Home » » Novel Oh Novel Novel Oh Novel 9:22 PM

Salam...

Tadi saya baru beli sebuah novel. Hobi saya ni mmg sukeeeeeeeeee sgt baca novel. Dari zaman anak dara sampai la dh jadik mak dara ni..kekadang saya rasa happy baca novel yang selalunya mempunyai penamat yang menggembirakan (happy ending)..saya tahu dalam realiti kehidupan sebenar susah kita nak jumpa happy ending...sebab tula saya suka baca novel; kita boleh jumpa semua keadaan yang mustahil kita jumpa dalam realiti. Tak ada siapa boleh pertikai sebab namanya pun buku cerita,lain la kalau dah ercetak depan cover tu "based on a true story"..hehehe.Berbanding dengan zaman anak dara, jarang jugak saya dapat membaca novel sekarang ni. Maklumlah dah ade anak dara..hehehe...balik keje selalunya memang kena bacakan "novel" dia. Apalagi..buku "Upin dan Ipin" dia tu la...hehehe..walau macamanapun, saya gembira sebab puteri saya dah menunjukkan minat suka membaca buku (walaupun buku tu selalu bertahan tak sampai 2 minggu)


Kalau buku kegemaran anak dara saya ialah Upin & Ipin, mamanya pulak sangat suka novel-novel penulisan Sharifah Abu Saleem..best la gaya penulisan dia, cerita yang diketengahkan dalam novel dia tu kebanyakkannya berunsurkan kekeluargaan. Novel yang menjadi kesayangan saya (dah 6 tahun simpan tauuuu!!!) ialah Tak Seindah Mimpi. Best weh cerita ni..Thumbs up to the writer. Dengar2 nak buat drama citer ni.Ntah la tapi saya suke benar citer ni.



Tapi pada saya novel boleh jugak dijadikan panduan dalam kehidupan. Kenapa saya kata macamtu? Yela, yang elok kita jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Hehehe...Selain Sharifah Abu Saleem, saya baru "discover" seorang penulis baru; Siti Romizah. Novel karangan dia "Cinta Kau Dan Aku" memang best. Jalan cerita dia selamba tapi ada masanya boleh buat kita menangis. Yang terbaru saya baru selesai baca "Andai Itu Takdirnya". Fuh, pecah empangan mata...hahaha...


Ok, sampai sini dulu...saya nak packing balik shah alam..Jumpa lagi.....

.: Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali"  :.

Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...