Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk opis/umah baru. Ia juga baik bg bangunan yg telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh saper2...
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/umah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yg suka tinggal di umah yg tidak berpenghuni.
| Erti Bahagia.. | 6:55 AM |
|
comments (1)
Filed under:
SHARE
|
|
Sayang sekali, lain yang difikirkan lain pula yang dirasa. Cuba renanungkan, berapa ramai para suami yang lebih prihatin tentang perasaan isteri berbanding 'keadaan' keretanya. Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran. "Batuk" kereta yang sedikit cepat-cepat dihantar ke "workshop" untuk diselenggarakan.
Itu belum dikira lagi kaki pancing yang setiap hujung minggu berkepit dengan joran dan umpan tetapi membiarkan anak-anak dan isteri kesepian di rumah. Atau para isteri yang leka dengan aorkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya.
Bila kereta 'aneh' sedikit bunyinya, cepat-cepat diusung ke workshop, dibetulkan enjin, ditunekan semula bunyinya. Tetapi isteri yang batuk-batuk, lenguh dan sembab dibiarkan... alasannya, itu memang adat, badan dah tua. Itu belum dikira yang 'workoholic' – bekerja siang, malam, tak kenal cuti dan rehat... Bila ditanya mengapa begitu sibok? Dia menjawab, demi isteri. Padahal, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri. Aneh juga, ada yang mencari duit sampai tidak sempat menikmati duit. Bila duit sudah terkumpul, kesihatan sudah tergadai, rumah tangga sudah berkecai, isteri telah terabai.
Sesetengah bertanya? Bagaimana kita boleh mengharagai pasangan kita. Insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan. Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan dengan memandangnya dengan pandangan kasih... mungkin wajah isteri kita sudah kedut, tetapi rasakanlah mungkin separuh "kedutan" itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita. Mungkin uban telah penuh di kepala suami kita, tetapi uban itu "mercu tanda" pengorbanannya membina rumah tangga dan keluarga kita.
Itulah pandangan mata hati namanya. Kalau dulu semasa awal bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini setelah lama bersama, pandangan kita mesti lebih murni. Tidak dari mata turun ke hati lagi, tetapi sudah dari hati "turun" ke mata. Yang kita lihat bukan "body" tetapi budi. Yang kita pandang bukan urat, tulang dan daging lagi... tetapi suatu yang murni dan hakiki – kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaan – dalam jiwanya yang melakarkan sejarah kehidupan berumah tangga bersama kita!
Daripada pandangan mata hati itulah lahirlah sikap dan tindakan. Love is verb – cinta itu tindakan. Kata penyair bila sudah cinta, ingin dipintal awan-gemawan untuk dijadikan kerosang di dada isteri, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya, mentari sebagai sinar dalam duka dan nestanya... Ah, kita tidak payah mengajar cara apabila sudah cinta. Kerana dalam cinta itu sudah menyala kemahuan.
Mungkin sikaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai siisteri. Atau petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama sang "permaisuri". Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri tentunya lebih bahagia dan dihargai oleh seorang jutawan yang disambut di muka pintu villanya tetapi hanya oleh seorang "orang gaji". Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!
Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata. Begitu selalu pesan cerdikiawan dan pujangga. Malangnya, kita selalu lepas pandang. Sesuatu yang 'terlalu' dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. Isteri di depan mata, tidak dihargai. Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton TV daripada bercakap dengan isteri. Di sini apa kurangnya, tiga jam menonton TV bersama tanpa sepatahpun berbual. Suami dan isteri sibok melayani fikiran sendiri walaupun duduk hanya berselang beberapa inci.
Malah, bila berjauhan pun kekadang terlalu lokek bertanyakan berita. Jika duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan isteri. No news is a good news. Begitu selalunya, rasa di hati. Tetapi bila isteri atau suami diserang "sakit" – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu puaslah kita menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. Waktu itu barulah duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami kita yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara...
Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali. Yang hilang, mungkin tumbuh lagi... Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Apakah ibu-bapa yang 'hilang' akan berganti? Apakah anak, isteri, suami yang 'pergi'... akan pulang semula? Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak 'pulang' atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda 'pergi' atau dia yang 'pergi'. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!
(Forwarded email)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
| Petua Tangani Bosan | 7:19 AM |
|
Filed under:
SHARE
|
|
Apakah rasa bosan? Rasa bosan timbul apabila anda jemu menghadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa bosan timbul apabila anda tiada apa yang dibuat, tak ada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas! Bosan adalah petanda besar anda orang yang tidak ada matlamat.
Tips motivasi kali ni, berikut adalah 4 petua bagaimana mengelak rasa bosan.
1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.
Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya supaya tidak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu disekeliling yang boleh anda lakukan.
2. Jadi Workaholic
Orang workaholic adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila anda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa bosan, anda boleh bentuk diri anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Awas! Sikap workaholic tak sesuai untuk orang suddah berkawin. Jika anda seorang suami, nanti isteri anda saman anda sebab tak balik-balik rumah dek terlalu layan kerja. Jika anda seorang isteri, nanti suami anda makan maggi setiap hari.
3. Set Matlamat, Azam, Cita-cita dan Impian. Selepas itu Berusahalah Mencapainya!
Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. selepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas itu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan anda akan perasan anda dapat mengelak rasa bosan sebab anda sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita anda.
4. Rajinkan Diri Beribadah.
Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa bosan dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntutan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan anda macam tak mahu berhenti.
-Artikel iluvislam.com

| Membentuk Disiplin Anak | 12:16 AM |
|
Filed under:
SHARE
|
|
Bila menyebut tentang 'disiplin', sesetengah ibubapa menyangka ia bermakna 'memukul', 'mengugut' atau mengambil tindakan kasar supaya si anak berubah kelakuan kepada yang lebih baik. Pada pandangan saya, 'disiplin' lebih sesuai ditakrifkan sebagai 'menetapkan dan menguatkuasakan hadnya' (to set and enforce limits).
Disiplin Mengikut Umur
Disiplin boleh ditetapkan berdasarkan umur. Ini kerana, kanak-kanak yang berbeza umurnya sudah tentu berbeza dari segi kematangan dan kebolehan memahami tindak-tanduk ibubapa. Umpamanya, seorang anak berusia tiga tahun sudah tentu berbeza caranya untuk mendisiplin berbanding anak yang sudah berusia sepuluh tahun.
Secara amnya, dari segi umur dan disiplin, kanak-kanak boleh dikategorikan seperti berikut:
Bayi baru lahir – 1.5 tahun: Tidak perlu didisiplin. Anak yang masih bayi hanya mampu menangis jika ada sesuatu yang tidak kena. Ia menangis bila kurang sihat. Menangis bila lapar. Menangis bila tidak selesa. Jadi formula untuk anak yang masih kecil seperti ini ialah BERTINDAK SECARA RESPONSIF iaitu berikan perhatian sewajarnya. Malah, kajian membuktikan, bayi yang ibu-bapanya sentiasa responsif (cepat memberi respons dan tidak membiarkan anak berlarutan menangis) menjadi anak yang lebih tinggi keyakinan dirinya apabila meningkat remaja.
