Home » SHARE » Keyakinan Diri Keyakinan Diri | 4:23 PM |
Filed under:
SHARE
|
Salam.. tetiap hari saya ni sebenarnya ada masalah megenai keyakinan diri..Masa bersiap nak pegi keje pun ade je "issue" pasal keyakinan diri ni..selalunye mesti tertanya-tanya "elok ke baju aku pakai baju ni?", "aku nampak gemuk tak pakai baju ni?" , "tudung ni match tak ngan baju ni?"..
Kalau bukak Facebook pulak mesti ade je persoalan dalam kepala.."kawan aku ni gaji besar..."..., tak pun "wah kawan aku ni dah melancong ke obersea..." paling tak pun "hmmmm kawan aku ni ank 5 pun maintain lagik...."..So hari ni saya nak cakap pasal keyakinan diri..ok tak??
Buleh ke aku jadik camni?? |
Keyakinan Diri
(rujukan majalah solusi)
TINGGI | LEMAH |
Petunjuk orang yang mempunyai keyakinan diri ialah :· Mampu melakukan kerja yang perlu dibuat walaupun tidak disukai· Berdaya tahan dan berdaya saing· Ada self-discipline, self motivation dan mampu melakukan self-censored· Mampu meminta maaf jika bersalah dan memberi maaf jika dipinta· Sanggup mengakui kesalahan diri dan memperbaikinya· Meraikan perbezaan tanpa mewujudkan suasana konflik· Berdikari, proaktif dan produktif· Berani dan sanggup menanggung risiko | Berikut adalah petanda orang yang mempunyai keyakinan diri yang lemah:
|
Menanam keyakinan diri
-
Latih duduk di baris hadapan dalam sebarang majlis terutamanya majlis ilmu (boleh tak?)
-
Berjalan dengan laju seperti Rasulullah s.a.w (selama ni laju nak gi kedai makan je...huhuhu)
-
Apabila berkomunikasi dengan orang lain, pandang wajah mereka
-
Suara semasa bercakap perlu jelas dan terang, jangan terlalu perlahan hingga sukar didengari (rasenye saya cakap kuat dah...)
-
Senyum ikhlas dan lebar, bukan senyum-senyum kambing (mmg dah nature keje kena senyum)
Memupuk dan membina keyakinan diri
Dengan Allah
-
Bergantung hanya pada Allah. Ini kerana keyakinan lahir daripada rasa percaya kepada Allah.
-
Jaga solat lima waktu. Tingkatkan kefahaman dan kekhusyukkannya. Orang yang menjaga solat akan berasa dijaga Allah, Firman Allah yang bermaksud “Maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia ialah pelindungmu, maka dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.” (surah al-hajj 22:78)
-
Sentiasa merasa berdosa terhadap Allah lalu sentiasa bertaubat atas kesilapan sama ada yang besar atau kecil, yang sengaja atau tidak disengajakan. Yakin Allah menerima taubat kita. Allah berfirman yang beraksud: “Tidaklah mereka mengetahui bahawasanya Allah menerima taubat dari hamba-hambanya.” (surah al-tawbah 9:104)
-
Baca al-quran dan bertadabbur dengannya. Lazimkan juga membaca kitab-kitab dan buku-buku yang mengambil roh al-quran sebagai dasar tulisannya. Buku akan mencorakkan pemikiran.
-
Berzikir dengan wirid-wirid tertentu secara konsisten. Zikrulallah itu sebagai perisai kepada bencana dan keburukkan yang akan menimpa dalam kehidupan.
Dengan diri sendiri
-
Percaya pada diri. Katakan anda boleh. Anda adalah khaira ummah (sebaik-baik umat) dan sebaik-baik ciptaan Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (surah al-tin 95:4)
-
Jangan takut dan teragak-agak melakukan sesuatu yang positif dan baik. Buang rasa malu yang tidak bertempat.
-
Lihat kelebihan diri dan kaji serta baiki kekurangan yang ada. Pastikan anda benar-benar tahu apa yang anda inginkan dalam hdup ini.
-
Sentiasa berfikiran positif, badan sihat dan minda perlu cergas
-
Sentiasa bersedia, jangan bertangguh-tangguh daripada mencuba dan melakukan sesuatu yang anda belum tahu atau mahir atau belum berani melakukannya.
-
Hargai diri, hargailah setiap anugerah yang Allah anugerahkan dan berterima kasih kepada Allah
-
Tabah dan cekal menghadapi sebarang rintangan dan musibah
Dengan orang lain
-
Pilih kawan dan komuniti yang boleh membina keyakinan diri
-
Elakkan dari mereka yang suka memperkecil atau menakut-nakutkan anda. Kata hukama “siapa kita lima tahun akan datang akan ditentukan oleh buku apa yang kita baca dan dengan siapa yang kita bergaul pada hari ini.
-
Cari role model sebagai contoh ikutan, dan sebaik-baik ikutan adalah rasulullah
-
Maafkan kesalahan orang lain dan mudah meminta maaf jika bersalah. Ini akan memberi kita rasa harmoni dan ceria untuk bergaul dengan orang lain. Dan inilah juga yang akan membina sikap yakin diri ketika berhubung dengan sesama manusia
-
Bergaul dengan teman-teman dan individu yang mempunyai keyakinan tinggi dan sentiasa mendorong kita untuk maju
-
Berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain yang telah mahir. Ini suatu tindakan yang tidak adil terhadap diri anda. Sebaliknya cukuplah memastikan bahawa pencapaian peribadi diri anda adalah lebih baik dari sehari ke sehari.
Harap-harap lepas ni keyakinan diri semakin tinggi...terutama untuk exam esok...Alamakkkk exammmmm????mintak-mintak boleh jawab dengan tenang...aminnnnn....
.: Firman Allah," janganlah kamu bersikap lemah, dan bersedih hati padahal kamulah orang2 yg paling tinggi, JIKA kamu beriman" terjemah AQ 3:139 :.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment