntutan agama yang fardhu, apatah lagi yang sunat.

Kekadang, Allah mengurniakan sedikit firasat (tekaan tepat) kepada orang-orang yang soleh dan alim ulama sehingga mereka mengetahuinya sekalipun dengan hanya melihat wajah tukang sihir. Ini kerana, tukang sihir @ bomoh itu telah dicabut cahaya keimanan daripada wajahnya dengan sebab kesyirikan-kesyirikan yang dilakukannya. Semoga Allah melindungi kita dan ahli keluarga kita semua daripada kejahatan-kejahatan tukang sihir dan syaitan yang direjam. Wallahu a3lam.



Firman Allah yang bermaksud: “Akan tetapi syaitan itulah yang kufur, mereka mengajar kepada manusia ilmu sihir.” (Surah al-Baqarah, ayat 102

Parasit!!! 3:10 PM








Entri aku hari ni penuh kesumat..sile baca dengan keadaan paling rileks..tahap kebengangan aku dah sampai max limit nih..kenapa? okeh, meh aku citer..citer aku arini adelah pasal seekor parasit yg gemarrrrrr sgt mengisap duit org. Keje menipu tak sudah2. weh, ko ni bagi anak bini ko makan duit ape nih? Bukan skali dua kot ko buat mcm ni. Duit org dh bg, amanah tu. Ko ingat aku tak tau ko pegi rolling dulu duit tu kemana2 ntah? Logik la sikit weh, urusan tu kalo ikutkan 3-4 hari dh selesai kot? ni dah seminggu lebih ni ape citer?? asal tanya je, esok...tanya harini plk esok lagik..esok ko ni smp bila ekceli?

Ko ingat aku tak tau ko slalu mintak duit kat laki aku? weh, ko ni ade kaki, ade tangan kan? tak cacat kan? abis yg ko kuar tetiap pagi gi keje tu mana pegi duit ko? Kalo laki aku tu tokey balak buleh la kot dia "bela" ko..aku ni bina dia pun keje carik duit tau. takde der aku nak mintak duit laki aku selagi aku ade duit. ko plk senang2 nak mintak duit dia macamkan dia tu keje mmg utk sara ko anak beranak. apa kes?? Mentang2 laki aku tu lembut ati, senanggggggg betul ko paw dia ek? pinjam bukan main, bayar nye tak. Aku laki bini susah ada kitorg mengadu kat ko? Aku dari kecik tak diajar meminta2 la bro. Ko ingat kitorg ni senang sgt ke?Susah kitorg tak de org tau la

Entri aku ni bukan bertujuan nak tunjuk yg laki aku ni kaya ya amat, org slalu minta pinjam duit kat dia. Bukan. Aku bukan jenis org yg tak simpati dengan kesusahan org lain. Aku sendiri pun bukan la senang mana..Tapi aku cukup BENCI dengan manusia PARASIT yg suka ambik kesempatan atas simpati org lain. Okeh ko susah, kita tolong...but takkan every month? sampai duit yg diamanahkan utk sesatu urusan yg PENTING pun ko buleh rolling ke lain dulu ? itu sudah lebeyyy bro!

.: Maksud sabda Rasullullah s.a.w : “ Empat perkara sekiranya kamu memilikinya kamu tidak akan ditimpa (balasan) terhadap apa yang kamu tidak buat di dunia: Jaga amanah, bercakap benar, berakhlak baik dan mengawal pemakanan (halal dan haram).” :.

Demam 12:23 PM

Demam Baby dah kebah dah..tapi selsema still ada lagik..batuk pun ada lagi..sian kat dia..demam pun ekceli belum kebah betul..lama plk dia demam kali ni. .. since isnin tu meragam je bila aku balik keje..kak ana katasengsiang takde plk dia meragam..mebi nak bermanja ngan aku la tuh..tapi kengkadang aku 'ter" marah gak kat dia sikit..ye la tension tersekat dlm jem berjam2..penat balik keje tak abis...balik umah anak lak dok meragam..menjerit2..adehhhhhh...Sampai aku pun dah berjangkit demam dia...hehehe.bawah ni ade tips utk anak2 yg demam..sekadar berkongsi...



Tip penting semasa merawat anak demam:

- Mencari penyebab demam dan perhatikan perilaku anak. Jika perilaku anak hampir sama seperti biasa, maka anda tidak perlu risau kerana demam biasa adalah tidak berbahaya.

- Cegah dehidrasi kekeringan cecair dalam badan. Bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami dehidrasi. Berikan anak lebih banyak cecair seperti air, kuah sup, jus buah segar yang dicampur air dan sebagainya.

- Jika anak muntah atau cirit-birit, berikan minuman garam oral bagi menggantikan cecair yang telah keluar daripada badan.

- Pastikan bilik anak tidak panas. Pasang kipas atau pendingin hawa dan pakaikan anak baju nipis.

- Beri anak makan apa yang diingininya. Jangan dipaksa. Elakkan makanan berlemak kerana makanan ini sukar dihadamkan oleh tubuh.

- Walaupun sebaiknya anak tidak ke sekolah kerana bimbang berjangkit dengan kanak-kanak lain, namun ini bukan bermakna anak harus berada di tempat tidur seharian.

- Ibu bapa harus berjumpa doktor apabila bayi mereka yang berusia tiga bulan mempunyai suhu melebihi 38 darjah Celsius, tiga hingga enam bulan dengan suhu lebih 38.3 darjah Celsius, lebih enam bulan dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius.

- Berbincang dengan doktor jika terdapat tanda-tanda tidak mahu minum atau terdapat tanda dehidrasi, gelisah, muntah atau cirit-birit.

- Anak nampak tidak selesa, gelisah atau asyik menangis.

- Asyik tidur dan sukar dikejutkan.

- Sering kejang, kaku atau sakit kepala yang teruk.


Petua merawat anak demam:
Air asam jawa dan kunyit hidup

Caranya
lumurkan sedikit demi sedikit air asam jawa di kepala bayi dan jika selsema calitkan kunyit hidup yang telah dipotong di batang hidung bayi atau di sekitar atas hidung. InsyaAllah demam bayi akan beransur-ansur kebah.

Precaution! 3:26 PM

Last week incik suami citer ngan aku pasal customer dia yg pegi tinggalkan anak sorg2 dlm kete..anak umo baru setahun lebey okeh..dia tinggalkan budak tu atas alasan budak tu restless bila bawak ddk luar masa tengah bincang...owhhh ko nak selesa bincang ngan kontraktor pasal design umah ko, then anak ko tinggal dlm kete ek? nak tau ape jadik? anak dia pi lock kete dari dalam. haa!!! baru haru mak pak dia! anak plk jenis yg mengamuk pegi hantuk2 kepala kat stereng kete (ganeh anak dia nih!) kelam kabut diorg, termasuk la laki aku...pujuk2 anak diorg tu suh bukak balik lock tu..(mane la budak tu gheti kan...) dengan cermin ditutup rapat. kot tak buleh gak jolok pakai besi ke hapa..lebih setengah jam gak keadaan camtu..last2 incik suami paksa owner tu pecah kan cermin..last option la kan..takkan ko nak bia anak ko biru dlm tu..