1.5 tahun – 2 tahun: YA dan TIDAK. Maksudnya, untuk anak dalam lingkungan umur ini, kita hanya perlu memperkenalkan disiplin secara lembut, umpamanya dengan diperingatkan berkali-kali. Contohnya apabila anak cuba memasukkan jari ke dalam soket elektrik, kita larang dan katakan, "Ini soket elektrik. Boleh terbakar tangan jika disentuh."
2 tahun – 5 tahun. Inilah peringkat umur yang benar-benar memerlukan ibubapa untuk memperkenalkan kaedah disiplin berkesan untuk jangka panjang. Inilah objektif disiplin kita; iaitu seorang anak sudah elok perangainya apabila mencapai lingkungan kira-kira 5 tahun. Bermakna, dalam tempoh tiga tahun, seseorang anak boleh diharapkan secara realistik untuk dididik berkelakuan baik, contohnya tidak memecahkan barang atau sudah pandai mengambil hati kawan.
Peka Dengan Perkembangan Anak
Pun begitu, kategori umur di atas hanyalah sebagai garis panduan kasar sahaja. Perlu diingat bahawa setiap kanak-kanak mengalami proses kematangan yang unik dan berbeza dari kanak-kanak yang lain. Sesetengah anak menjadi matang lebih cepat dan awal berbanding anak-anak yang lain. Manakala sesetengah yang lain pula lebih lambat dan memerlukan jauh lebih banyak kesabaran dan ketabahan, umpamanya anak yang lambat pembesaran ('slow development'). Oleh itu, kita perlu peka untuk mengubah-suai kategori di atas mengikut kematangan anak kita sendiri.
Beberapa Kaedah Disiplin
Tentunya tiada sekolah di mana kita boleh belajar cara-cara untuk mendisiplin anak. Rata-rata ibubapa cenderung untuk mendidik anak mengikut apa sahaja gaya didikan yang diterima mereka sendiri. Biasanya ini ialah stail ibubapa mereka sendiri atau datuk atau nenek atau sesiapa sahaja yang berperanan membesarkan mereka semasa kecil. Oleh itu, jika mereka dibesarkan secara lembut, kemungkinan besar inilah stail yang bakal digunakan untuk mengasuh anak sendiri. Begitu juga sebaliknya; jika dibesarkan oleh ibubapa yang garang dan panas baran, sebagai ibu atau bapa inilah cara yang secara automatik akan digunakannya. Dalam erti kata lain, gaya mengasuh anak biasanya dipelajari turun-temurun.
Beberapa kaedah disiplin yang biasa digunakan termasuk:
AGRESIF: Kasar melampaui batas umpamanya sering memukul dan memaki-hamun anak.
PASIF: Terlalu memanjakan anak dan membiarkannya membuat apa sahaja yang diingini.
MANIPULATIF: Menyalahgunakan autoriti sebagai ibubapa dengan memainkan emosi negatif anak. Contohnya suka membanding-bandingkan seorang anak dengan anak yang lain terutama di hadapan anak yang kurang digemari. Contohnya dari segi kepintaran dan pencapaian.
ASERTIF: Tegas bila perlu dan kena pada tempatnya.
Selain itu terdapat cara-cara lain yang kurang berkesan seperti tabiat suka berleter. Anak yang sudah terbiasa dileter akan 'switch off' secara automatik sebaik sahaja mendengar ibu atau bapa mula berleter. Jadi apa yang diperolehi oleh ibubapa yang suka berleter hanyalah tekanan darah yang semakin tinggi!
Fikirkan : Adakah Cara Yang Lebih Baik
Saya berani mengatakan, tiada seorang ibu atau bapa pun yang boleh dikatakan mendidik anak cukup sempurna di dunia ini termasuk diri saya sendiri. Ini kerana yang sempurna itu hanya Allah Maha Kuasa dan kesempurnaan itu hak Allah semata-mata. Selagi kita bergelar insan, usaha mendidik anak ini adalah suatu usaha yang berterusan; kita perlu berusaha menuju kesempurnaan. Ibu bapa yang prihatin akan sentiasa menyoal diri dan mengimbas kembali usahanya setiap hari sama ada dia sudah melakukan yang terbaik untuk anaknya ataupun tidak. Kebanyakan kita menggunakan gabungan keempat-empat kaedah yang disenaraikan di atas. Tetapi semakin banyak kaedah ASERTIF yang kita gunakan, bertambah baiklah disiplin dan akhlak anak kita.
Pilih Kaedah Asertif - Kaedah Disiplin Terbaik
Apakah bezanya kaedah ASERTIF dengan kaedah-kaedah lain? Paling penting, ibu bapa yang ASERTIF bersikap tegas apabila perlu tetapi lembut di waktu-waktu lain. Bila difikirkan, untuk anak yang umurnya setahun setengah ke atas, situasi yang memerlukan ketegasan lazimnya hanya berlaku beberapa kali sehari sahaja.
Yang saya maksudkan dengan ungkapan 'bersikap tegas' di sini ialah contohnya bercakap dengan nada yang tegas tanpa meninggikan suara sehingga menggerunkan anak tesebut. Umpamanya dengan anak yang sudah berusia hampir lima tahun, memadai dahi berkerut dan nada sedikit kurang senang untuk mengingatkannya supaya mandi sebelum waktu magrib.
• Contoh: Anak yang baru berusia setahun setengah tertumpah air secara tidak sengaja di atas meja.
• Respons yang sesuai: Ambilkan kain lap, letakkan tangan anda di atas tangannya dan sama-sama lapkan air yang tumpah. Ibubapa yang bijak akan menggunakan peluang ini untuk mengajar anaknya dengan berkata, "Bila air tumpah, kita lap. Kalau tidak, lantai jadi licin, nanti adik jatuh!" Dengan ini, bukan sahaja anak diajar untuk tidak panik bila sesuatu yang kurang diingini berlaku, perbendaharaan katanya juga meningkat berkembang!
• Respons yang TIDAK sesuai: Memukul tangannya atau menampar atau menengking.
Juga salah satu ciri kaedah ASERTIF ialah, anak diberi ruang untuk belajar daripada akibat perbuatannya sendiri. Prinsipnya mudah: Perbuatan yang baik menghasikan akibat yang baik. Manakala perbuatan yang buruk pula menghasilkan akibat yang buruk. Dengan ini, setiap anak belajar untuk bertanggungjawab di atas setiap keputusan yang dibuatnya.
