~ Alhamdulillah ~ 10:29 AM

Ni nak citer lagik ni...hehehe...gilo hapdet blog sudah mari..maklumle baru elok demam..ekceli Isnin lps aku MC akibat demam yg tak nak shoooo dari aku smp dekat 2 minggu.. aku gi amek darah..nak check gak kot2 ade denggi ke..pastu nak cek ubat cair darah tu jalan tak ngan badan aku (kot tak kang takot aku yang "jalan") Alhamdulillah, result dah kuar..platlet normal...takde denggi2..darah pun ade progress..aku pun dah segar sikit as compared to 2 minggu lepas..melepet dowh...hehehe

Bila dh sakit nih baru la nampak sapa yg amek berat kat kita..pamily ofkos, kengkawan..kak ana pun..last friday mmg aku batuk the whole night smp takleh tido. aku tak sangka lak dia dengar..padehal dia dh masuk tido awal sbb sakit kepala..tengok2 pagi tu dia dah siap buatkan ubat untuk aku..ubat tradisional dia la..rebusan halia + gula batu..sejuk je masuk tekak, terharu plk aku org tua nih.. i lebiu kak ana..mak pun buatkan aku air barli..ayah heboh ngan Augmentin and jujubes dia la..even baby yg tecik tu pun menangis just to see nenek dia amek tempreature aku...dia takut mama sakit...huhuhu..ramai yg sayang aku ghupenye...

Lupa nak citer, Sabtu lepas aku gi Hospital Putrajaya, melawat Kak Elis (anak Makcik Kiah) yg demam tak kebah jugak..dah admitted almost 2 weeks..sampai kena amek air tulang susum (adehhh ngeri......) dokter still takleh detect apa sakit dia..sama mcm sakit anak dia dulu..kesian giler..time tu anak dia si Humairah baru 3 tahun lebih kot silap..alhamdulillah skrg dah ok dh Humairah tu..ni ibu dia plk kena..Kak Elis yg dh sedia kurus tu bertambah cengkung..sangat kesian...aku tak larat sebenarnye tapi memandangkan mak ngan ayah taktau jalan gi spital Putrajaya tu aku gagahkan jugak la (macamkan aku tau sgt la jalan kat situ kannnn)..dengan berpandukan direction verbally dari apis selaku dato undang putrajaya berjaya gakla kitorg sampai.

Bila dh sakit ni aku langsung takde selera makan terutama start jumaat lepas ..mmg aku tak makan kalo sebab tak kena paksa. haa..padan muka aku kan? masa ade selera nak makan, ko sekat2..heboh nak berdiet segala..telan ubat itu ini..bila dah sakit, selera dah patah..letak la makanan ape pun..takkan boleh nak telan..sebab kepala mcm ade batu besar himpap, tekak mcm penuh duri..badan kejap panas, kejap sejuk..tido mlm kot tak pakai ekon paneh, kot pakai kang batuk melengking2..sungguh tak selesa..(insoff kejapppp)..

Minggu lps mebi minggu tak sihat buat pamily aku..memula incik suami..dia takla demam tapi mcm kena allergy ape ntah smp naik gatal2 satu badan..dia tak tahan smp ayah terpaksa cucuk ubat..nasib baik pak mentua keje spital..hehehe..aku punyelah heboh nyakat dia, ambik gamba segala skali hambek ko!!! aku plk melepek 2 minggu..dia kena inject masuk ubat, aku kena injek amek darah..padan la tu...hehehehe..then ahad lepas apis plk demam..musim demam betul..takpela biarlah kitorg je yg demam..jgn baby yg kena..mmg jaga betul takmo dia dekat sgt ngan aku takut menjangkit..

Ayah tgh prepare nak cucuk incik suami

Kitorg tgh gelak berjemaah nengok incik suami ketaq 

Bersedia utk dicucuk (ijam siap standby blakang..hehehe)

Tuhan bayar cash..aku plk kena cucuk...huhuhu...


Quote from a very inspiring article "Rahsia Disebalik Demam" :

.:Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :

"Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:

"Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?

Dia menjawab: "Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya".

Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi".(Hadith Riwayat Muslim)

Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.Demam Penebus Dosa.Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.
Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :
"Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Muslim) :.

Tersadai Di NKVE 9:46 AM

Uolls, semlm kete aku buat hal lagik..sian kat amir..selalu benar kete nih buat hal...mcm order je..aku maleh nak sebut kang majuk plk, wathal lagik..naya kat amir..bulan pose aritu bape kali dah wathal..sampai amir kena naik komuter , berdiri bulan2 pose..tahun lepas je dah bape banyak duit abih kat dia..yg benarnye mmg patut pun..it's about time..kete dah 5 thn lbh..hari2 jalan plk..planning ke arah "itu" mmg ade..tapi nak tggu lps msk umah dl..byk ringgit malaysia nak pakai..so baiki la sesikit dulu kononye..skali dia wathal lagik semlm...nasib baik time tu incik suami baru jemput aku kat opis..ujan plk..bayangkan la mcmana punye jem dari PJ Federal Highway menuju ke NKVE tuh..dekat sejam gakla..nasib baik ada PLUS RONDA tunda kete tu smp pejabat PLUS..and nasib baik semlm incik suami ngan kuncu2 nye tu tak gi kuantan..kot tak tersaidai la amir kat tepi highway tu..