Entahla nak cakap banyak pun ssh..aku pun ada anak..so jagalah anak tu elok2 kan..benda nak jadik takleh nak kata apa, dalam rumah pun jadik gak..tapi kita as a parents kenalah be more alert, more precaution..takkan anak besar tu nak tinggal dlm kete kan? dengan enjin terpasang...buatnye budak tu main gear ke? apa jadik? nauzubillah!!!! tak pun kete tu org kebas..ngan kete, ngan anak jalannnnn..org sekarang ni bukan buleh kira. penah jadik kan anak kena kebas skali ngan kete..pastu anak tu malaun tu tggl tepi jalan..benda kalau dah jadi nak kata apa, tapi kalau langkah keselamatan dah diambik taklah ralat sangat..

Aku pun cuak gak kot2 jadik mcmni..so aku tanya la incik Google, and this the info yang aku dapat...quite interesting..tapi aku tak penah cuba...sapa yg rajin buleh la cube ye..kot jadik sile bgtau aku...heheheh

  • Pinjam/Dapatkan handphone dan berdiri jarak kurang satu kaki / berhampiran tayar kanan pemandu (alarm receiver). Call org kat rumah dan minta dia RETURN CALL bersama spare key dan remote. Minta org tu tekan unlock button kat remote spare key tu sambil sentuh handphone. ( handphone sahaja, fixed line kurang sesuai ).
  • Perlu diingat bahawa remote alarm device menggunakan spectrum Long Wave Radio frequency dan handphone pula menggunakan spectrum Short wave Radio Frequency yg boleh diselitkan Long wave. Bergantung kepada Alarm Device.

Happily Ever After.... 4:15 PM


Minggu lepas heboh citer Zaquan Adha kawin ngan Ayu Raudhah..santek couple nih...but personally aku lagik suke nengok abg kembar Zaquan tuh, Aidil Zafuan ngan wifey dia; Rita Rudaini.Sian gak nengok si Rita ni ek..dah peknen anak kedua pun still pergolakan ngan in laws tak settle lagik..aku doakan diorg okeh laa..sian kat anak2 diorg tu...(hehehe people dont call me Gayah for nothing okeh...)

gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha
Bulan nih mcm bulan Mari Bertunang lak..hujung minggu ni cousin aku nak bertunang, next week lagik sorg cousin plk bertunang... Dugaan nak bertunang nih mmg banyak..even aku masa nak bertunang dulu pun asyik gado je (malu nye...)..pasal sireh junjung pun nak gaduh..ntah pape je bila pikir2 balik..tapi tula kan dugaan..bukan senang nak serasi ngan org yg lain background kluarga, lain didikan..mcm aku lagik la payah..lain budaya terus...hehehe..tapi alhamdulillah managed jugak lalui sume tuh sampai ke hari ni..

Dugaan dalam perkahwinan nih ada macam2..kalo tak tahan mmg mcm2 buleh jadik. maklumla dulu bercinta, jumpa pun takat 3-4 jam je..perangai buleh suruk2 sbb tak duduk skali kan..lepas kawin baru tau semuanya...Bila dah ada anak lagik la sume sifat2 suami isteri tu akan terserlah..sanggup ke suami tu bangun tgh2 mlm buatkan susu anak, tukarkan pampers anak? sanggup ke suami tu berjaga tengah2 mlm menjaga anak yg demam? Kalo anak meragam adekah suami akn "meragam" sama atau tolong kita tenangkan anak? haaaa ni baru sikit nih...hehehehe...

Orang kata first 5 years tu mmg critical stage dlm sesebuah perkahwinan...masa nilah kena cuba sedaya upaya untuk terima kelebihan dan kekurangan pasangan..kena banyak berbincang..aku sendiri baru nak masuk 4 thn kawin..mmg terlalu banyak dugaan..mcm2 beb...mmg org kata perkahwinan tu satu perjudian, tapi perjudian yg boleh di menangi...dengan syarat kedua2 pihak saling bertolak ansur dan memahami satu sama lain..kengkadang ketidak samaan tu yg boleh merapatkan...kehadiran anak dlm rumahtangga sepatutnya jadi penyeri, tapi adakalanye tanggungjawab hanya dipikul oleh ibu, sedangkan bapak bagi alasan sibuk bekerja mencarik nafkah..aku rasa alasan ni tak relevan lagik sekarang..mak2 skrg ni bekerja..tak kiralah apa jenis kerja pun, tapi niat mak2 sekarang ni adelah untuk membantu suami meringankan desakan ekonomi..jadik, adil ke kalo tugas menjaga anak di hempuk ke bahu ibu semata2?

Walaupun ada yang berkata ‘perempuan mudah masuk syurga, taat je pada suami’ tapi ingat le isi neraka ramai perempuan…. yang derhaka pada suaminya. Hidup kita ni bukan macam cerita fairy tales.. Snow White ke, Beauty and The Beast ke, Cinderella ke… semuanya HAPPILY EVER AFTER. Kita ni manusia tak terlepas dari cubaan dan dugaan. Ramai yang fikir “takpe, kahwin je, setel semua”. Tapi hakikatnya, perkahwinan tu satu permulaan baru yang tak terjangkau dek akal. Lainla kalau kita ni Cinderella ke, at least Bawang Putih Bawang Merah, sebab depa2 tu hidup bahgia selama2nya..hehehehe

Memang, hidup suami isteri ni penuh dugaan. Ustaz yang gigih berdakwah (tak kirala dia ustaz jenis apa, janji sumbangan dia pada Islam lagi banyak dari kita yang reti merapu je ni) pun boleh bercerai-berai. Ye lah, memang semuanya cuma manusia. Dari situ kita kena selalu muhasabahlah, sejauh mana rukunnya, tulusnya kita dalam perhubungan. Gaduh2 sikit tu biasalah. Orang kata, sedangkan lidah lagi tergigit

Keharmonian rumahtangga terletak pada kedua pihak. Perkara terpenting adalah komunikasi dan interaksi. Ada pasangan yang memang asyik bercakap je. Ada pasangan yang diam je tapi masing2 faham kehendak masing2. Pakai telepati kot. Asalkan isi hati masing2 terpancar, dapatlah digapai objektif komunikasi.
Isteri mahukan kasih sayang, semua mahukan rasa ‘diperlukan’. Bila kedua2nya dipenuhi, insya-Allah rumahtangga pun sejuk je. Yang penting ialah niat awal untuk bernikah, dan berdoa setiap masa untuk kesejahteraan masing2. Serta bersyukur dengan kebahagiaan yang dikecapi. Kasih sayang dan perasaan cinta tu perlu dibaja..bukan dibiar mcmtu je bila dah kawin..hilanglah kemanisan rumahtangga tu bila memasing buat hal memasing kan....kalo pikirkan sibuk keje, sampai bila pun tak abis kan (keje mcm nak gila, kaya nye idak jugak...hehehehe) tak susah kottt nak bajai cinta...sekali skali pi la jalan2...nengok movie..lagik bagus kalo dapt bercuti berdua..more than that isteri doakan suami, dan sebaliknya.Insya Allah bahagia...

Trilogi Cinta..... 11:53 AM

Kadar kemengantukan adelah agak tinggi pagi nih...hehehe..semlm sampai shah alam pun dah dekat pukul 1am..nasib baik baby dh tido dalam kete..aku pun naik je bilik terus zzzzzzzzzzzzzz..selalu sampai tu sempatla gak aku kuarkan baju dr beg, pilih baju nak pakai esok segala..ni tak de maknenye..letak sume tepi, terus panjat katil..pepagi nih baru terhegeh2 cari baju ngan tudung..guna torch light okeh bagi mengelakkan pencahayaan yg menggaggu tido baby..



Punca yg aku balik lambat semlm tu adelah incik suami yg balik lewat dari memancing..around 10.30pm baru smp..aku plk tgh layan Trilogi Cinta..harusla tunggu citer tu abis kan..aku dah lama sebenarnya nak wat enri pasal citer nih..tapi xde feel lagik..hehe..so hari nih aku nak citer pasal Trilogi Cinta nih..Citer nih actually adaptasi dari 3 buah novel ; Tak Seindah Mimpi; Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi..novel ni ditulis oleh penulis peberet aku iaitu Sharifah Abu Saleem. Aku sayang giler ngan novel yg tiga bijik nih..kalo novel lain ilang takde la keje aku nak ganti bagai, tapi kalo salah satu dari yg tiga ni ilang mmg pasti Rasukan Ablasa akan terjadik..hehehe..



Kenapa aku suka giler citer nih? aku mmg peminat novel tegar, genre kegemaran aku citer psl family..cintan cintun aku tak minat (tak bape sesuai ngan umo okeh)..aku memula baca Tak Seindah Mimpi..terus tangkap cintan..maka aku beli Tak Semanis Impian and finally Tiada Lagi Mimpi..fuhhh terbaekkkk dari ladang beb.  Bape kali ntah aku ulang tayang baca novel2 nih..aku rasa mcm dah masuk lak dlm citer tuh (ober nye!!!) Aku selalu berharap citer ni akan diangkat jadik drama..and finally my dream come true..pilihan pelakon2 sangat sesuai laa..




Okeh aku citer sesikit la ye..Kisah ni pasal Norjinah, pompuan baik yg tggl kat kg..dia ni dua beradik (ngan abg dia, anuar)..ade adik2 tiri..Dia ni slalu la kena marah ngan ayah tiri dia without any reason..sian dowh, kemuncaknye bila dia nak pi further studies  bapak tiri magkuk dia nih pi roket duit dia RM5k ..langsung member cancel nak sambung study..pi la jadik org gaji umah Razif tu..anak2 Razif yg takde kasih syg mak sbb mak diorg si Salmi telah merambus ngan jantanz lain, terus sayang giler kat Ji..haaa aku citer sampai sini je la ye..citer dia panjang lagik sebenarnye..banyak konflik..maklomla 3 bijik buku la katakan...tapi sebab drama pun baru sampai babak si Ji ni masuk spital sbb si salmi yang dah cacat tu meroyan baling vase kat dia, maka aku stop summary aku kat sini..sapa nak tau sambungan nye ada 2 option: Sila beli novel atau sile tengok drama every Sunday-Tusday 10pm kat TV1 okeh...

kalau mengikut keseluruhan jalan cerita dalam novel ni memang mantap,tapi menurut Rosyam hanya 80 ke 90 peratus skrip Trilogi Cinta mengikut Novel tersebut.Kira okey lah kan,walaupun mereka tak mampu nak mengikut sebijik watak razif yang sangat kaya dan mempunyai pejabat besar di KLCC.Mereka cuma mampu tunjuk kekayaan tu melalui Rumah yang besar kira masih relevan la.Kebiasaannya drama-drama melayu yang ada watak orang kaya ni,masa kat pejabat tu mesti ada sebut projek harga berjuta-juta,itupun dah tunjuk kaya dah kan, hehehe.





Pelakon sume best2 la...Rosyam Nor membawa watak Razif,seorang lelaki yang kaya dan kacak.hehehe terbayang plk watak Razif dalam ketiga novel karya Sharifah Abu Salem ni,lelaki yang agak berumur bertemu dengan Norjinah,baby sitter anak-anaknya. tapi masa aku baca novel nih aku bayangkan lelaki tuh Zamarul Hisyam (relevant kah Zamarul jadik lelaki berumur?hehehe) mesti feeling sampai meresap dalam jiwa,boleh menangis,boleh terasa dicintai,ahaks.



Watak Nojinah tu plk mmg susuai sangat di bawak oleh Fauziah Gaous..watak awek dari kg yg blur2..lurus bendul smp nak pakai vacum claner pun smp tersedut kain...hehehe.. Sian dowh kalo baca novel nih..mmg teraniaya sungguh Norjinah dlm kehidupan dia tu..





Watak Salmi sebagai isteri kepada Razif dipegang oleh Amyza Adnan.Seorang isteri yang curang,Razif masih menerima Salmi sebagai Isteri setelah Salmi terlibat dalam kemalangan sehingga lumpuh.Berbagai dugaan yang dihadapi mereka bertiga (Razif, Salmi, Norjinah).Memang patutlah ada 40 episod untuk mengikut keselurahan cerita dalam ketiga novel ni.

Trilogi Cinta TV1

Siti Fazurina memegang watak Norseha .watak ni memang mengada betul,watak gadis kampung yang pemalas,bila dapat menumpang kesenangan kakaknya(Norjinah) yang telah menjadi isteri kedua Razif,dia cuba nak merampas suami kakak tiri dia tu pulak.Geram betul aku!!! (alamak emo terlebey suda...)

Trilogi Cinta

Lagik satu watak yg aku rasa sangat2 kena ngan pembawak nye ialah Aida Khalida..sebagai mak Razif..fuh mulut standard petir wa cakap lu beb...hehehe..cakap main lepas jer..mak razif nih pun sebenarnye penyumbang gak dlm sikap Salmi yg tak bape buley masuk ngan pamily Razif tuh...

Aku sebenarnye tak sabar nak tgk sapa pegang watak Shahrul, adik si Salmi..Salmi ada 2 adik..Badrul yg baik (sapa ntah nama pelakon tuh...), Shahrul the evil one...Badrul dah ade kuar dlm drama..shahrul yg belum..Shahrul ni mmg jahat giler dlm novel tu..

“Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan ditangan TUHAN.Sebuah Karya yang kaya dengan nilai kasih sayang dan kemanusiaan.Suatu rentetan perjalanan hidup yang sesuai dijadikan iktibar disamping menginsafi bahawa adakala hidup ini tidak seindah yang diimpikan.”- Trilogi Cinta




Bateri Tepon Ku 4:36 PM

Aluuu selamat hari ahad..pekaba uolls? hehehe..aku okeh je arini..walaupun mood ade skit swing, tapi aku trima phone call yg aku tunggu2 tghari td..yg telah melebarkan senyum aku smp telinga...hehehe..selesai 80% prob aku..banyak tuuuu..so korg buleh imagine la kan betapa pentingnye call tu..hehehe...call ape? nanti2 aku citer okeh..hehehe

Hari ni aku nak citer kejadian ngeri yang berlaku kat aku last week..bateri tepon aku sudah buat perangai..Patutla manjang kena caj ke..pendek kata kalo pakai sehari tu mmg kompom ptg dah kena caj balik..pastu sbb tak kompiden aku caj lagik mlm smp ke pagi..hasilnye....bateri aku jadik "gemuk"...hehehe..budak kedai hp tu kata aku overcaj bateri aku tu..adehhh sungguh ngeri beb, kena kuar seratus lbh beli bateri disaat2 gaji lagik 2 minggu baru kuar..wakakakaka!!!padan muka aku, salah sendiri..org nak pakai BB ko nak pakai BB kan..tapi "peghak" caj pun berlebih2..nak tukau bateri dia bukan murah lak tu..taim aku pakai nokia 3310 masa kat itm dulu seploh henggeh dah buleh dpt satu..hehehe..la ni, nak beli casing BB pun tak lepas tau seploh hengget tu..padan muka aku skali lagik, berangan mcm laki tokey balak..hehhehe

Sekarang aku telah insap..aku pastikan hp ni di caj not more than 4 hours (ikut kata budak kedai hp tu laa..)..pastu kalo nak caj tu pastikan bateri tu hampir2 empty betul. hisshhh manje betollll, so far dah 5 hari dah aku tukar bateri ni, okeh nampaknye..tahan la kalo more than 24 hours aku tak caj pun..hishhh incik tepon sile jgn buat hal lagik ye..saya nak pindah ghumah ni, duit banyak nak guna nih...harap maklom...

Gamba takde kena mengena..but i loike this cute girl..hehe

Tips Pindah Rumah 5:58 PM

Aku boring sebenarnye ptg ni..baby tido..incik suami keje..mak zzz ngan baby..tinggal la aku sorg terkelip2 dlm bilik nih..nak tido mata takleh lelap..godak blog la ape lagik kan...hehehe..memacam la yg aku surf sesambil tuh..memandangkan tak lama lagik aku nak pindah umah (ye ke tak lama lagi??hmmm) maka aku pun sesaja la gatal tangan carik kot2 ade tips nak pindah umah..ni adelah hasil kopi pes aku kat internet tadik..juz to share ngan sesiapa yg nak pindah gak tuh...

Petua Pindah Rumah / Rumah Baru....

Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk opis/umah baru. Ia juga baik bg bangunan yg telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh saper2...
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/umah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yg suka tinggal di umah yg tidak berpenghuni.
 membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud;
"jgn lah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;
"Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
Pagar rumah cara Islam.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dgn kepercayaan bhw benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bgmanapu ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.
walahualam.

Nostalgia 5:30 PM

Bonjour!

Kalau korg were born in 1970s and membesar di era 1980s, mesti korg tahu apa yg aku citer dlm entry ni. Dok bersembang2 ngan kawan2, sekali tingat pasal citer2 jepun yg mmg kasik penangan yg kaw kaw punye masa zaman membesar tuh. Dulu2 citer alih bahasa mmg glamor habis la di antara kita. Antara citer2 yg mmg berhantu zaman tuh ialah Moero Attack, Chiaki, Oshin, Rin Hani Koma, Gaban, Kesatria Baja Hitam, Ultraman Ace... the list goes on and on. Tapi my all time fav are Moero Attack and Chiaki. Satu lagi Oshin. Jom kita mengimbas kenangan lalu!

Moero Attack

Citer ni yg paling berhantu! Bukan berhantu camna, tapi memberi kesan yg mendalam dlm idup aku (Rasa nye ramai yg giler kan citer ni zaman2 tuh). Kalau sebut jer Moero Attack and dibesarkan di Malaysia zaman 1980an, mesti tahu pasal ni. Tipu kalau tak tahu.hehehe.. Citer ni pasal this one gurl nak cari mak dia. If i m not mistaken mak dia pun ada power mcm dia. So dia pun masuk la volleyball team nih. So actually citer ni suka duka dia nak jd pemain volley yg hebat. Dah lupa camna ending dia. Anyway, aku dulu siap brangan nak jd Chun. Chun was the heroin in this series. Kalau lari, mesti lari mcm Chun. kalau nak lompat, mesti lompat mcm Chun. Trademark yg paling gempak, everytime Chun nak spike bola mesti dia buat SOMMERSAULT BERPUSING! Kalau nak spike tuh mesti sebut, "PIRING BERPUTAR" (sumthing like that). Kalau nak ikat rambut mesti tocang dua, baru leh jd Chun. Mmg dulu tak miss tgk episodes kat tv. Skang pun still terngiang2 the theme song citer nie. Mmg berhantu kan. Ingat tak, iklan citer nie UBAT BATUK CAP IBU DAN ANAK? hehehe ..Konon taim skolah nak main bola tampar, nak jadik mcm Chun la kunun...harammmmm..takat senaman beramai2 tu lepas la masuk okeh..tula yg paling fancy pun buleh buat taim tu...hehehe. Satu lagi fav Chun, masa nak buat latihan dia mesti melekat kat dinding upside down. Aku nak buat camtu? Ilang akal ape? hehehe...walaupun taim memuda dulu vadan idaklah "secomel" ini tapi takde mananye nak sommersault berpusing bagai der...hahaha

Chiaki

Chiaki ni citer suka duka seorang gadis yg bercita2 nak jd stewardess. So sepanjang training tuh mcm2 la kisah pasal dia as a trainee, kisah cinta dia ngan trainer dia yang hensem, Cikgu Hiroshi. Tapi kalau tingat citer nih, tak sah kalau uols tak ingat pasal lagu yg selalu Chiaki and the geng nyanyi for Cikgu Hiroshi. It goes sumthing like this:

Cikgu Hiroshi Cikgu yang baik hati
Orangnya pun sangat tampan sekali
Dia penyayang, pemurah, sungguh berani
Siapa yang dapat dia sungguh beruntung
CHIAKI!

Hahaha... tgh2 taip ni pun, aku gelak sorang2. Ingat tak uols, tunang Cikgu Hiroshi, Cik Mariko Shinto! Hahahah... siap ingat nama penuh lagi. Apa tak nye, she's such an evil. Benci! Tak suka tgk dia. Ada jer muslihat dia nak buat. Everytime nak mintak simpati ngan Cikgu Hiroshi, mesti dia tarik gloves dia ngan gigi. Nak tunjuk tangan palsu dia. Ingat tak!! Hahaha... Aduihh... citer ni takde la kasik penangan kat aku nak jd stewardess ke apa, tapi kasik inspirasi nak ada bf or hubby yg tua and hensem just like Cikgu Hiroshi! Hahahaha... giler? yesss... dulu berangan tak ingat!

Oshin

Citer Oshin nie kenangan ngan my datuk & arwah nenek (al-fatihah). Citer ni paling lama, episode paling byk dlm sejarah citer jepun yg ditayangkan kat Malaysia. Apa taknye, citer ni pasal Oshin dr kecik sampai la tua. Tgk gambar kat atas tuh, ada tiga org kan? Yup sumer tuh Oshin. Masa dia as a teenager, as an adult Oshin and as a nenek Oshin. Citer nih mmg sedih la. Oshin selalu kena dera jer. Lupa dah ending camna. Tapi for sure, everytime Oshin dah nak start, mesti atuk and nenek panggey tgk sesama (kalo taim tu aku ade kat kg la). They all mmg fan #1 citer nih. Hahaha.. Oshin Oh! Oshin. 


