Jangan Hilang Kawalan Diri 12:48 PM

Bila ustaz hilang kawalan.. pukul murid sampai mati. Bila pemandu hilang kawalan.. maka berlaku la kemalangan. Bila mak bapak hilang kawalan.. pukul anak sampai mendatangkan kecederaan. Bila politik hilang kawalan.. Timbul macam - macam isu yang memalukan. Bila manusia hilang kawalan maka itulah terjadi.

Bila hilang kawalan & jadi sesuatu yang buruk.. kesal & maaf adakala tidak dapat mengubah apa - apa lagi. Setiap hari kita membaca dalam akhbar atau menonton berita di TV tentang kejadian yang berpunca dari manusia yang hilang kawalan ni. Semakin hari semakin tak terkawal kes - kes yang berkaitan dengan hilang kawalan. Bila hilang kawalan dunia semakin tidak aman. Dalam rumah sendiri rasa tidak selamat lagi. Jadi kat mana kita nak pergi?

Bila terlalu banyak membaca atau melihat kes - kes yang berpunca dari hilang kawalan buat aku jadik takut pulak. Terasa fobia jer berada kat mana - mana sebab kita tahu dunia ni bukan tempat yang selamat lagi. Tapi kalau tak tinggal kat bumi takkan nak pindah ke planet pulak kan?? So, kita semakin tiada pilihan terpaksa juga menghadapi risiko untuk terus hidup selagi hidup. Punca hilang kawalan diri adalah dari sikap kurang sabar. Tak di nafikan itulah kelemahan manusia.

Tersentuh hati aku bila baca kat paper kisah murid tahfiz 7 tahun yang meninggal dunia di belasah ustaz kerana di tuduh mencuri wang sebanyak RM7. Berbaloi ke semua ni berlaku? Berbaloi ke kanak - kanak itu meninggal hanya kerana tuduhan yang belum pasti benarnya? Berbaloi ke ustaz itu berdepan dengan hukuman maut hanya kerana inginkan pengakuan dari seorang kanak - kanak tentang tuduhan mencuri wang RM7 tu? Jika dari awal ustaz itu berfikir semua ni.. Pasti tindakkannya terkawal. Memang ajal & maut di tangan Tuhan.. Tapi kes ni memperlihatkan kepada kita seorang yang berpendidikan tinggi dalam Agama pun masih belum mampu mengawal amarah. Masih terlalu sedikit sikap sabar dalam dirinya walau di bibirnya selalu mengucap kalimah Allah. Apatah lagi kita yang masih merangkak dalam mempelajari ilmu Agama ni.



Kisah Gadis yang cuba membunuh diri di KB mall tidak lama dulu juga berpunca dari hilang kawalan. Khabarnya Gadis tu dah meninggal dunia akibat meminum cecair clorox di tandas hospital. Menurut apa yang aku baca gadis itu di katakan terlanjur & sedang mengandung. Sang Lelaki tidak mahu bertanggungjawab membuatkan si gadis mengambil keputusan membunuh diri. Tak tahu sejauh mana kebenaran kisah tapi tetap puncanya dari hilangnya kawalan diri.


Moga kisah - kisah ini menjadi iktibar kepada kita semua. Setiap perbuatan yang ingin kita lakukan.. Cubalah sejenak berfikir agar tidak tersasar dari akal yang waras. Moga kita semua di lindungi dari perkara - perkara yang buruk.

P/s : Dan bila seorang cikgu juga hilang kawalan dalam mencari hiburan maka jadi la macam ni.. kekekekekeke

Tak Payah La Ikut Sgt Budaya Diorg Tuh... 10:43 PM

Assalamualaikommmmm...ade orang tak kat umah ni? hehehe...aku cuti panjang nih..dari sabtu sampai la harini..semalam aku amek cuti..mak mertua aku nak dtg uruskan hal pencen kat Putrajaya...lagikpun aku nak rest sikit...badan tak bape sedap lately..selalu sakit2..aku dh jumpe dokter dh, now under medication la..ade la kurang sikit tapi kengkadang jadik gak...