Ekceli Gen 2 tu aku dapat lagik seminggu aku nak bertunang..then aku pakai tak sampai setahun aku hand over kat incik suami memandangkan Waja dia ilang lagik seminggu kami nak kawin (mcm dirancang2 lak kan)..walaupun Waja tu jumpa balik tp dia dh phobia nak pakai kete tu maka dia jual kete dia and maintain kete aku sampai la kitorg kawin..lepas sebulan baby lahir incik suami amek Hilux..Gen2 amir pakai selaku org kanan incik suami..banyak jasa Gen2 tu..sedih gak bila pikir kearah "itu" tapi apa nak buat maintainance dh makin tinggi plk..kang org kata mahal rantai dari beruk plk..plan nye incik suami nak hand over Hilux kat amir sbb ekceli dia yg perlu pakai Hilux memandangkan dia yg selalu beli brg kat hardware..angkut simen, tiles segala..incik suami plk tak bape sesuai lagik pakai Hilux sbb dia more to dealing ngan customer, buat marketing..pastu tetiap minggu balik sban kind of susah gak la sbb biasanye tempat barang kat belakang tu mmg kotor ngan simen la kayu la..kesian kat ana ddk antara beg2. tapi tu la tggu settle umah dulu..ni baru rancangan..tgk graf kewangan gak.muahahahha!!!!

Incik suami memantau keadaan Gen2..

Isik perut diperiksa

Masalah dikenalpasti..bateri ngan alternator (betul ke eja camni?)

Cubaan dari amir..

Hampa...nak naik tingkap pun takleh...kena guna manual la..tarik ngan tgn
Bantuan hayat sedang diberi oleh hilux pada gen2


.: Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286] :.

Perbualan Seorang Bayi Sebelum Dilahirkan Kedunia 12:27 AM

Cara Membuat Anak


Adalah dikisahkan…pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata. Bayi itu bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat di sini mengatakan  bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah."
Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya." Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia." Tuhan menjawab: "Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum  untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana"
Bayi bertanya lagi: "Bagaimana mungkin saya dapat memahami  orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?" Tuhan menjawab: "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata." Bayi bertanya lagi: "Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin  berbicara kepadaMu?"
Tuhan menjawab: "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu."Bayi bertanya lagi:"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?" Tuhan menjawab: "Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya."
Bayi bertanya lagi: "Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi." Tuhan menjawab: "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu,
walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu."Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran. Dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?" Tuhan menjawab: "Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai "IBU".
Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.
Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara: 
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
4) Dosa-dosa mu yang lalu  dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
Bilakah kali terakhir kita mencium kedua belah pipi ibu kita?? Bilakanh kali terakhir kita meminta maaf kepada ibu kita??  Berapa banyak nisbah kamu menelefon kekasih kamu berbanding ibu kamu?? Berapa ramai yang tahu umur ibunya?? Mungkin masih tidak terlambat kamu datang kepada ibu kamu dan memeluk sambil meminta maaf selagi kamu masih berpeluang...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Say Cheese!!!! 12:47 PM

Hehehehe...hari ni aku gatai nak join GA...(hasil tag sahabat aku...hehehe) contest nih adelah pasal SENYUM...

Nak join? Klik gambo awek yg tgh sengih kat bawh ni..


Pastu follow dia punye steps tu...simple je..aku join ni nak letak gambo baby yg senyum sokmo tu...kot2 ade rezeki dia...hehehe

Saye gumbira ddk dengan pakcik Mcdonalds!!!

Aku nak Tag:

Mari BerFaceBlogging 12:02 PM

Helo helo!!!hehehe lama tak jumpe...hehehe..arini aku di introducekan pada FaceBlog...waa sgt bestttt...komuniti utk para2 blogger...jommm join...click je kat link kat banner bawah nih...


P/S: aku nak tag:


Letih + Lesu 12:49 PM

Lately aku selalu rasa letih, lesu...nak buat apa pun takleh..kepala pun selalu je sakit..aku try google sbb2..so here it goes...

 
Kurang tidur
Wanita yang bekerja sama ada yang bujang ataupun dah berkahwin seringkali mengabaikan waktu tidur mereka. Sibuk dengan kerja rumah ataupun menyambung kerja di pejabat selalu menjadi alasannya.
Sekali dua mungkin tak mengapa lagi namun sekiranya menjadi kebiasaan, ia mungkin menyebabkan tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup. Oksigen yang kurang mungkin akibat kurang tidur akan menganggu daya penumpuan dan membuatkan tubuh berasa letih.

Pemakanan yang salah
Hati-hati apabila memilih menu makanan. Sungguhpun anda mengambil makanan yang banyak jika anda tersilap pilih makanan, kecergasan tubuh badan anda mungkin menurun.
Mengambil minuman berkafein, coklat ataupun minuman beralkohol untuk menstimulasi diri adalah tidak bermanfaat. Jenis minuman ini memang akan meningkatkan tenaga dengan cepat tetapi cepat jugalah tenaga itu menurun. Keadaan ini juga membuatkan kadar gula dalam darah tidak stabil dan anda mudah lapar dan lesu.

Biasakan membahagikan waktu makan anda pada lima waktu. Ini kerana tiga jam setelah makan, gula dalam darah akan mula turun. Sekiranya anda tidak mengambil makanan ia akan terus menurun dan akibatnya kepala akan berasa pening. Leher tegang dan perut jadi kembung.

Sering tertekan
Jika anda gembira dan bahagia dengan kehidupan anda, maka tenaga atau aura positif akan mengalir dalam tubuh hingga membuatkan anda lebih cergas dan ceria. Sebaliknya jika berasa tertekan, selalu cemas atau berasa kurang gembira semua ini akan menghalang tenaga positif.
Selain itu juga keadaan tertekan akan membuat anda sukar untuk tidur. Akibatnya, anda akan akan bangun di pagi hari dengan tubuh yang lesu. Oleh itu, bahagia-bahagiakan diri anda . Setidak-tidaknya seminggu sekali laukan sesuatu yang anda senangi.

Kurang bersenam
Cakap pasal bersenam, pasti ramai yang memberi alasan tidak melakukannya meskipun senaman itu tidak mempunyai sejuta manfaat. Bersenam itu memang mudah untuk diucapkan namun cukup sukar untuk dilakukan.
Sebenarnya semasa bersenam terutama senaman kardio, otak akan menghasilkan hormone endorphin. Josmon inilah yang akan mengalirkan rasa tenang sehingga anda akan berasa segar walaupun badan anda keletihan. Hormon ini juga akan membantu anda mengatasi stess dan membuat kualiti tidur akan lebih bagus.

Kurang vitamin
Sumber makanan yang ada ambil kadang kala tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan vitamin dan mineral untuk tubuh. Untuk itu anda memerlukan vitamin dan mineral tambahan. Petanda bahawa tubuh anda memerlukan tambahan vitamin dan mineral adalah antaranya; wajah Nampak pucat, badan terasa lesu dan kepala selalu pening.






Info oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Tak Payah La Ikut Sgt Budaya Diorg Tuh... 10:43 PM

Assalamualaikommmmm...ade orang tak kat umah ni? hehehe...aku cuti panjang nih..dari sabtu sampai la harini..semalam aku amek cuti..mak mertua aku nak dtg uruskan hal pencen kat Putrajaya...lagikpun aku nak rest sikit...badan tak bape sedap lately..selalu sakit2..aku dh jumpe dokter dh, now under medication la..ade la kurang sikit tapi kengkadang jadik gak...

Sabtu lepas aku ngan pamily gi makan  ikan bakar kat PD..ade medan ikan bakar baru bukak..nak test la konon, sbb aritu masa gi lepak PD tak dapat makan secara proper...hehehe..ekceli tempat nih takde la baru bukak sgt, tak silap aku bulan 6 taon lepas dah dirasmikan...tapi besa laaa..aku nih mmg slalu ketinggalan ketapi..review dari aku: 4 stars out of 5..sebab? tempat dia sgt selesa..atas laut lagik..sgt best view dia..makanan jugak sedap..aku kurangkan satu bintang sbb kadar menunggu yg agak lama..tapi aku terima la alasan mereke bahawa ghamai pekerja nye coti..nak balik tu aku terserempak lak ngan my abg angkat..alaaa masa form 4 kot kalo tak silap..aku nyaris2 tak kenal dia, nasib baik dia yg tego..ceh..teringat pulak kenangan lama..hahahaha!!!

Kitorg sampai umah taklah lewat sgt sbb kitorg balik ikut jalan highway instead of jalan lama...masa sampai tu mmg kitorg ikut jalan lama ...tu yg sesat barat tuh...nyaris2 makan kat kedai lain...hahahaha!!! The rest of my cuti  macam tak bape cuti sgt la sbb mak takde..bile mak takde baby mengamuk laaaaa...adeh tambah pening kepala dibuatnye...

Semalam 14 feb..org panggil Hari kekasih..ape kejadah hari kekasihnye tuh??? budaya org senang benar kita ikot ek? kenkonon kepala new york la kot...but as for me, even masa aku bujang dulu, aku mmg tak bape in sgt ngan menda nih..biase la aku kan  xde life? hehehe...lagik pun xde pekdah pun kan? Org "tu" mraikan Valentine tu sbb budaya dia..Valentine itself adelah nama salah seorg paderi Kristian...so...watpe nak sambut?? 

Leftenan Adnan

 



Ekceli kita mmg patut ingat 14 Feb tu...bukan sebagai memeperingati valentine day...tapi sempena memperingati leftenan Adnan yg gugur kerana mempertahankan negara kita...tak ramai yang tahu peristiwa pertempuran Bukit Chandu yang berlaku pada 14 Februari 1942 yang merupakan salah satu pertempuran hebat berlaku dalam sejarah Singapura semasa Perang Dunia Ke-2.


Pertempuran ini harus dikenang kerana keperwiraan askar Melayu kita dahulu yang dipimpin oleh Leftenan Adnan bagi menentang askar Jepun sehingga ke penghujung nyawa. Kalau nak tahu sejarah Perang Dunia Ke-2 di Bukit Chandu ni boleh search sendiri. 

Ringkasnya, berdasarkan ingatan aku tentang kisah perjuangan Leftenan Adnan dari abuku sejarah dulu ngan citer kat tibi yg Hairie Othman belakon tu, Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru di Bukit Candu. Jumlah askar di bawah Leftenan Adnan adalah seramai 42 orang kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran Lt. Adnan Saidi memerintah anak-anak buahnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir dan seluruh kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir. 

Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Menyedari kedatangan pihak musuh Leftenan Adnan dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat sehingga memaksa tentera Jepun berundur. Namun selepas dua jam kemudian tentera Jepun melancarkan serangan besar-besaran sehingga Leftenan Adnan dan askar-askar di bawahnya tumpas.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh beliau..al fatihah....
 


DSC06033
Pintu masuk


DSC06036
Cantik kan??
DSC06037
Medan selera pun ade...
DSC06043
Ikan segar2 uuuuu!!!



Satu Hari Di Pasar Malam..... 12:41 PM

assalamualaikommmmm...hi uolls..arini tak bape banyak sngat benda nak citer ekceli...semalam lepas keje aku hayak si pais gi pasar malam..bukan la nak beli apa sgt sebenarnye..more to nak bawak baby kuar..sian dia terperap je kat umah kan..so smp je umah terus ambik baby and kuar balik.

Ekceli migrain aku blm nyah sepenuhnye tapi aku rasa2 mcm okeh kot..so aku dayakan la jugak...thennn korg tau ape jadik? nak citer ke ek? adehhh mcm malu la plk..takpe la aku citer la as a pengajaran utk sume org2 degil kat luar nun..akibat kedegilan aku, terjadilah kejadian tersembam di pasar malam (citer smbl tutup muka)..nasib baik takde org nampak , eh betul ke takde org nampak ek? rasanye la sbb aku jatuh antara celah2 kete..but one thing yg aku rasa thankful sgt sbb aku dah bagi Pais dukung baby..just few minutes lps tu aku jatuh. kot tak, tak tau la apa jadik time tu.

Aku taklah tersadung batu ke, kaki terpelecok akibat kasut tinggi ke (aku pakai selipa jepon je okeh..) tapi taim tu aku rasa gelap mata a.k.a. pitam..tetiba aku dh jatuh je..buleh camtu?hehehe... migrain la punya citer nih..ish napa la ko ni eksyen sgt migrain...semlm aku dah buat entry psl ko, kasik ko glamer..tu pun ko stillllll nak hinggap kat aku..cukup2 la tu, tak larat weh..tak pasal2 berdarah lutut aku. Petang ni aku nak gi jumpe dokter. lama benar plk migrain kali nih..hopefully takde pape..okeh la nak sambung buat esemen...bubuye!!!!

Tips kaber malu kalau korg jatuh:




1. Kalau tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalau terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..

5. Kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalau terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalau takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun
semula....

7. Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

8. Kalau jatuh bangunan : tak payah nak cover malu, sebab nanti ada orang akan tolong cover muka mayat korang dengan surat khabar. Siap masuk news lagi taw..

Cik Migrain Yang Tak Berapa Comel 11:39 AM




Hai u'all...
Masih lagi nak buat entri baru kat blog walaupun kepala berdenyut2 kesakitan. Apapun, ubat dah makan dan sekarang sudah ok sikit daripada semalam. Tak dapat kosentrate nak nengok Trilogi Cinta semalam akibat cik migrain yg menyerang dgn ganasnye..Hahaha..lama gak aku tak kena migrain teruk mcmni..zaman2 bujang dulu mmg kerap gak ,sampai kena anta spital. tapi mmg semalam sakit yg amat la..nasib baik baby takde buat perangai, kot tak mau aku masuk dalam peti ais.. Memandangkan aku dah kena migrain ni, aku nak cerita sedikit pasal menatang ni..
  • Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan.
  • Ia berasal dari perkataan Francis yang bermaksud sakit kepala sebelah.
  • Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.
Punca penyakit / Faktor Risiko
-Genetik
-Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ’stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
-Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ’serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
-Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
-Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
-Tekanan perasaan atau ’stress’
-Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
-Cahaya yang sangat terang
-Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
-Letih yang keterlaluan -Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
-Pengambilan pil ‘ contraceptive’
-Haid
-Pengambilan pemanis tiruan
-Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
-makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’
 
Tanda- tanda / Simptom
1) Migrain tanpa aura
-Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris- garis
-Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
-berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
-denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan

2) Migrain dengan tanda aura
-jarang berlaku
-pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
-Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan

3) Opthalmoplegic migrain
-terlalu jarang berlaku
-sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
-mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
-pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit

4) Status migrain
-berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
-boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
-migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang

5) Bentuk serangan migrain
-’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
- ‘local’ - kulit bertukar menjadi merah sedikit atau kelihatan pucat
-’pallor’ berpeluh-peluh
-’sono’ sensitif terhadap bunyi bising
-’photophobea’ - sensitif pada cahaya
-’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala 

Okeh cik migrain...harap2 lepas nih jgn la ko menyerang aku lagik ye..kalo ko menyerang sume keja aku tak jadik, terbaring je la jawabnye..Ni pun ada tanda2 ko nak menyerang lagik...jgn buat hal wahai cik migrain...aku kat opis nih..
P/S: mungkinkah aku kena pakai spek balik???tidak!!!!!

Takpelah.. 5:57 PM

Entry agak sentap di petang ari..kenapa?entah..hormon tak stabil kot (bak kata mak ina). Adalah something yg buat aku terasa sikit..tapi tula kan..yg baik kat mata kita tak semestinye baik kat mata org.

Takpela org nak kata aku emo ke ape ke. Tau la aku nak pujuk ati aku balik..esok elok la ni..okeh la dh maleh nak meniang rapik lagik..kepala ada sikit pining..mao pulang sudah..callo beteh!!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pd - Part 2 3:59 PM

Aluuu...arini aku nak sambung citer PD part 2..arini fokus citer kebanyakannye adelah berlatar belakangkan laut ye puan2..hehehe..okeh..2nd day..jumaat la tuh..pepagi bfast ngan scramble egg and sandwich..dah kenyang memasing terjun tiruk ke dalam kolam la hape lagik mau tunggu kan??? tapi takla lama sgt berendam that day..maklumle ari jumaat..para2 lelaki nak kena gi mesjid solat jumaat..maka pkl 11.45am kitorg dah naik..kebuloq giler!! mak dah siap masak nasik hayam...ape lagik sebat la sepinggan..lelaki2 sume dh gerak gi mesjid..kitorg lepak2 dlm bilik..panas kotttt kat luar tu..around 2.30pm diorg balik pastu buat rampasan kuasa, diorg lak tido bilik..kitorg terpakse tido depan tibi..huhuhu..




The 'beach'@Tiara Beach Resort PD
Suasana di petang hari

Tiara Beach Resort
Baby's favorite spot..
Tiara Beach Resort
Suasana di malam hari


Tiara Beach Resort,迪亚拉人造海滩度假村
Best woo air terjun tu..mcm mesin pengurut

Ptg nye kitorg gi pantai..bak kata ijam baik takyah gi pd kok tak gi pantai..dengan suspen nye aku ngan ina join (bobot terpaksa jadik pemerhati dari jauh akibat kaki yg cedera)..suspen sebab ngeri dgn sunburn. hehehe..terjerit pekik mcm kanak2 ribena pun ade memasing..padehal dah tua bangka seko2. sekali ijam kuarkan idea yg sgttttt bernas iaitu "jom main banana boat"...ape???? oh tidak sekali2 aku nak naik menantang tuh..i tak reti berenang tau!!! discuss punye discuss akhirnye 5 org naik..aboi, ina, apis, ijam ngan pais...fun gak aku tgk..tapi belum sampai seru la!! incik suami pun sekadar menjadik penaja je (apalah nak jadik...laki bini penakut. hehehe)..aku respek la ngan ina sbb brani naik menatang tuh walaupun apis dah terjun dulu (sungguh durjana tunangmu itu!!)


"kami"
My dearest brother..ngan bola yg hampir hanyut ke Acheh

Entiti itu adelah aku dan ina




Bermula la perjalanan mereka



mengikut susunan: aboi,ina,apis,ijam,pais



taim nih rilek lagik...



laju tuh...

laju lagik...






sile carik mereka...hehehe



org2 "hanyut"




Pais datang menyelamat...



Gamba paling romantik aku ngan incik suami..hehe

Cantiknye sunset~~~


Gile mandi laut sampai tak pasan dah nak maghrib..ayah dah kol 2-3 kali..hehehe..balik sepantas kilat..mandi pun bukan main cepat sbb mlm plan nak kuar mkn ikan bakar kat pasir panjang..dgr2 kata pemes tmpt tuh..skali pegi...hampa!!!abis dh sume..carik kedai kat teluk kemang lak..dkt pkl 10pm baru dpt kedai mkn..pegi 3 kete, tapi sampai je kedai makan apis,ina ngan bobot menyelinap gi beli kek bday ayah..kitorg dh settle mkn baru diorg smp..ghupanye gi SR kat Lukut nun..jauhnye....hehehe. Sampai bilik otel kira ngam2 preparation utk surprise ayah..kitorg buat2 mcm takde pape..then pkl 12am incik suami masuk dengan kek cekelat SR diiringi dgn suara2 sumbang kami nyanyi Happy Beday To Yu!! ayah nampak terharu (bile la ayah nih tak terharu ek?hehe)..selesai aktivi potong kek, rumah urut Pais pun beroperasi skali lagik smpai memasing terlelap...

Menyampah sungguh rasa bila bangun esoknye..back to reality...hehehe..checkout pkl 12.30tghari after mandi kolam last kopek..yg lelaki2 tu sempat main bola tampar plk..aayah pun join..okeh la tuh..hehehe..vacation kali nih aku rasa sngat2 happy dpt berkumpul reramai..after what we have been through..segala fitnah yg hampir memecahbelahkan our big happy family..hopefully lepas ni ada kesempatan lagik nak pegi vacation macamni..insyallah...