Ni la antara kenangan masa skolah.... see ya in my next entry!

Tanya Sama Itu Hud-Hud !! 10:46 AM

Aluuu bertemu lagik...[sile muntah ijo..] Aku sebenarnye tadi tgh survey2 lagu besh nak masukkan as my blog background music. Tetiba terjumpa lagu M.Nassir nih..dari SUMBER yang aku dapat gini la bunyiknya.....;

Walaupun lagu ni berentak  rancak, ia berjaya membuatkan aku mengalami goosebumps. Kenapa? Jom kita  tengok lirik lagu tersebut:


Tujuh puluh tiga pintu
        Tujuh puluh tiga jalan
             Yang sampai hanya satu jalan


Pernah dengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecahkepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yangterselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.

Ketahuilahbahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecahkepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umatIslam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluhdua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuksyurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Surah Abu Daud no 4429).

Maknanya,yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat.Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak? Hmm...



Beribu-ribu Margasatua
         Mencari raja si Muraq
         Yang sampai hanya tiga puluh


Rangkap ni diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ketahap tersebut sebab mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya,advencer burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebu tdalam mencari makna dan hakikat hidup. Untuk maklumat lanjut mengenai perjalanan tersebut, boleh klik sini

Ooh... Sang Algojo
     Ooh... nanti dulu

Algojoitu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara,beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalan kantugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?

Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
        Yang mana satu engkau pilih

Dua  rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kitaberfikir antara  melihat dari mata burung, with an open minddan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawahtempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau adacahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah denganakal dan iman yang dianugerahkan.


Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana  pula kau berdiri
Di sini


Mula-mula aku kurang faham dengan rangkap ni. Carik punya carik terjumpa satu blog. Penulis blog menyatakan bahawa,

"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah.Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai.Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yangterlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dankita berada DI SINI!"
 
Ada betulnya kata beliau. Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebutdiubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini,di dunia yang penuh kalut ini.


    Ooh... Sang Algojo  
 Ooh... nanti dulu 
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai


Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, barunak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Barunak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat tak?


Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari


Yang ni, kena baca Musyawarah Burung. Boleh baca di sini.Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini.Musykil lagi? hm..tanya sama itu Hud-hud!

* dengar lagu baru nak sedar..tapi sedar betul ke sedar taim nih je? adehhhh payah nak jawab nih...heehhe

Makan Time!!! 10:05 AM

I'm back...hehehe..selamat pagi jemaat uolls..semlm mmg memula ingat nak hapdet blog..skali kejadian yg tidak diingini telah berlaku...iaitu tertido bersama baby...hehehe..penat laaaaa..siang tukan aku buat kerahan tenaga..heheh

As expected ayah sampai dlm pkl 7.30pm semlm..wah bukan main happy lagik org tua tu nampak cucu dia after 3 days tak jmp. Barang2 banyak gakla dia beli..tapi brg mkn la..hehehe..mcm2 jenis jeruk, asam jawa peket tuh..keropok..sempat gak la ayah belikan kain pasang utk aku, mak ngan kak ana..and tak lupa juge "baju labah2" a.k.a baju kelawar [aku pun baru tau term ni..ayah yg pekenalkan..hehehe]. Baby lak dapat baju gaun..ish ayah ni dah mcm gi supin lak aku nengok. Memula ayah nak balik gak mlm semlm..tapi kitorg tahan..yela penat balik dr ktan tak abis lagik dh nak gerak balik sban plk..ghindu la tu ngan mak...hikhikhik..
Ayah muke penat br "touch down" from ktan..ciannnn

Sesi geledah beg sudah bermula ditemani si kecik..

Amir sedang makan ashammm (muke nak kontrolll je)

Baby yg takleh berenggang dgn "ia" nye...

Selesai sesi geledah beg, kitorg gerak gi SACC Mall..yahoooo makan luar as promised..kira upah la lepas spring cleaning siang tu. Lama gila dowh tak kuar mcmni..kalo mak ade mesti best nih..takpe2 nanti balik sban bawak mak kuar makan lak..hehehe.. Lawak plk masa order tu..agaknye budak waiter tu baru keje semlm kot, abis lintang pukang order kitorg..amir mintak sizling lamb chop, yang sampainye roasted chiken..aku mintak sizling lamb chop, yang dtgnye lamb chop biasa..dah selesai mkn tetiba sizling lamb chop sampai..adehhhh camno nih..takpe la kesian lak nengok muka budak tu cam nak nangis je, kitorg bayar gak lak sizling lamb chop tu..tapau bawak balik utk kak ana; memandangkan nasik goreng ayam yg kitorg order utk dia tak dtg2 sampai ke sudah..ayah tersenyum lebar dapat hidangan peberet dia iaitu NASIK BERIANI KAMBING..hamboi2..jgn lupa makan obat tau ayah..baby lak makan brokoli side dish aku, incik suami ngan ijam..banyak gak di ratahnye..alhamdulillah..minat gak dia mkn sayur..hehehe..balik dari SACC Mall incik suami buat lawak tak kelakar, tertinggal baju yg dia baru beli kat SACC Mall tu lak kat kedai. seb baik hero2 tu still dlm kete, so patah balik ke kedai..luckily baju tu ade lagik..hishhh careless plk laki aku mlm ni. Bebudak bujang tu reached home around 1am la gak..sebb lps ambik baju incik suami tu diorg korner gi karaoke..maklomle ijam coti ari ni..Aku rasa happy sgt semlm sbb dpt spend time ngan family aku, even tak complete..takpe2..next week full gathering masa apis bertunang..pastu gathering lagik kat Tiara...Yahoooooo!!!!!

Menu suda mariiiiiiii...

Butter Prawn..besh nih..tapi rasa nak mkn benda lain la...

Baby dah sesiap pakai baju yg atuk beli..tak sempat basuh tuuuu

Tengkiu amir yg bagik cadangan utuk sapedek di luar..

Ijam sedang meneliti menu (dah mcm nengok paper pertuduhan kat court lak..hehehe)

Pais kaber hensem...

Sudah mariiiii...best woooo

apelagik???serang!!!!!!

.: Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda :
"Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab) :.