Jika ibu bapa bersikap konsisten iaitu peraturannya tidak berubah-ubah tidak tentu hala setiap hari, seseorang anak itu akan jelas tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhinya. Hasilnya, dalam masa tiga tahun yang singkat ini (antara 2 – 5 tahun), secara beransur-ansur anak itu dengan sendirinya mudah dilentur dan seluruh keluarga akan lebih harmoni, Insya'Allah. WallahuA' lam.
- Artikel iluvislam.com

| Aku Makin Gumuk!!!! | 3:56 PM |
|
Filed under:
SHARE
|
|
sape-sape yang tergolong dalam golongan gemuk angkat kaki!! aku!! haha. tapi tak besh la di beri nama gemuk. terasa hina lak diri ni. heh. so aku kategorikan diri aku sebagai golongan berisi. kan sedap camtu..tau tak, nape makin hari kit terasa makin berisi? ade sebab-sebab yang leh menjadikan kita camtu. setiap yang berlaku pasti ade sebabnye yang tersendiri kan. ehehe. usha jom pasal pe kita leh menjadi berisi.KETURUNAN
ni memang tak dapat nak di sangkal la. if dalam family kita atau family belah mak or ayahkita ade yang badan berisi, tak perlu la nak malu2 sbb dh memang keturunan kita camtu. jadi, tak yah la nak p ke marie france bodyline ke, london weight management ke, KEEP SLIM ke (aik nape tetiaba ter CAPS LOCK lak nih?heheh).
TERLEBIH MAKAN
ni salah satu penyebab badan kita berisi selain keturunan. contohnye; asal meeting je ade makan-makan. asal makan-makan je ade meeting.asal org bersara@bertukar jabatan je ada makan2..(macam biasaaaaa jeee???hehehehe) camne tak besar badan. hehe. keje tak siap-siap. meeting @ jamuan je manjang. kita sebenarnye kena makan mengikut keperluan dan bukan makan ikut nafsu. jadi kalo boley, kurangkan makan makanan yang tak di perlukan seperti makanan segera (oh no...my fav McD, KFC. bla bla bla), berminyak, terlalu banyak karbohidrat, kandungan lemak yang tinggi, kalori yang tinggi, bersantan dan jugak mempunyai banyak perasa makanan. memang susah nak control if dah terbiasa dengan keadaan camni (aku mmg sgtttttt susah, tak tau la korg kannnnn). tapi, demi masa kertu kita yang sihat, kita kena gak try control cara pemakanan kita..KURANG KELUARKAN TENAGA @ KURANG AKTIF
kesan dari makan yang terlalu kerap, akan terhasil kandungan kalori yang tinggi dalam badan. kalori adalah unit yang di gunakan untuk mengukur tenaga yang di gunakan badan kita. bila badan kita mendapat kalori yang berlebihan dengan penggunaan harian, kalori yang tak di gunakan akan bertukar kepada kolesterol atau lebih di kenali sebagai lemak (I HATE U!!). lemak tu la yang membuatkan badan kita terasa berat. jadi, sentiasa la bersukan (adehhh chip, sila bantu...), atau selalu buat aktiviti yang keluarkan peluh bagi membakar kalori-kalori yang tak di gunakan tu.(blog walking kira senaman tak ha??)
KADAR METABOLISME
Kata incik google:
“Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza-beza mengikut gaya hidup masing-masing. Contohnya lelaki dewasa yang aktif yang berusia antara 20-39 tahan dengan seberat 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari, manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari. Jika anda tidak aktif, keperluan tenaga harian adalah jauh lebih rendah.”
“Ada orang tetap kekal kurus walaupun makan banyak, sebaliknya ramai mengalami masalah pertambahan berat badan meskipun hanya makan sekali sehari. Orang yang kekal kurus dikatakan mempunyai kadar metabolisme tinggi dan proses pencernaan bagi mendapatkan tenaga berlaku dengan cepat, manakala individu gemuk sebaliknya. Namun pendapat ini bukan 100% tepat kerna semuanya bergantung kepada gaya hidup, tabiat pemakanan dan kekerapan bersenam.”
aku tak bape paham sgt makna metabolisme ni. harap korang paham dengan apa yang aku nak sampaikan.
PERKAHWINAN
biasa la orang yang dah kawen, badan dorang mesti naik. jadi, tak usah la di pertikaikan kenapa suami korang atau isteri korang berbadan besar setelah melayari bahtera rumah tangga. ini terjadi bila di saat bersama, hormon-hormon lelaki dan wanita yang bersatu boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan seterusnya memungkinkan badan naik.(ni pun incik google cakap, bukan aku cakap okeh...) tapi, ni cuma pendapat kebanyakan orang je. hehe. yela. hati senang dah berkeluarga la katakan. tak semestinye, bila kita dah berkahwin, tak perlu jaga badan. kita kena la jaga gak supaya pasangan tengok pun besh je. still maintain sejak awal perkahwinan sampai la sekarang.
Nota Kaki: Entri ni peringatan buat seorg AKU...Kesedaran tu penting, bila nak buat entah laaaa....adehhhhh...
| Bila Anak Buat Perangai.... | 11:28 AM |
|
Filed under:
SHARE
|
|
![]() |
| Ini budak sangat sukeee mengamuk sekarang |
Anda cuba masukkan perisian baru ke dalam komputer, tetapi gagal. Akhirnya, anda tutup komputer, hentak papan kekunci dan menjerit sekuat hati. Itu cara orang dewasa melepaskan geram, sekali-sekala.
Kanak-kanak pun begitu juga. Kanak-kanak buat perangai apabila kecewa dengan situasi yang dihadapinya. Ini boleh memberi tekanan kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bila si manja kerap 'mengamuk'. Ibu bapa tetap akan merasa gundah, kecewa dan bimbang walaupun ini memang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak berumur 18 hingga 36 bulan. Karenah mereka biasanya berkurangan apabila mereka mencecah umur 4 tahun.
Mengapa?
Anak-anak kecil mempunyai sifat ingin tahu dan berminat terhadap hampir semua yang dilihat, didengar, dirasa dan disentuh mereka. Bagaimanapun, apabila mereka dihalang daripada meneroka keadaan di sekeliling, mereka akan membuat perangai. Selain itu, disebabkan kurang kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, anak-anak kecil biasanya tidak dapat memberitahu kehendak dan keinginan mereka. Jadi, bila si manja tidak dapat memberitahu keperluannya kepada anda, (contohnya, "ibu, saya lapar"), dia akan naik angin.
Bagaimana Saya Boleh Menghentikannya?
Anda tentu akan merasa kecewa dan malu jika anak kecil anda buat perangai di khalayak ramai. Untuk mengelakkan situasi yang memalukan ini, anda boleh mengambil langkah berikut untuk meredakan keadaan.
Alih perhatiannya. Bawa anak anda ke tempat lain atau tawarkan gantian.
Buat dia ketawa. Muka kelakar atau suara lucu boleh membuat si manja lupa sebab dia merajuk.