Bila Cinta Pudar Warna 5:21 PM

Bercinta sudah lama, hidup bersama sudah berpuluh tahun. Segala baik buruk diri dan pasangan sudah lama terbongkar dan diketahui. Akhir-akhir ini jiwa terasa kosong, tercari-cari sesuatu untuk mengisinya.Wajah isteri sudah mula jemu di pandang. Asyik wajah itu juga yang dilihat siang malam, pagi dan petang.
Tanpa sedar anda mula bersikap kritikal terhadap isteri, hypersensitive terhadap apa saja yang dilakukannya. Bukan secara positif, tetapi sentiasa terlihat kesalahan dan kekurangannya. Apa saja yang dibuat oleh isteri, sekalipun makanan kegemaran anda selama berpuluh tahun ini, tetap ada yang tidak kena.
Anda mula mencari alasan dan bahan untuk bertekak dengan isteri. Bukan sengaja, tapi entah kenapa , anda sendiri tidak mengerti terhadap perubahan diri. Bahkan anda tidak sedar pun anda dah berubah. Malah bila isteri bertanya mengapa anda berubah sikap, anda dengan tegas menuduh isteri anda yang sudah mula kurang prihatin pada anda, sudah tidak memahami anda, dan sudah kurang layanan terhadap anda.
Malangnya, anda tidak pernah ambil kesempatan duduk seketika dan muhasabah diri dan perkahwinan anda. Di mana silapnya? Aku yang berubah atau dia yang berubah?. Kalau benar ada perubahan, mengapa ia berlaku?.
Apakah anda begitu?. Apakah semua perkahwinan akan berakhir begitu?. Seiring dengan berakhirnya rasa kasih dan sayang?. Apakah perasaan kasih dan sayang tidak boleh kekal hingga ke liang lahad bahkan hingga ke akhirat kelak?. Apakah mesti ia pudar seiring dengan peningkatan usia perkahwinan anda?.
Mengapa ada orang lain boleh kekalkan kasih sayang terhadap pasangan sekalipun tubuh pasangan sudah hancur dimamah bumi?. Mengapa ada pasangan lain yang semakin membongkok semakin kukuh cinta dan kasih sayang mereka?. Mengapa tidak anda?.
Masa bukan satu-satunya faktor yang menyumbang kepada pengurangan perasaan terhadap pasangan dalam perkahwinan. Dalam ertikata lain, tidak tepat jika kita katakan semakin lama usia perkahwinan anda semakin kurang perasaan kasih sayang antara anda dan pasangan. Terdapat beberapa faktor lain yang menjadi penyumbang kepada keadaan ini.
Pertama, pendedahan sikap sebenar. Perkahwinan menyediakan gelanggang terbaik untuk anda mengenali siapa pasangan anda, zahiriah dan batiniah bahkan mengenali diri anda sendiri. Perkahwinan bukan sekadar satu peristiwa. Perkahwinan adalah satu proses yang berterusan yang memberi kesan menyeluruh kepada individu, samada dari segi fizikal , kognitif dan emosi.
Ini bermakna, sehari anda melalui proses perkahwinan, anda memberi ruang dan peluang untuk mendedahkan kepada pasangan siapa dan apa karakter sebenar anda , demikian juga anda semakin mengenali siapa sebenarnya pasangan anda. Anda dan pasangan, selain bagaikan pakaian yang saling menutupi antara satu sama lain juga bertindak sebagai cermin . Melalui interaksi anda dengan pasangan , anda akan mengenali diri anda dan juga pasangan.
Demikian juga sebaliknya. Ini bermakna juga, semakin lama anda dan pasangan hidup bersama, semakin besar peluang untuk pendedahan sikap dan perangai sebenar anda dan pasangan berlaku.
Namun begitu, faktor ini tidak berdiri dengan sendirinya. Penerimaan dan reaksi sering mencetus kekecohan. Sudah tentu anda membawa bersama segala perangai anda ke alam perkahwinan. Anda juga menerima segala apa yang baik dan buruk yang ada pada pasangan. Akad perkahwinan secara sedar atau tidak membuktikan anda (sebagai suami) sanggup menerima apa saja yang ada pada pasangan dan pihak yang satu lagi (isteri) sanggup menerima dan memberi apa yang ada pada diri.
Malangnya kita sering tidak tahu apa yang kita lakukan sebenarnya. Ramai pasangan yang menerima akad nikah tanpa mengetahui apa yang diterimanya dan apa sebenarnya yang disanggupi untuk diletakkan di atas pundaknya. Yang positif biasanya mudah diterima. Namun tidak semestinya begitu dalam alam perkahwinan. Yang baik pada anda belum tentu baik pada pasangan anda, apatah lagi yang tidak baik. Sungguh aneh dunia perkahwinan ini. Yang dulunya satu campur satu jawapannya dua tidak begitu perkiraaannya dalam dunia perkahwinan. Formulanya sudah berubah.
Kedua, penambahan komitmen. Perkahwinan adalah komitmen. Komitmen adalah tanggungjawab. Perkahwinan sarat dengan tanggungjawab samada pada suami atau isteri. Kedua-duanya sama berat dalam bentuknya yang tersendiri. Komitmen bertambah sebaik kehadiran cahayamata. Namun begitu, sekali lagi, faktor ini tidak bertindak sendiri terhadap pengurangan kasih sayang anda dan pasangan. Reaksi anda memainkan peranan. Bagaimana anda menangani dan mendepani segala komitmen ini.
Ramai pasangan yang mula teralih fokus apabila komitmen semakin bertambah. Para isteri terutamanya, apabila mula mendapat cahayamata, seorang demi seorang, mula terlupa pada si suami yang juga perlukan perhatian. Bahkan lupa pada diri sendiri yang juga memerlukan belaian suami. Juga lupa pada tanggungjawab pada perkahwinan yang perlu digilap selalu. Bukan sengaja tapi terlalai. Malangnya kedua-dua pasangan terus hanyut dalam kelalaian ini hinggalah perasaan-perasaan aneh yang menjarakkan hubungan mula timbul dan mencetuskan konflik dan tekanan yang semakin merenggangkan.
Kadangkala menyelesaikan masalah rumahtangga sama seperti menyembuhkan penyakit barah. Selagimana penyakit belum sampai ke tahap kritikal, peluang untuk sembuh masih tinggi. Masalahnya penyakit barah ini seringkali tidak disedari hingga ke tahap ianya sudah benar-benar parah dan sukar diubati. Melainkan jika seseorang itu benar-benar mengambil berat terhadap kesihatannya dan menjalankan langkah pencegahan awal. Bagitu juga dengan masalah rumahtangga dan hubungan suami isteri.
Penyakitnya menular dalam diam-diam. Hingga tiba masa ia mencetuskan perkelahian dan pertelingkahan, kerosakan di dalam perhubungan hingga ke tahap kritikal. Dalam erti kata lain, pada saat bantuan tiba, perkahwinan tersebut sudah di ambang kematian. Hanya perlu buat persediaan untuk dikafankan dan dikuburkan sahaja.
Persoalannya kini, bagaimanakah cara yang terbaik untuk mengekalkan perkahwinan?. Cara terbaik ialah dengan pendekatan 'cegah sebelum parah'. Dalam ertikata yang lain, anda hendaklah sentiasa berusaha keras memastikan hubungan anda dan pasangan sentiasa dalam keadaan sihat. Sebarang masalah kecil ataupun besar perlu diberi perhatian dan ditangani dengan segera. Bukan dipandang ringan dan dibiarkan tanpa dirawat.
Dalam hal memelihara hubungan suami isteri dan menyelesaikan konflik Allah telah memberikan banyak panduan dalam al-Quran. Panduan ini terungkap dalam surah An-Nisa ayat 19 di mana Allah Taala berfirman yang bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.
Ayat di atas jelas memerintahkan agar kita sentiasa bergaul dan melayani pasangan kita dengan cara yang baik. Bentuk dan cara yang baik ini juga banyak di sebut dalam al-Quran samada bagi suami atau isteri. Namun begitu Allah mengingatkan kita , bahawa dalam pada kita menjalankan tanggungjawab dan berbuat baik terhadap pasangan juga, kita tidak sunyi dari perselisihan faham atau konflik yang datang dari perasaan kita terhadap sikap atau perbuatan pasangan.
Namun panduannya disini , kita dilarang dari membuat pertimbangan dan tindakan yang terburu-buru ekoran dari apa yang kita rasakan tadi. Larangan Allah Taala ini diikuti dengan dorongan agar kita mengimbau dan mengambil kira juga segala kebaikan yang ada disebalik perkara yang menimbulkan kebencian kita tadi. Allah mahu kita merenung, menilai secara adil dan seterusnya mengambil kira segala apa yang telah kita terima dan dilakukan oleh pasangan terhadap pasangan secara total.
Demikianlah Islam menyarankan bagaimana cara menangani perasaan-perasaan yang kurang enak yang timbul antara suami isteri. Sekaligus mengakui bahawa wujudnya pasang surut perasaan dalam perkahwinan. Namun begitu, sebagai manusia yang dikurniakan akal, seharusnya kita yang mengawal perasaan tersebut dan bukanlah perasaan yang mengawal kita dan seterusnya perkahwinan kita.
Sumber: forwarded email
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pd- Part 1 11:42 AM



Aluuuu...seperti yg dijanjikan...aku nak citer pasal vacation kat PD..(ade ke yg ak bace nih ek?aaaaahhhh pedulikkkk!!! belog haku, haku punye suka laaaa) Okeh...aku kena bahagikan citer nih pada dua sesi sbb banyak sgt nak citer nih (excited terlebey)..Kitorg gerak dari seremban around 11.30am..walaupun ekceli check in pkl 2pm..aku dah forecast dah (cheewaaah) jln masuk PD tu musti jem mengalahkan KL kalo taim2 cuti cenggini...and it was true..stuck dpn PD Marina Resort je dh dekat 45 minutes..so kitorg sampai dekat2 pkl 1pm laa..process check in sgt la ngeri..nape? uolls taw punye la ghamainye manusia check in kat situ smp kena amek nombo. aku lak kompius ni kat otel ke spital..hehehe..can u imagine aku yg dtg awal sejam tupun dapat no 5586? no yg tgh served tu 5556? gilos betul..tu bab amek no, dah dpt nombo kena tuggu lagik sbb pkl 2pm baru dia bukak kaunter utk amek kunci..adehhh sengal...

Selesai check in kitorg pun gerak ke apartment..fuhhh dapat first floor, kurang sikit marah aku kat otel ni..hehehe..berangkutlah segala brg2 dari toto sampai ke periuk belanga...kelassss tau kitorg..ddk otel tapi siap masak okeh..Baby nmpak kolam dah terjerit2 nak tuka baju swimming..adeh baby...paneh tuuuu...kang kot itam kurang lak market..tapi dia tak kira, ditariknye nenek smp org tua tu xsempat mkn..sayang cucu punya pasal, mak turun gak la..aku gantikan mak after makan..sempat la berendam dlm sejam (sesi menghitamkan kulit sudah bermula)..Few minutes later apis, pais, ina ngan bobot sampai..kami para2 jelitawan (hehehehe) namo turun mandi lagik (nnt itam uuuuu!!!)...tapi para jejantanz tu tak tggu lama...trus join ijam ngan incik suami kat kolam..

Malamnye maksu sampai ngan paksu and aboi..bersama2 dgn our dinner iaitu mee sup power!!! best wooo mee sup paksu nih..siap letak black paper..sgt berasappp dan mantop! tengkiu paksu for the mee sup. Kami dah tala dulu makan sbb para2 lelaki dah pegi expo kat Teluk Kemang..memula diorg kata nak carik durian je..tengok2 tak balik2...ghupanye melencong..aku, bobot ngan ina dendam je..harus la weh...expo tuuuuu!!!tempat terbaik suping tudung..hehehe..tapi takpe sbb depa balik dgn asam dan jeruk sepeket besau..best2..

Lepas makan hape lagik? landing time!!! sebab bilik ada 2 je..maka mak,ayah ngan baby tido sebilik...kami para2 pompuan (aku, ina, bobot ngan kak ana) tido sebilik..para jejantanz tu tido secara berjemaah depan tibi...nak tido awal kengkonon sbb esok plan nak turun mandi kolam pepagi (kurang matahari = kurang itam)..then ptg plan nak mandi laut (laut = sunburn)..mlm nak makan luar pastu celebrate bday ayah...tapiiiii...adatla kan lama tak jmp..yg jenjatanz kat luar tu nengok tibi ketewa mcm nak runtuh smp pkl bape entah..kitorg kat dlm bilik leka bergosip smp memasing terlelap sendiri...

Oklah..nanti aku sambung part 2 pulak okeh..skrg kita layan gambo dulu ye.... 


"Antu Tinggi" kat lobi





Teruk kaki bobot...sian dia


Baby sgt happy



Incik suami nampak "terang"...hehehe





Ayah potong kek ke 61 thn



Loving couple..we lebiu forever...



Apekah????



Umah urut mula beroperasi




Anak ku suda makin gelap..huhuhu



Bergurau ngan "ia"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...