Spring Cleaning 5:05 PM

Aluuuu jumpe lagik...hehehe..penyakit giler hapdet blog dah smpai..actually aku baru lepas habis mengemas dengan jayanye nih..harikan cuti thaipussam. aku xbalik sban sbb esok keje..dah tu ayah kan gi kelantan, mlm ni sampai shah alam, so aku tak balik la..esok baru balik sban..memandangkan aku ade umah, bebudak nih (ijam, amir, pais) pun ade, maka aku dah buat kerahan tenaga..kejam tak aku? Pais ditugaskan mengelap kipas, amir ngan ijam kemas bilik, aku lak kemas office..pueh ati aku dh settle kemas nih..barang2 yg tak pakai sgt tu aku dh sesiap packing dlm boxes..senang nak pindah nanti. Isnin last week aku cuti, yang baby tak jadi cucuk tu..konon nak mengemas..yg sempat cume kemas bilik aku je, maklom la baby bukan muleh nengok aku buat keje sikit, mesti nak "menolong"..hehehe..pastu jumaat lepas cuti lagik, baby gi cucuk..balik umah dh tghari..makan segala dah pkl 2pm..nak mengemas ape 2 jam? ptg tu dah balik sban dah..tertangguh lagik...ni aku manafaatkan cuti ni "sebaik-baiknya" tambah2 bebudak nih ade..hape lagik...hehehe..baby pun kurang mengacau.."ia" dia ada...


Tadi Tiara Beach Resort call for confirmation..alhamdulillah dapat gak bercuti ngan family sempena Bday Ayah 5hb Feb nih..kami check in 3hb check out 5hb..plan nak buat surprise utk ayah kat Tiara tu on midnight 4hb tu..hehehe...memula ingat nak gi A famosa, tapi fully booked..A'Famosa best, ddk bungalow dia tu..ada private pool lagik...buleh la nak bbq kat pool site..tapi tulakan Raya Cina ni cuti panjang,,,tourist from Singapore ramai yang dtg malaysia nih..Melaka mmg kompon la sume otel fully booked, aku kol Pemaisuri Resort ngan Ancasa pun full house gak..adehhhh nasib baik Tiara still available..Best gak actually Tiara nih..last year chinese new year pun mmg kitorg lepak sini..baby la yg paling happy..bape kali terjun kolam tu..hehe..tapi siappppp la..kadar kerentungan kulit akan bertambah sebanyak 60% peratus bila balik dari sana tu..maklom je la bahang laut kan...



Best tak Tiara nih? hehehe...
 Baby tgh tido tu..aku pown nak tido jap la..kang dia dah bangun takde can lagik...adehhh pinggang pun rasa nak patah dah nih..kang malam amir ajak pi makan luar reramai..besh nyeeeee..lame tak makan luar  nih..aritu plan nak makan luar tak jadik lak..hopefully arini jadik la..ijam ngan ayah pun ade..apis lak balik kg..mamat tu bz dah nih..maklom le minggu dpn nak sarung cincin..hehehe...Okeh la..kot aku ghajin malam kang aku hapdet lagik ye (kesan sampingan dari penyakit gila hapdet blog yg belom kebah) Bubyeeee!!!!

Bz Bodi 4:32 PM

Minggu ni banyak gak benda2 yg berkaitan perkhidmatan aku kene settlekan..maklumla awal tahun kan...lagikpun aku target nak kompom tahun ni gaks..bulan april ni setahun aku join gomen..kalo ikutkan pengesahan jawatan tu dalam tempoh setahun hingga 3 tahun..tapi memandangkan umo yg tak bape nak muda lagik nih aku kena la cepat2 kompom..hehehe...Kalo ikutkan aku tinggal nak gi Induksi Umum je nih..Induksi Khusus, exam Perkhidmatan sume aku dah settle dah...BTN pun dah...so hopefully aku dapatla settle cepat..



Awal minggu nih dapat markah SKT (Sasaran Kerja Tahunan)..alhamdulillah..marks aku sangat2 membanggakan aku sendirik (sambil idung kembang kempis)..aku tak duga pun dapat marks mcmtu..but alhamdulillah..thanks to CC yang baik ati (sile baca dengan nada bodek jurus ke 18)..kalo ikut kata Senior Chip; SKT ni penting untuk pengesahan jawatan (fuhhh legaaaaa), untuk kenaikan pangkat, nak bertukar jabatan ke..okeh la tu..marks aku tu buleh la nak dibawak ketengah ketepi kot...hehehe..kelakar pulak ghase..time keje kat private company dulu takde pulak SKT nih sume..evaluation are based on KPI (key performance index)..kot ko sorg yg kedatangan 100%, puntual giler babas sampai sesama bukak gate opis dengan guard pun tapi KPI ko tak achieve bye2 la to promotion, bonus and increament. Masa aku keje kat bank dulu antara KPI nye adelah AHT (average handling time) tak buleh lebih 6 minutes every customer..pastu mesti achieve target 150 calls every day..barula ko merasa green button (achieve target)..kot lebih dari tu dapatla blue button (exceeded target), kot border line dpt yellow, kalo tak achieve langsung dapat red button..button2 nih akan terpampang kat depan opis dan akan di update every day ..adeh sgt malu kalo seminggu direct takde ijau langsung...hehehe kenangan....

Ok back to topik la mak enon oiii...aku nih mmg selalu terpesong laa...nak citer benda lain meleret lak benda lain..Semalam lak bz mengisik borang kursus..kat INTAN..adelah 2 kursus yg aku dah pilih yang berkaitan ngan bidang keje aku..tengah tunggu pengesahan dari pihak INTAN je la nih..Orang gomen nih kena cukupkan kursus 7 hari setahun (atleast)..tahun lepas aku kire beruntung la sbb pegi Induksi khusus ngan BTN tu..total 2 kursus tu je dah 8 hari..hehehe.Oklah .hopefully tahun ni tahun yang best untuk kerjaya aku..bubyee



.: “Sesungguhnya ALLAH suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara ia melakukan dengan penuh ketekunan (memperbaiki dan mempertingkatkannya).” (HR al-Baihaqi)

Sedih Ke?? 3:58 PM

Lama jugak aku tak hapdet blog..kebanyakan post aku lately banyak yg aku kopi pes forwarded email, just to share with uolls..Furthermore aku tak bape nak ade mood and time nak menghapdet..[yg lebih sebenarnye adelah takde mood..ngehngehngeh]. Banyak sgt perkara yg memerlukan attention aku lately..biasalah kalo dah bekeluarga mcmni la..banyak tanggungjawab..kengkadang aku rindu gak time2 bujang dulu...tak banyak benda nak pikir..bekeluarga mmg best..ade org jaga kita..bila dah ada anak lagik la...rasa macam diri dah sempurna sbg pompuan..tapi kena ingat sume tu dtg dengan pakej TANGGUNGJAWAB..Banyak benda nak kena pikir bila dh bekeluarga nih..sometimes aku rasa otak aku nih mcm tak muat je nak isik sume masalah aku..24 jam seharitu mcm tak cukup je nak pikir solution untuk setiap masalah aku..nasib baik aku ade escapism..hehehe..kat opis la..jgn pikir ke lain okeh..zaman jahiliah tuh dah lama aku tinggalkan..dulu aku tak jahat laaaa...nakal sikiiiitttt je..hehe..hmm kat opis ni atleast aku dpt lupa kejap masalah aku..dapat borak2 ngan kengkawan..huha huha..lupa la jap..more than that, the apple of my eye iaitu NURUL AIN NADHIRA la yang buat aku lupa masalah aku..aku suke nengok dia masa dia tido..tenang je rasa..[sobsob cedih la pulak...]