Buat seperti biasa. Berpura-pura dia tidak ada. Jika si manja memanggil anda, buat tidak tahu. Anak kecil anda menangis untuk mendapatkan perhatian. Jadi, bila tidak mendapat perhatian, dia akan menyerah kalah dan berhenti menangis.
Buat tidak peduli. Jika semua cara tidak berkesan, usah hiraukan si manja. Bila anda tidak mempedulikannya, dia mungkin berhenti membuat perangai. Tetapi pastikan si manja sentiasa berhampiran anda.
Boleh Saya Cegah Anak Buat Perangai?
Elakkan pencetus. Perhatikan benda atau tempat yang menyebabkan si manja berperangai dan cuba elakkan benda atau tempat ini.
Jangan biarkan perutnya kosong. Perhatikan keperluannya. Jangan bawa si manja keluar bila dia lapar atau penat. Bawa snek untuk dimakan agar dia tidak lapar.
Beri pilihan. Sesekali biarkan si manja membuat keputusan. Sebagai contoh, tanya si manja sama ada dia lebih suka pisang atau epal. Pembabitannya boleh mengurangkan risiko si manja membuat perangai.
Puji si manja. Jika si manja berkelakuan baik, berilah pujian. Kegembiraan mengurangkan kemungkinan si manja membuat perangai. Semua orang suka dipuji, termasuk anda sendiri!
Ingatan Kepada Ibu Bapa
Jangan mengugut. Ugutan boleh membuat si manja lebih kecewa.
Jangan menyerah. Si manja akan menyangka itu adalah cara untuknya mendapatkan apa yang diingini.
Jangan pukul. Walaupun anda marah atau kecewa, jangan pukul si manja. Tindakan fizikal akan meninggalkan parut emosional.
Petua Untuk Ibu Bapa Menghindari Tekanan.
Anda perlu menjaga diri anda sendiri kerana anak-anak yang membuat perangai boleh membuat anda rasa tertekan.
Beberapa petua berikut boleh membantu anda:
- Bila anda sudah merangka strategi untuk mengurangkan kemungkinan si manja anda membuat perangai, sentiasa berpegang kepada strategi anda. Ini boleh membantu si manja anda berkelakuan lebih baik pada masa hadapan.
- Jangan terburu-buru untuk mengubah kelakuannya. Si manja anda memerlukan masa untuk mengubah perangainya.
| Black Magic | 12:08 PM |
|
Filed under:
SHARE
|
|

Zaman serba moden nih, janganlah terkejut sesetengah ahli masyarakat kita masih kuat terbelenggu dengan amalan sihir yang boleh mencacatkan akidah. Sebut saja nasi tangas, angin tuju-tuju, santau, ubat guna-guna, minyak dagu dan mcm2 lagik la, antara cabang sihir yg glamer dan masih tegar diamalkan dalam masyarakat.Sesungguhnya perbuatan sihir itu tidak lain dan tidak bukan berpaksikan kepada ilmu atau ajaran syaitan yang memang nakkan akidah umat Islam terus sesat dan rosak binasa. Sihir tidak memberikan kebaikan untuk orang mengamalkannya, lebih-lebih lagi orang yang menjadi mangsa.
Sihir yang menggunakan perantaraan jin dan syaitan mmg bermatlamat negatif untuk memenuhi nafsu serakah, melunaskan dendam kesumat, mahu menunjukkan bahawa diri seseorang itu kuat, atau sebagai isyarat diri tidak boleh dicabar secara fizikal, perasaan dan emosinya.Kesengsaraan dilalui mangsa sihir mengundang persoalan, jika benarlah ada pihak melakukan kesilapan kepada kita sama ada secara sengaja atau tidak, macamlah takde cara lain untuk menyelesaikan masalah itu selain daripada sihir.Macamana agaknya kepuasan yang dirasa pihak yang mengamalkan sihir itu apabila melihat mangsa terseksa secara fizikal, emosional, mental dan ada yang menemui ajal disebabkan sihir. Macam takde peri kemanusiaan langsung!! Alangkah baiknya jika perselisihan atau rasa tidak puas hati diselesaikan secara baik supaya dapat saling memaafkan serta berdamai
Firman Allah bermaksud: "Dan jika mereka condong kepada perdamaian maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Anfal, ayat 61)
Org yang sanggup melakukan sihir nie mudah bersekongkol dan tunduk mengalah pada bisikan serta hasutan syaitan. Inilah amalan orang yang fasik dan kufur.Mereka ini tidak sedar bahawa Allah Maha Berkuasa dan Maha Adil. Jika baik amalan seseorang itu, maka balasan baik juga akan diterima daripada Allah, begitulah juga padah diterima jika dia melakukan kejahatan.
Firman Allah bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula." (Surah al-Zalzalah, ayat 7 dan 8)
Islam mencela dan melarang umatnya daripada terjebak dengan amalan sihir. Rasionalnya kerana amalan sihir itu dengan mudah merosakkan akidah dan menghancurkan keimanan seseorang Muslim. Sihir menyebabkan seseorang yang mengamalkannya hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah dan menganggap dirinya lebih berkuasa kerana mampu mendatangkan mudarat kepada pihak lain. Sihir berupaya menebalkan rasa sombong, takbur dan zalim di kalangan pengamalnya.Sihir juga akan mengembang biak persengketaan, sifat dendam yang tidak surut, mengundang fitnah, berpecah-belah dan hilang kepercayaan sesama ahli dalam masyarakat. Bayangkan jika sihir menjadi permainan sebati dalam hidup, pantang tercuit sikit, maka akan dibalas dengan sihir.Bila pikir2 balik mcm dah masuk zaman jahiliah balik pulak kan..
Kengkadang bila dah kena black magic nih merata pegi berubat pun tak jalan gak..kengkonon power la kot org yg "mengenakan" tu..dia lupa ada yg lebih kuat dari dia. dia lupa kot ALLAH tu ada. Kalau berubat tu jgnlah plk cari tempat black magic gak..sampai ke sudah la tak selesai. seelok2 nye carik la rawatan secara islam mcm Darul Shifa. Bukan apa, kengkadang yang nak mengubatkan kita tu pun auta yg lebey...ambik kesempatan menangguk di air yg keruh..letak harga bukan main mahal..aku pun pelik...bukan ke Allah beri kelebihan pada ko supaya ko buleh bantu org? entah la....Aku share cara2 bagaimana nak mengenali bomoh sihir..aku dapat through email..lama dah..
Tanda-Tanda Zahir Tukang Sihir (Bomoh Sihir);
1) Permintaan si bomoh agar diberikan kepadanya apa-apa kesan milik si pesakit seperti sikat, baju, rambut dan sebagainya.
