Assalamualaikommmmm...ade orang tak kat umah ni? hehehe...aku cuti panjang nih..dari sabtu sampai la harini..semalam aku amek cuti..mak mertua aku nak dtg uruskan hal pencen kat Putrajaya...lagikpun aku nak rest sikit...badan tak bape sedap lately..selalu sakit2..aku dh jumpe dokter dh, now under medication la..ade la kurang sikit tapi kengkadang jadik gak...
Sabtu lepas aku ngan pamily gi makan ikan bakar kat PD..ade medan ikan bakar baru bukak..nak test la konon, sbb aritu masa gi lepak PD tak dapat makan secara proper...hehehe..ekceli tempat nih takde la baru bukak sgt, tak silap aku bulan 6 taon lepas dah dirasmikan...tapi besa laaa..aku nih mmg slalu ketinggalan ketapi..review dari aku: 4 stars out of 5..sebab? tempat dia sgt selesa..atas laut lagik..sgt best view dia..makanan jugak sedap..aku kurangkan satu bintang sbb kadar menunggu yg agak lama..tapi aku terima la alasan mereke bahawa ghamai pekerja nye coti..nak balik tu aku terserempak lak ngan my abg angkat..alaaa masa form 4 kot kalo tak silap..aku nyaris2 tak kenal dia, nasib baik dia yg tego..ceh..teringat pulak kenangan lama..hahahaha!!!
Kitorg sampai umah taklah lewat sgt sbb kitorg balik ikut jalan highway instead of jalan lama...masa sampai tu mmg kitorg ikut jalan lama ...tu yg sesat barat tuh...nyaris2 makan kat kedai lain...hahahaha!!! The rest of my cuti macam tak bape cuti sgt la sbb mak takde..bile mak takde baby mengamuk laaaaa...adeh tambah pening kepala dibuatnye...
Semalam 14 feb..org panggil Hari kekasih..ape kejadah hari kekasihnye tuh??? budaya org senang benar kita ikot ek? kenkonon kepala new york la kot...but as for me, even masa aku bujang dulu, aku mmg tak bape in sgt ngan menda nih..biase la aku kan xde life? hehehe...lagik pun xde pekdah pun kan? Org "tu" mraikan Valentine tu sbb budaya dia..Valentine itself adelah nama salah seorg paderi Kristian...so...watpe nak sambut??
Leftenan Adnan
Ekceli kita mmg patut ingat 14 Feb tu...bukan sebagai memeperingati valentine day...tapi sempena memperingati leftenan Adnan yg gugur kerana mempertahankan negara kita...tak ramai yang tahu peristiwa pertempuran Bukit Chandu yang berlaku pada 14 Februari 1942 yang merupakan salah satu pertempuran hebat berlaku dalam sejarah Singapura semasa Perang Dunia Ke-2.
Pertempuran ini harus dikenang kerana keperwiraan askar Melayu kita dahulu yang dipimpin oleh Leftenan Adnan bagi menentang askar Jepun sehingga ke penghujung nyawa. Kalau nak tahu sejarah Perang Dunia Ke-2 di Bukit Chandu ni boleh search sendiri.
Ringkasnya, berdasarkan ingatan aku tentang kisah perjuangan Leftenan Adnan dari abuku sejarah dulu ngan citer kat tibi yg Hairie Othman belakon tu, Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru di Bukit Candu. Jumlah askar di bawah Leftenan Adnan adalah seramai 42 orang kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran Lt. Adnan Saidi memerintah anak-anak buahnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir dan seluruh kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.
Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Menyedari kedatangan pihak musuh Leftenan Adnan dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat sehingga memaksa tentera Jepun berundur. Namun selepas dua jam kemudian tentera Jepun melancarkan serangan besar-besaran sehingga Leftenan Adnan dan askar-askar di bawahnya tumpas.
Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh beliau..al fatihah....
|
Pintu masuk |
|
|
|
Cantik kan?? |
|
Medan selera pun ade... |
|
Ikan segar2 uuuuu!!!
|
|
0 comments:
Post a Comment