tetiba je rasa nak tulis sedikit luahan hati...hehehe ..xde pape pon yang specel..cuma satu je nak cakap...
aku mmng boleh tipu orang lain..tapi aku x mmpu nak tipu diri aku sendiri..berpura2 gembira..tapi disebalik kegembiraan ada bnyak tersimpan kedukaan [hamboi dah ayat novel pulak dahhhhhh]
tapi aku x kisah sbb mungkin orang lain lebih bnyak masalah dari aku ..so apesal kita nak tnjukkan masalah kita kat orang lain kan. kalau dah boleh settle sendiri settle je lah [masalahnye buleh ke settle noks?hehehe]

kenapa kita slalu berduka ? salah satunya mungkin disebbkan kita x dapat apa yang dikejar atau dikehendaki
aku rasa semua orang pernah lalui kan? apa yang kita kejar, apa yang kita hendak hilang atau terlepas dari genggaman..cuma satu je bagi aku sedih memng sedih kengkadang.. tapi mungkin itu sudah suratan yang ditakdirkan..aku pikir banyak2 pown keadaan bukan buleh berubah kan? buat serabut otak je ..yg penting salah satu prob aku dh settle arituh dgn terbongkarnye sape PENYAMUN TARBUS yg telah merampok dengan jayanye disamping MELAGA-LAGAKAN kami..tu laaaa sepandai2 tupai melompat kan....harini aku dpt tau BELT pun dia nak sebat...adeh sgt kesian...hehehehe

tuhan menggantikan siang dengan malam kemudian mendatangkan siang pada keesokkan harinya supaya kita dapat mencipta sesuatu yang dapat menggembirakan diri kita....
percayalah dengan janji tuhan
DIA x kan datangkan ujian yang x mmpu ditanggung oleh hambanya...

Anak Lelaki dan Anak Perempuan 8:05 AM

Secara amnya, pakar pskologi berpendapat memang terdapat perbezaan di antara anak lelaki dan perempuan. Walaupun kedua-dua anak lelaki dan perempuan mengalami proses pembesaran, mereka mengalaminya pada masa yang berbeza dan tidak semestinya pada usia yang sama.
Sebaya Tetapi Tidak Sama
Kajian menunjukkan bahawa dalam beberapa perkara, anak perempuan membesar lebih cepat daripada anak lelaki, manakala dalam perkara-perkara lain, anak lelaki pula membesar lebih cepat berbanding anak perempuan. Contohnya, semasa kecil, anak perempuan mempunyai daya pendengaran yang lebih kuat manakala anak lelaki pula mempunyai daya penglihatan yang lebih kuat. Tetapi ini hanyalah satu kecenderungan dan tidak semestinya dialami oleh setiap anak lelaki dan perempuan.  Begitu juga kebolehan membaca, menulis dan sebagainya. Perbezaan-perbezaan ini disebabkan cara otak anak perempuan dan anak lelaki itu berkembang. Namun setiap anak membesar mengikut rentak atau blue print nya sendiri. Tiada pelan mutlak untuk peringkat pembesaran anak lelaki mahupun anak perempuan.
Anak Lelaki Kurang Bijak?
Di Malaysia, terdapat kecenderungan di kalangan sesetengah ibu bapa dan tenaga pengajar yang mengatakan anak lelaki kurang bijak berbanding anak perempuan.
Perlu diingat, murid lelaki biasanya memerlukan suasana pembelajaran yang lebih interaktif. Mereka merasa resah dan gelisah serta sukar menerima apa yang diajar sekiranya terpaksa berdiam diri dan hanya mendengar apa yang diajar guru. Sukar bagi seorang anak lelaki untuk belajar jika cara penyampaian membosankan.  Apa yang mahu ditekankan di sini ialah, kaedah pembelajaran yang boleh menarik minat anak lelaki tidak semestinya sama dengan anak perempuan.
Pun begitu, kajian menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan di dalam apa yang boleh dipelajari oleh anak lelaki atau anak perempuan. Kedua-duanya sama mampu mencapai apa yang mereka impikan asalkan sanggup berusaha bersungguh-sungguh.
Berikan Tumpuan Seimbang
Berikan perhatian kepada anak lelaki sama seperti yang diberikan kepada anak perempuan.  Galakkan dia bercerita tentang dirinya, kawan-kawannya dan saat-saat gembiranya setiap hari. Kenal pasti aktiviti yang diminatinya. Sekiranya dia gemar melakukan uji kaji sains contohnya, belilah barang-barang yang diperlukan agar dia boleh melakukan uji kaji itu sendiri. Secara amnya, anak lelaki gemar melakukan aktiviti-aktiviti yang menggunakan tangan. Mereka suka membina dan memotong bahan-bahan dan melihat sendiri hasil kerja tangan mereka terbentuk. Paling penting, lakukanlah aktiviti-aktiviti ini bersamanya.
Anak Lelaki dan Minat Membaca
Yang dimaksudkan dengan 'membaca' ialah: Memupuk tabiat suka membaca selain daripada buku sekolah. Ini kerana, apa yang ditemui dalam buku-buku sekolah amat terhad dari segi kandungannya.
Beberapa idea yang boleh dilakukan untuk menggalakkan anak lelaki membaca:
• Wujudkan suasana rumah yang mesra pembaca.
Sediakan ruang membaca. Letakkan lebih banyak rak buku dan majalah di rumah. Pergilah membeli-belah buku bersama-sama dengan anak lelaki anda. Pekalah dengan pesta-pesta buku.Perkenalkan dia kepada apa jua buku-buku yang terdapat di luar sana, sesuai dengan umurnya.
• Membaca di hadapannya.
Anak lelaki perlu melihat ibu bapa mereka juga membaca. Ceritakan apa yang menarik di dalam buku atau majalah yang dibaca.
• Bacakan buku untuknya.
Setiap hari, luangkan masa untuk membaca buku kepada anak anda. Minta dia pilih buku ceritanya sendiri. Sesetengah ibu bapa suka membaca untuk anak kecil tetapi berhenti berbuat demikian apabila anak tersebut melangkah ke alam persekolahan. Alasan yang diberikan ialah kerana anak itu sudah pandai membaca sendiri. Sebenarnya saat-saat apabila seorang ibu atau bapa membacakan sesebuah buku cerita adalah sangat istimewa bagi seseorang anak itu. Bacalah dengan intonasi yang menarik, mengikut jalan cerita, bukan setakat untuk melepaskan batuk di tangga. Anak bongsu saya sudah berusia 12 tahun tetapi sehingga hari ini saya masih membaca novel kegemarannya untuknya apabila diminta!
• Jangan paksa anak lelaki membaca sesuatu yang tidak diminatinya. Seboleh-bolehnya, bantu anak lelaki untuk memilih sendiri buku-buku kegemarannya. Jadikan pengalaman membaca sesuatu yang menyeronokkan.
Anak Lelaki Dan Testosteron
Mengenai kecenderungan anak lelaki untuk bermain di luar: Anak lelaki mengalami kitaran testosteron yang boleh menyebabkan perubahan-perubahan ketara pada umur tertentu. Pada usia empat tahun, mereka aktif dan berkelakuan kebudak-budakan. Pada usia lebih kurang 13 tahun, mereka melalui pembesaran yang cepat dan adakalanya berasa sukar untuk menyesuaikan diri. Pada usia 14 tahun, mereka akan mula mencuba perkara-perkara baru dan melangkah ke alam kedewasaan. Setiap anak lelaki unik, tetapi testosteron lah yang bertanggungjawab di atas pembesaran mereka dan membuatkan mereka aktif. Testosteron ialah hormon yang memberikan seseorang anak lelaki ledakan tenaga yang tinggi dan membuatkan dia terangsang untuk aktif bermain di luar. Ini suatu perkembangan yang sihat dan perlu difahami dan disokong oleh setiap ibu bapa.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Lelaki Pelindung Wanita 1:00 AM