2) Meminta daripada si pesakit agar dibawakan haiwan tertentu dengan sifat-sifat tertentu untuk dibuat korban kononnya, dengan menyebut nama-nama tertentu bukan dengan nama Allah. Boleh jadi Kemudian darah binatang itu diletakkan pada bahagian yang sakit.
3) Si bomoh menulis gambarajah @ rumus-rumus tertentu yang tidak difahami yang mengandungi angka dan huruf-huruf tidak bersambung @ nama-nama bintang pada kain @ kertas.
4) Dalam tempoh bacaan jampi, dia menganggkat suaranya apabila membaca ayat al-Quran dan kemudian membaca berkumat kamit sesuatu yang tidak jelas dan tidak dapat difahami maksudnya.
5) Si bomoh memberi sesuatu sebagai tangkal yang dipakaikan kepada si pesakit. Ianya mengandungi rumus-rumus dan gambarajah empat segi, tiga segi dan sebagainya dengan nombor-nombor dan huruf-huruf tidak bersambung. Diletakkan pula syarat pada pemakaiannya.
6) Si bomoh memerintahkan pesakit agar menghindari manusia dalam tempoh-tempoh tertentu. Tidak bergaul dengan mereka serta menyorok dalam satu bilik yang gelap, dan tidak dibenarkan melihat matahari.

Contoh Tholasim (Gambarajah) yang digunakan tukang sihir
7) Terkadang si bomoh meminta supaya pesakit tidak menyentuh air selama tempoh tertentu. Kebiasaannya selama 40 hari. Kadangkala bomoh menyuruh supaya pesakit meletakkan lambang salib di tengkuknya. Ini menunjukkan bahawa jin yang membantunya beragama kristian.
8) Si bomoh memberikan sesuatu kepada pesakit untuk ditanam di bumi.
9) Si bomoh memberikan kepada pesakitnya kertas yang bertulis dengan sesuatu untuk dibakar dan diperasapkannya kepada pesakit.
10) Si bomoh bercakap dengan seseorang yang berada didalam majlis, tetapi tidak dapat dilihat. Si bomoh meminta izin dan pertolongan "orang itu" untuk mengubati pesakit. Si bomoh juga memberi keyakinan kepada jin (orang itu) bahawa pesakit tidak datang kepadanya kecuali dia telah yakin dan menyukainya.
11) Kadang-kadang si bomoh menulis sesuatu rumus @ gambarajah tertentu disertakan huruf-huruf yang tidak bersambung dan nombor-nombor tertentu yang kemudiannya direndamkan di dalam air, lalu diberi kepada pesakit sebagai minuman.
12) Si bomoh tidak menerima pesakit pada bulan Ramadhan khususnya pada 21 Ramadhan hingga akhir Ramadhan. Demikian juga bomoh tidak menerima pesakit pada 10 awal bulan Zulhijjah.
13) Sesiapa yang sentiasa membaca zikir pagi dan petang @ yang dikenali sebagai ma'thurat, maka si bomoh tidak akan menerimanya sebagai tetamu @ tidak selesa dengan kehadirannya.
14) Meletakkan sebekas air yang biasanya dicampurkan dengan najis seperti air kencing, supaya jin mampu dilihat oleh si bomoh dan muncul kepada tukang sihir tersebut.
15) Kebiasaanya si bomoh menggunakan asap kemenyan dalam perubatannya. Asap kemenyan yang busuk itu bagi menyeru jin untuk membantunya. Ini berbeza dengan "bukhur" (asap kayu gaharu yang berbau wangi), ianya sangat tidak disukai oleh jin-jin.
16) Yang paling jelas lagi ialah si bomoh merupakan orang yang tidak menunaikan solat. Tidak istiqmah dalam melaksanakan tuntutan-tuntutan agama yang fardhu, apatah lagi yang sunat.
Kekadang, Allah mengurniakan sedikit firasat (tekaan tepat) kepada orang-orang yang soleh dan alim ulama sehingga mereka mengetahuinya sekalipun dengan hanya melihat wajah tukang sihir. Ini kerana, tukang sihir @ bomoh itu telah dicabut cahaya keimanan daripada wajahnya dengan sebab kesyirikan-kesyirikan yang dilakukannya. Semoga Allah melindungi kita dan ahli keluarga kita semua daripada kejahatan-kejahatan tukang sihir dan syaitan yang direjam. Wallahu a3lam.
Firman Allah yang bermaksud: “Akan tetapi syaitan itulah yang kufur, mereka mengajar kepada manusia ilmu sihir.” (Surah al-Baqarah, ayat 102
| Demam | 12:23 PM |
|
Filed under:
SHARE
|
|
Demam Baby dah kebah dah..tapi selsema still ada lagik..batuk pun ada lagi..sian kat dia..demam pun ekceli belum kebah betul..lama plk dia demam kali ni. .. since isnin tu meragam je bila aku balik keje..kak ana katasengsiang takde plk dia meragam..mebi nak bermanja ngan aku la tuh..tapi kengkadang aku 'ter" marah gak kat dia sikit..ye la tension tersekat dlm jem berjam2..penat balik keje tak abis...balik umah anak lak dok meragam..menjerit2..adehhhhhh...Sampai aku pun dah berjangkit demam dia...hehehe.bawah ni ade tips utk anak2 yg demam..sekadar berkongsi...
.jpg)
Tip penting semasa merawat anak demam:
- Mencari penyebab demam dan perhatikan perilaku anak. Jika perilaku anak hampir sama seperti biasa, maka anda tidak perlu risau kerana demam biasa adalah tidak berbahaya.
- Cegah dehidrasi kekeringan cecair dalam badan. Bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami dehidrasi. Berikan anak lebih banyak cecair seperti air, kuah sup, jus buah segar yang dicampur air dan sebagainya.
- Jika anak muntah atau cirit-birit, berikan minuman garam oral bagi menggantikan cecair yang telah keluar daripada badan.
- Pastikan bilik anak tidak panas. Pasang kipas atau pendingin hawa dan pakaikan anak baju nipis.
- Beri anak makan apa yang diingininya. Jangan dipaksa. Elakkan makanan berlemak kerana makanan ini sukar dihadamkan oleh tubuh.
- Walaupun sebaiknya anak tidak ke sekolah kerana bimbang berjangkit dengan kanak-kanak lain, namun ini bukan bermakna anak harus berada di tempat tidur seharian.
- Ibu bapa harus berjumpa doktor apabila bayi mereka yang berusia tiga bulan mempunyai suhu melebihi 38 darjah Celsius, tiga hingga enam bulan dengan suhu lebih 38.3 darjah Celsius, lebih enam bulan dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius.
- Berbincang dengan doktor jika terdapat tanda-tanda tidak mahu minum atau terdapat tanda dehidrasi, gelisah, muntah atau cirit-birit.
- Anak nampak tidak selesa, gelisah atau asyik menangis.
- Asyik tidur dan sukar dikejutkan.
