Home » » ASTRO FIRST ASTRO FIRST 1:42 PM


 Jumaat aritu incik suami kecoh-kecoh sebab nak langgan Astro First. Perkhidmatan terbaru daripada pihak Astro ni bermula  13 Januari 2010. Ok, sedikit pengenalan mengenai Astro First ye. Astro First ni macam pawagam. Tapi pawagam Astro First ni simple gile. Tak perlu buat hall besar-besar, tak payah ada kerusi banyak-banyak dan tak perlu ada sound system yang boleh mencairkan tahi telinga untuk buat pawagam ni. Anda hanya perlukan sebuah TV(kalau nak best LCD Full HD) dan yang paling penting anda ialah pelanggan Astro la..hehe
Sepanjang aku baca 42 jenis Frequently Asked Questions(FAQ) kat website Astro First tadi, apa yang aku boleh ringkaskan ialah:


  • Semua pelanggan yang pakai decoder Astro jenis normal dan B.yond sahaja yang boleh langgan Astro First. Astro Max tak boleh
    Nasib baik rumah aku dah tukar Astro B.yond.. :)
  • Satu filem harga dia RM15
    Kat sini aku nampak dia punya penjimatan tahap kaw-kaw tu. Bayangkan, RM15 untuk satu movie bukan untuk seorang. Jadi kat sini korang yang kepala hotak bisnes tu(macam aku) dah boleh buat duit dah. Jemput semua jiran-jiran, member-member semua datang tengok movie. Make sure TV korang cukup besar la nak tampung semua mata yang melihat tu ye..hehe Pastu kutip la sorang RM1 ke RM2 ke..LOL
  • Filem yang dibeli hanya boleh di tengok 48 jam selepas pembelian
    Syarat yang ni pulak bagi aku adil la bagi semua pihak iaitu pihak Astro, pengarah filem dan juga penonton. Bukan apa, sebab nak jaga copyright filem ni jugak kan. Lagipun RM15 untuk unlimited orang yang tengok tersangatlah murah kalau nak compare dengan pergi tengok kat TGV/GSC tu.

Aku rasa 3 point ni dah cukup untuk buat korang faham pasal Astro First ni. Kalau nak clear lagi boleh usha sendiri(website Astro First) Jom kita tengok pulak apa kebaikan dan keburukan Astro First ni. Ni pendapat aku ye, jangan kagum sangat..:)

Kebaikan Astro First
  • Sesuai untuk golongan dewasa yang ada anak kecik yang dah tak boleh nak keluar lepak tengok movie kat pawagam macam zaman muda remaja dulu…ni golongan aku la nih..hehehe
  • Sesuai untuk golongan separuh tua (40-50 an) yang masih ada keinginan nak enjoy tengok movie kat pawagam tapi malu takut orang lain kate ape pulak kan. Dah tua-tua insaf la sikit.
  •  Masalah kegiatan “tak sedap didengar tapi sedap dipandang” kat dalam panggung akan berkurang sebab bila awek ajak tengok movie kat pawagam pakwe die cakap “Ala, Astro First kan ada. Lagipun i tengah pokai sekarang ni..”
  •  Membanteras kegiatan cetak rompak. Even aku sendiri pon sanggup langgan Astro First daripada layan pirate movie kat pasar malam tu. Kejap-kejap ada orang bangun, kejap-kejap senget ke kiri.
Keburukan Astro First
  •  Cerita cetak rompak akan lebih berkualiti tinggi sebab para pencetak rompak akan rekod filem yang kat dalam TV tu dan jual kat pasar malam lagi…hahahaha
Cara-cara nak langgan Astro First ni pulak korang boleh lihat kat http://www.astro.com.my/astrofirst/ sendiri ye. Kang nanti aku tulis pastu korang buat tak jadi korang salahkan aku pulak.

PS: Apa-apa pon, aku rasa mesti ramai yang ragu-ragu bila dengar satu movie harga RM15 dan hanya boleh tengok dalam masa 2 hari jer kan? Sebab ape? Sebab lumrah manusia yang tak boleh tengok bil yang mahal-mahal…ahha

Aku dh langgan pun..tapi kat decoder sban la...ye la kalo langgan kat shah alam kang bila plk la masa aku nak nengok nye..so aku amek 2 citer..Ngangkung dengan Damping Malam..dedua best..hehehe

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...