Lelaki disyaratkan melindungi wanita, hindari kekerasan. Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud:
"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." (Surah an-Nisa, ayat 34)
Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. Islam melarang sama sekali kekerasan dalam rumah tangga. Rasulullah memberi ingatan dengan sabda bermaksud:
"Mengapa ada lelaki di kalangan kamu yang suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal dia akan menyetubuhi isterinya itu pada hari lain." (Hadis riwayat Ahmad).
Isteri mempunyai hak untuk mendapat layanan sebaik-baiknya. Pada suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada suami mereka. Apabila Rasulullah mengetahuinya, baginda pun bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka. Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu." (Hadis riwayat Abu Daud).
Rasulullah memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Rasulullah sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang baginda dapat melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain. Sifat ringan tangan suami membantu isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan tugas isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat isteri. Isteri berasakan dirinya lebih disayangi dan dihormati.
Amalan melakukan kerja rumah secara bersama dapat membentuk kerjasama, persefahaman, keceriaan dan menghargai apa yang dilakukan bersama-sama. Suami yang sama-sama membersihkan rumah tentu tidak akan melakukan perbuatan yang menyebabkan keadaan menjadi kotor. Bagaimanapun, ramai suami yang secara sengaja mengotorkan kawasan rumah dengan habuk dan puntung rokok yang dibuang merata-rata dan kemudian menyuruh si isteri pula membersihkannya.
Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda muslim sejati. Suami yang baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Sikap baik sebenarnya bukan terhad kepada isteri. Semua orang berhak dilayan dengan baik, terutama ahli keluarga dan sesiapa yang diamanahkan kepada kita menjaganya. Orang gaji dan sesiapa yang tinggal bersama kita perlu dilayan dengan sebaik-baiknya. Sikap baik Rasulullah terhadap isteri diakui oleh isteri baginda, Siti Aisyah. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Aisyah pernah berkata:
"Rasulullah tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya."
Menjaga dan berbuat baik terhadap isteri juga dilakukan dengan cara menyediakan apa yang suami mampu untuk dirinya, maka itulah juga seharusnya untuk isteri. Adalah menjadi hak isteri mendapat pemberian yang mampu disediakan oleh suaminya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah." (Hadis riwayat Abu Daud)
Islam menggesa si suami agar berurusan dan bermuamalah bersama isteri dengan adab yang baik, memandangkan pertimbangan akal kaum wanita dianggap kurang berbanding kaum lelaki. Allah befirman di dalam al-quran:
"Gauli mereka dengan adab yang baik." (An-Nisa': ayat 19)
Ini merangkumi tutur kata yang lunak, bersikap adil bersama isteri sekiranya si suami berpoligami, memberi nafkah, bermesyuarat dengan isteri dalam urusan rumahtangga, menutup kelemahan isteri dan lain-lain lagi. Mengelak daripada mengatakan perkara buruk terhadap isteri adalah sebahagian sikap baik yang perlu diamalkan oleh suami. Ada suami yang sering dan gemar mengeluarkan perkataan tidak enak terhadap isteri disebabkan sesuatu perkara tidak disenangi. Perkataan buruk yang dikeluarkan terhadap isteri juga satu penderaan iaitu penderaan mental. Isteri yang selalu diherdik, dihina dan dimarahi akan menghadapi tekanan perasaan dan mudah timbul perasaan takut untuk berdamping dengan suami. Sesiapa yang suka mengamalkan sikap bengis dan suka menakut-nakutkan isteri dengan perkataan kasar akan terlepas daripada rahmat Allah dan menanggung kerugian di dunia dan akhirat.
Sesungguhnya Rasulullah sallallahu'alaihi wa sallam adalah teladan yang paling baik. Meskipun baginda membolehkan memukul isteri setelah nasihat dan memulaukannya di tempat tidur tidak berkesan, namun baginda tidak pernah memukul isterinya. Islam mengharuskan suami memukul isteri dengan pukulan ringan yang tidak menyakitkan walaupun ke atas bayi, sekadar amaran agar si isteri tidak mengulangi kesilapannya. Islam telah menetapkan garis panduan yang cermat berkaitan keharusan memukul, agar tidak mendatangkan mudharat lain yang tidak diundang, seperti menegah memukul bahagian muka serta jangan memukul dengan pukulan yang mencederakan. Pukulan ini juga dibenarkan setelah isteri dipisahkan tempat tidur dan masih belum bersedia untuk mengubah tabiat buruknya.
Rasulullah sentiasa menjaga perasaan para isteri baginda dan pandai menambat hati mereka dengan bergurau senda dan bermesra. Rasulullah menggesa para suami agar bijak menyesuaikan diri,ketika berada di samping isteri. Rasulullah bersifat keanak-anakan ketika berada di samping isteri baginda, meskipun baginda seorang pahlawan yang handal di medan jihad.
Sememangnya wanita suka dimanjai dan dibelai. Rasulullah mengkehendaki para suami agar pandai meletakkan taraf dirinya sedarjat dengan isteri, untuk mengelakkan rasa canggung dan janggal ketika bersama isteri. Pernah diriwayatkan dalam sunan Abu Daud dan Al-Nasa'ie, Rasulullah berlumba lari dengan isteri baginda Saidatina Aisyah. Meskipun Rasulullah pesuruh Allah yang sibuk dengan urusan menyebarkan dakwah dan berjuang di medan jihad, namun baginda masih ada kelapangan untuk bermesra bersama isteri baginda dan ini bukanlah suatu yang menyalahi etika. Rasulullah bersabda di dalam riwayat Tarmizi dan Muslim:
"Mukmin yang paling sempurna ialah yang paling baik akhlaknya dan paling berlemah lembut bersama isterinya."
Islam menggambarkan mukmin yang paling sempurna ialah mereka bijaksana melayani isteri dan berbudi pekerti mulia. Satu contoh petunjuk Rasul yang menggambarkan baginda beradab sopan bersama isteri baginda ialah hadis yang diriwayat oleh Ibn Abi Dunya, Saidatina Aisyah memberitahu bahawa:
"Segala urusan dan perlakuan Baginda amat menakjubkan, sehingga ketika baginda bersama isterinya pada suatu malam dan telah bersentuhan kulit, baginda meminta izin dari isterinya Aisyah untuk beribadat menemui Tuhannya."
Demikianlah adab Rasul bersama isteri baginda, meminta izin untuk meninggalkannya meskipun untuk bertemu Tuhan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...