- Sering kejang, kaku atau sakit kepala yang teruk.
Petua merawat anak demam:
Air asam jawa dan kunyit hidup
Caranya
lumurkan sedikit demi sedikit air asam jawa di kepala bayi dan jika selsema calitkan kunyit hidup yang telah dipotong di batang hidung bayi atau di sekitar atas hidung. InsyaAllah demam bayi akan beransur-ansur kebah.

| Tips Pindah Rumah | 5:58 PM |
|
Filed under:
SHARE
|
|
Aku boring sebenarnye ptg ni..baby tido..incik suami keje..mak zzz ngan baby..tinggal la aku sorg terkelip2 dlm bilik nih..nak tido mata takleh lelap..godak blog la ape lagik kan...hehehe..memacam la yg aku surf sesambil tuh..memandangkan tak lama lagik aku nak pindah umah (ye ke tak lama lagi??hmmm) maka aku pun sesaja la gatal tangan carik kot2 ade tips nak pindah umah..ni adelah hasil kopi pes aku kat internet tadik..juz to share ngan sesiapa yg nak pindah gak tuh...
Petua Pindah Rumah / Rumah Baru....
membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud;
"jgn lah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."
Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;
"Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)
Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

Pagar rumah cara Islam.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dgn kepercayaan bhw benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bgmanapu ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.
walahualam.

| Lelaki Pelindung Wanita | 1:00 AM |
|
Filed under:
SHARE
|
|
Lelaki disyaratkan melindungi wanita, hindari kekerasan. Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud:
"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." (Surah an-Nisa, ayat 34)
Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. Islam melarang sama sekali kekerasan dalam rumah tangga. Rasulullah memberi ingatan dengan sabda bermaksud:
"Mengapa ada lelaki di kalangan kamu yang suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal dia akan menyetubuhi isterinya itu pada hari lain." (Hadis riwayat Ahmad).
Isteri mempunyai hak untuk mendapat layanan sebaik-baiknya. Pada suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada suami mereka. Apabila Rasulullah mengetahuinya, baginda pun bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka. Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu." (Hadis riwayat Abu Daud).
Rasulullah memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Rasulullah sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang baginda dapat melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain. Sifat ringan tangan suami membantu isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan tugas isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat isteri. Isteri berasakan dirinya lebih disayangi dan dihormati.
Amalan melakukan kerja rumah secara bersama dapat membentuk kerjasama, persefahaman, keceriaan dan menghargai apa yang dilakukan bersama-sama. Suami yang sama-sama membersihkan rumah tentu tidak akan melakukan perbuatan yang menyebabkan keadaan menjadi kotor. Bagaimanapun, ramai suami yang secara sengaja mengotorkan kawasan rumah dengan habuk dan puntung rokok yang dibuang merata-rata dan kemudian menyuruh si isteri pula membersihkannya.
Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda muslim sejati. Suami yang baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Sikap baik sebenarnya bukan terhad kepada isteri. Semua orang berhak dilayan dengan baik, terutama ahli keluarga dan sesiapa yang diamanahkan kepada kita menjaganya. Orang gaji dan sesiapa yang tinggal bersama kita perlu dilayan dengan sebaik-baiknya. Sikap baik Rasulullah terhadap isteri diakui oleh isteri baginda, Siti Aisyah. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Aisyah pernah berkata:
"Rasulullah tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya."
Menjaga dan berbuat baik terhadap isteri juga dilakukan dengan cara menyediakan apa yang suami mampu untuk dirinya, maka itulah juga seharusnya untuk isteri. Adalah menjadi hak isteri mendapat pemberian yang mampu disediakan oleh suaminya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah." (Hadis riwayat Abu Daud)
Islam menggesa si suami agar berurusan dan bermuamalah bersama isteri dengan adab yang baik, memandangkan pertimbangan akal kaum wanita dianggap kurang berbanding kaum lelaki. Allah befirman di dalam al-quran:
"Gauli mereka dengan adab yang baik." (An-Nisa': ayat 19)
Ini merangkumi tutur kata yang lunak, bersikap adil bersama isteri sekiranya si suami berpoligami, memberi nafkah, bermesyuarat dengan isteri dalam urusan rumahtangga, menutup kelemahan isteri dan lain-lain lagi. Mengelak daripada mengatakan perkara buruk terhadap isteri adalah sebahagian sikap baik yang perlu diamalkan oleh suami. Ada suami yang sering dan gemar mengeluarkan perkataan tidak enak terhadap isteri disebabkan sesuatu perkara tidak disenangi. Perkataan buruk yang dikeluarkan terhadap isteri juga satu penderaan iaitu penderaan mental. Isteri yang selalu diherdik, dihina dan dimarahi akan menghadapi tekanan perasaan dan mudah timbul perasaan takut untuk berdamping dengan suami. Sesiapa yang suka mengamalkan sikap bengis dan suka menakut-nakutkan isteri dengan perkataan kasar akan terlepas daripada rahmat Allah dan menanggung kerugian di dunia dan akhirat.
Sesungguhnya Rasulullah sallallahu'alaihi wa sallam adalah teladan yang paling baik. Meskipun baginda membolehkan memukul isteri setelah nasihat dan memulaukannya di tempat tidur tidak berkesan, namun baginda tidak pernah memukul isterinya. Islam mengharuskan suami memukul isteri dengan pukulan ringan yang tidak menyakitkan walaupun ke atas bayi, sekadar amaran agar si isteri tidak mengulangi kesilapannya. Islam telah menetapkan garis panduan yang cermat berkaitan keharusan memukul, agar tidak mendatangkan mudharat lain yang tidak diundang, seperti menegah memukul bahagian muka serta jangan memukul dengan pukulan yang mencederakan. Pukulan ini juga dibenarkan setelah isteri dipisahkan tempat tidur dan masih belum bersedia untuk mengubah tabiat buruknya.
Rasulullah sentiasa menjaga perasaan para isteri baginda dan pandai menambat hati mereka dengan bergurau senda dan bermesra. Rasulullah menggesa para suami agar bijak menyesuaikan diri,ketika berada di samping isteri. Rasulullah bersifat keanak-anakan ketika berada di samping isteri baginda, meskipun baginda seorang pahlawan yang handal di medan jihad.
Sememangnya wanita suka dimanjai dan dibelai. Rasulullah mengkehendaki para suami agar pandai meletakkan taraf dirinya sedarjat dengan isteri, untuk mengelakkan rasa canggung dan janggal ketika bersama isteri. Pernah diriwayatkan dalam sunan Abu Daud dan Al-Nasa'ie, Rasulullah berlumba lari dengan isteri baginda Saidatina Aisyah. Meskipun Rasulullah pesuruh Allah yang sibuk dengan urusan menyebarkan dakwah dan berjuang di medan jihad, namun baginda masih ada kelapangan untuk bermesra bersama isteri baginda dan ini bukanlah suatu yang menyalahi etika. Rasulullah bersabda di dalam riwayat Tarmizi dan Muslim:
"Mukmin yang paling sempurna ialah yang paling baik akhlaknya dan paling berlemah lembut bersama isterinya."
Islam menggambarkan mukmin yang paling sempurna ialah mereka bijaksana melayani isteri dan berbudi pekerti mulia. Satu contoh petunjuk Rasul yang menggambarkan baginda beradab sopan bersama isteri baginda ialah hadis yang diriwayat oleh Ibn Abi Dunya, Saidatina Aisyah memberitahu bahawa:
"Segala urusan dan perlakuan Baginda amat menakjubkan, sehingga ketika baginda bersama isterinya pada suatu malam dan telah bersentuhan kulit, baginda meminta izin dari isterinya Aisyah untuk beribadat menemui Tuhannya."
Demikianlah adab Rasul bersama isteri baginda, meminta izin untuk meninggalkannya meskipun untuk bertemu Tuhan.

| Ikan Keli??? | 11:08 AM |
|
Filed under:
SHARE
|
|
Aku dapat satu email tentang bagaimana nak bezakan ikan keli yang halal dan haram. Yang halal di berikan makanan yang semulajadi manakala yang haram, makanannya di perbuat daripada babi. Tujuan beri makanan yang berasaskan babi adalah untuk mempercepatkan tumbesaran
Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal
Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk ‘V’
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak
Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk ‘U’
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup
Mak aiiii...aku se klorga mmg suke mkn ikan keli especially yg goreng berlada.. ijam ngan incik suami pun slalu dpt ikan keli ni bila mancing..tapi time tuh aku tak perasan lak kaler ngan bentuk ikan tuh...ni dah tau maka aku kena la pantau sikit ikan2 tu..nauzubillah..

| Sharing Is Caring | 12:51 PM |
|
Filed under:
SHARE
|
|
Aluuuu..terbaca artikel ni dlm internet, juz nak share....
Tips dalam membesarkan anak
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).[kalo panggey baby okeh ke???hmmmm]
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk) [okeh, part nih passed]
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang [passed]
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan [passed]
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.[yup,she is still in learning process]
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali) [alhamdulillah,always].
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.[tanggungjawab weh]
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap) [mmg selalu baby yg bercakap tak berenti..hehehehe]
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.[that's what parents are for,rite?]
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.[mama pun kengkadang tak bape nak tenang, camno tuh..? heheeh]
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).[alhamdullilah part bday ni mmg selalunya ada utk baby]
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.[biasalah bebudak.....]
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.[selalu baby yg taknak dipegang bile kuar jenjalan..dah besar sgt laa kunun]
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.[blm lagi dengar pape mimpi ngeri baby, tido malam alhamdullilah tak penah lagik terkejut or nangis tetiba]
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.[mainan dia mmg melambak dlm bilik kak ana, tak penah buang, takut dia mintak balik]
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.[passed, before tido mmg dia tawaf satu umah, salam dan cium sume org}
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.[it's soooo true]
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.[pls take note!!!]
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.[kekadang mmg stress la bab nangis ni kan]
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. [very true, semlm aku cakap ngan dia "baby, mama gi keje 5 ari tau, mama tak balik tido ngan baby, baby duduk ngan nenek ngan nek ana ye..." dia lari peluk aku, dia kata "mama jangan la cedih..."..adusss patah ati aku dengar beb}

| Anak Dara Mama.... |
Dari Aisyah r.a katanya:”Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda beginda s.a.w, “Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka.”(Bukhari)
| BILA BADAN LEMAU | 3:44 PM |
|
Filed under:
SHARE
|
|
Adehhh rase mcm nak demam, badan mcm "lemau" je..pehal lak nih..salah makan ke?hehehe..lebih makan laa tu..aku ni mmg suka mkn benda merapu2, tertuma yg berkait rapat dengan cheese (sile amek perhatian..hehehe, bday saye nnt beli kek cheese ye incik suami) padahal cheese tu kan menggemukkan..ahhhhh pedulikkkk!!!tapi lepas makan tu mg rasa agak menyesal lah jugak..al maklumlah aku ni kengkonon nak diet la sikit bile menegok pantulan imej kat cermin yg kecik sikit je drp tong dram. yg sebenarnya jaga makan nih bukan utk kurus je, tapi more to jaga kesihatan gak, betul tak? (segment Kesihatan dan Anda kejap) ..yelah kalo sume nak balun ape cer??dah mcm perut stokin lak..selagi buleh telan main sumbaatttt je la.
So oleh kerana kesedaran yg tinggi (sile muntah ye..) aku pun surf la carik info..ni antara yg aku jumpa..so jom share:
Asas perubatan ada dua, iaitu penjagaan diri dan rawatan.Penjagaan diri lebih baik daripada merawatnya. Allah s.w.t. melarang orang yang beriman daripada membinasakan dirinya (al-Baqarah:195),tidak kira sama ada pembinasaan itu melibatkan pemakanan yang memberi mudarat,yang terlarang, berlebihan dan sebagainya.Allah s.w.t. menyuruh setiap orang itu makan dan minum, tetapi melarang daripada mengambilnya berlebihan (al-Anam: 141). Seperti mana sabda Rasulullah s. a. w,maksudnya:
ooooo...itu macam kaaa..padanlah badan aku rase "lemau" semacam..sah2 la aku terlebih makan nih..hehehe..perut penuh sangat kot...so lps ni cube kurangkan makan sikit ye tuan tanah...
.:Pohonlah kepada Allah keyakinan dan kesihatan.Tidak ada yang lebih baik yang didatangkan kepada seorang selepas keyakinan itu selain kesihatan - Riwayat An-Nasaiy:.

“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)
keperluan pada makanan itu ada tiga tahap; iaitu semata-mata untuk keperluan, mencukupi dan berlebihan. Rasulullah s.w.t. memberitahu bahawa makanan itu mencukupi dengan suapan kecil yang menguatkan tulang belakang, ataupun makan memenuhi satu pertiga daripada ruang perut, satu pertiga lain untuk air manakala yang bakinya untuk bernafas. Inilah kaedah utama yang paling memberi manfaat pada penjagaan badan, kerana perut itu tumpuan penyakit.
Perut apabila penuh dengan makanan ruang minuman menjadi sempit. Apabila minuman itu berlebihan, ruang bagi bernafas menjadi sempit, menyebabkan seseorang itu sukar bernafas, penat dan terasa berat. Semuanya ini menyebabkan berlakunya kerosakan hati, pergerakan tubuh menjadi lembab dan malas untuk melakukan ketaatan dan membangkitkan nafsu syahwat.Kesihatan adalah nikmat yang besar yang sering terabai. Sebuah hadis daripadabn Abbas menyatakan tentang adanya seorang Arab yang bertanyakan Rasulullah s.a.w. apa yang perlu ia pohon setiap kali selepas sembahyang lima waktu.Baginda menjawab agar ia memohon kesihatan daripada AIlah. Lelaki tersebut merasa tidak puas hati dengan jawapan tadi. Setelah bertanya buat kali ketiga,baginda akhirnya menjawab agar ia memohon kesihatan di dunia dan akhirat.
ooooo...itu macam kaaa..padanlah badan aku rase "lemau" semacam..sah2 la aku terlebih makan nih..hehehe..perut penuh sangat kot...so lps ni cube kurangkan makan sikit ye tuan tanah...
.:Pohonlah kepada Allah keyakinan dan kesihatan.Tidak ada yang lebih baik yang didatangkan kepada seorang selepas keyakinan itu selain kesihatan - Riwayat An-Nasaiy:.
| Keyakinan Diri | 4:23 PM |
|
Filed under:
SHARE
|
|
Salam.. tetiap hari saya ni sebenarnya ada masalah megenai keyakinan diri..Masa bersiap nak pegi keje pun ade je "issue" pasal keyakinan diri ni..selalunye mesti tertanya-tanya "elok ke baju aku pakai baju ni?", "aku nampak gemuk tak pakai baju ni?" , "tudung ni match tak ngan baju ni?"..
Kalau bukak Facebook pulak mesti ade je persoalan dalam kepala.."kawan aku ni gaji besar..."..., tak pun "wah kawan aku ni dah melancong ke obersea..." paling tak pun "hmmmm kawan aku ni ank 5 pun maintain lagik...."..So hari ni saya nak cakap pasal keyakinan diri..ok tak??
Keyakinan Diri

![]() | ||
| Buleh ke aku jadik camni?? |
Keyakinan Diri
(rujukan majalah solusi)
TINGGI | LEMAH |
Petunjuk orang yang mempunyai keyakinan diri ialah :· Mampu melakukan kerja yang perlu dibuat walaupun tidak disukai· Berdaya tahan dan berdaya saing· Ada self-discipline, self motivation dan mampu melakukan self-censored· Mampu meminta maaf jika bersalah dan memberi maaf jika dipinta· Sanggup mengakui kesalahan diri dan memperbaikinya· Meraikan perbezaan tanpa mewujudkan suasana konflik· Berdikari, proaktif dan produktif· Berani dan sanggup menanggung risiko | Berikut adalah petanda orang yang mempunyai keyakinan diri yang lemah:
|
Menanam keyakinan diri
-
Latih duduk di baris hadapan dalam sebarang majlis terutamanya majlis ilmu (boleh tak?)
-
Berjalan dengan laju seperti Rasulullah s.a.w (selama ni laju nak gi kedai makan je...huhuhu)
-
Apabila berkomunikasi dengan orang lain, pandang wajah mereka
-
Suara semasa bercakap perlu jelas dan terang, jangan terlalu perlahan hingga sukar didengari (rasenye saya cakap kuat dah...)
-
Senyum ikhlas dan lebar, bukan senyum-senyum kambing (mmg dah nature keje kena senyum)
Memupuk dan membina keyakinan diri
Dengan Allah
-
Bergantung hanya pada Allah. Ini kerana keyakinan lahir daripada rasa percaya kepada Allah.
-
Jaga solat lima waktu. Tingkatkan kefahaman dan kekhusyukkannya. Orang yang menjaga solat akan berasa dijaga Allah, Firman Allah yang bermaksud “Maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia ialah pelindungmu, maka dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.” (surah al-hajj 22:78)
-
Sentiasa merasa berdosa terhadap Allah lalu sentiasa bertaubat atas kesilapan sama ada yang besar atau kecil, yang sengaja atau tidak disengajakan. Yakin Allah menerima taubat kita. Allah berfirman yang beraksud: “Tidaklah mereka mengetahui bahawasanya Allah menerima taubat dari hamba-hambanya.” (surah al-tawbah 9:104)
-
Baca al-quran dan bertadabbur dengannya. Lazimkan juga membaca kitab-kitab dan buku-buku yang mengambil roh al-quran sebagai dasar tulisannya. Buku akan mencorakkan pemikiran.
-
Berzikir dengan wirid-wirid tertentu secara konsisten. Zikrulallah itu sebagai perisai kepada bencana dan keburukkan yang akan menimpa dalam kehidupan.
Dengan diri sendiri
-
Percaya pada diri. Katakan anda boleh. Anda adalah khaira ummah (sebaik-baik umat) dan sebaik-baik ciptaan Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (surah al-tin 95:4)
-
Jangan takut dan teragak-agak melakukan sesuatu yang positif dan baik. Buang rasa malu yang tidak bertempat.
-
Lihat kelebihan diri dan kaji serta baiki kekurangan yang ada. Pastikan anda benar-benar tahu apa yang anda inginkan dalam hdup ini.
-
Sentiasa berfikiran positif, badan sihat dan minda perlu cergas
-
Sentiasa bersedia, jangan bertangguh-tangguh daripada mencuba dan melakukan sesuatu yang anda belum tahu atau mahir atau belum berani melakukannya.
-
Hargai diri, hargailah setiap anugerah yang Allah anugerahkan dan berterima kasih kepada Allah
-
Tabah dan cekal menghadapi sebarang rintangan dan musibah
Dengan orang lain
-
Pilih kawan dan komuniti yang boleh membina keyakinan diri
-
Elakkan dari mereka yang suka memperkecil atau menakut-nakutkan anda. Kata hukama “siapa kita lima tahun akan datang akan ditentukan oleh buku apa yang kita baca dan dengan siapa yang kita bergaul pada hari ini.
-
Cari role model sebagai contoh ikutan, dan sebaik-baik ikutan adalah rasulullah
-
Maafkan kesalahan orang lain dan mudah meminta maaf jika bersalah. Ini akan memberi kita rasa harmoni dan ceria untuk bergaul dengan orang lain. Dan inilah juga yang akan membina sikap yakin diri ketika berhubung dengan sesama manusia
-
Bergaul dengan teman-teman dan individu yang mempunyai keyakinan tinggi dan sentiasa mendorong kita untuk maju
-
Berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain yang telah mahir. Ini suatu tindakan yang tidak adil terhadap diri anda. Sebaliknya cukuplah memastikan bahawa pencapaian peribadi diri anda adalah lebih baik dari sehari ke sehari.
Harap-harap lepas ni keyakinan diri semakin tinggi...terutama untuk exam esok...Alamakkkk exammmmm????mintak-mintak boleh jawab dengan tenang...aminnnnn....
.: Firman Allah," janganlah kamu bersikap lemah, dan bersedih hati padahal kamulah orang2 yg paling tinggi, JIKA kamu beriman" terjemah AQ 3:139 :.
Subscribe to:
Posts (Atom)