Sabtu lepas aku ngan pamily gi makan  ikan bakar kat PD..ade medan ikan bakar baru bukak..nak test la konon, sbb aritu masa gi lepak PD tak dapat makan secara proper...hehehe..ekceli tempat nih takde la baru bukak sgt, tak silap aku bulan 6 taon lepas dah dirasmikan...tapi besa laaa..aku nih mmg slalu ketinggalan ketapi..review dari aku: 4 stars out of 5..sebab? tempat dia sgt selesa..atas laut lagik..sgt best view dia..makanan jugak sedap..aku kurangkan satu bintang sbb kadar menunggu yg agak lama..tapi aku terima la alasan mereke bahawa ghamai pekerja nye coti..nak balik tu aku terserempak lak ngan my abg angkat..alaaa masa form 4 kot kalo tak silap..aku nyaris2 tak kenal dia, nasib baik dia yg tego..ceh..teringat pulak kenangan lama..hahahaha!!!

Kitorg sampai umah taklah lewat sgt sbb kitorg balik ikut jalan highway instead of jalan lama...masa sampai tu mmg kitorg ikut jalan lama ...tu yg sesat barat tuh...nyaris2 makan kat kedai lain...hahahaha!!! The rest of my cuti  macam tak bape cuti sgt la sbb mak takde..bile mak takde baby mengamuk laaaaa...adeh tambah pening kepala dibuatnye...

Semalam 14 feb..org panggil Hari kekasih..ape kejadah hari kekasihnye tuh??? budaya org senang benar kita ikot ek? kenkonon kepala new york la kot...but as for me, even masa aku bujang dulu, aku mmg tak bape in sgt ngan menda nih..biase la aku kan  xde life? hehehe...lagik pun xde pekdah pun kan? Org "tu" mraikan Valentine tu sbb budaya dia..Valentine itself adelah nama salah seorg paderi Kristian...so...watpe nak sambut?? 

Leftenan Adnan

 



Ekceli kita mmg patut ingat 14 Feb tu...bukan sebagai memeperingati valentine day...tapi sempena memperingati leftenan Adnan yg gugur kerana mempertahankan negara kita...tak ramai yang tahu peristiwa pertempuran Bukit Chandu yang berlaku pada 14 Februari 1942 yang merupakan salah satu pertempuran hebat berlaku dalam sejarah Singapura semasa Perang Dunia Ke-2.


Pertempuran ini harus dikenang kerana keperwiraan askar Melayu kita dahulu yang dipimpin oleh Leftenan Adnan bagi menentang askar Jepun sehingga ke penghujung nyawa. Kalau nak tahu sejarah Perang Dunia Ke-2 di Bukit Chandu ni boleh search sendiri. 

Ringkasnya, berdasarkan ingatan aku tentang kisah perjuangan Leftenan Adnan dari abuku sejarah dulu ngan citer kat tibi yg Hairie Othman belakon tu, Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru di Bukit Candu. Jumlah askar di bawah Leftenan Adnan adalah seramai 42 orang kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran Lt. Adnan Saidi memerintah anak-anak buahnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir dan seluruh kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir. 

Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Menyedari kedatangan pihak musuh Leftenan Adnan dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat sehingga memaksa tentera Jepun berundur. Namun selepas dua jam kemudian tentera Jepun melancarkan serangan besar-besaran sehingga Leftenan Adnan dan askar-askar di bawahnya tumpas.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh beliau..al fatihah....
 


DSC06033
Pintu masuk


DSC06036
Cantik kan??
DSC06037
Medan selera pun ade...
DSC06043
Ikan segar2 uuuuu!!!



Precaution! 3:26 PM

Last week incik suami citer ngan aku pasal customer dia yg pegi tinggalkan anak sorg2 dlm kete..anak umo baru setahun lebey okeh..dia tinggalkan budak tu atas alasan budak tu restless bila bawak ddk luar masa tengah bincang...owhhh ko nak selesa bincang ngan kontraktor pasal design umah ko, then anak ko tinggal dlm kete ek? nak tau ape jadik? anak dia pi lock kete dari dalam. haa!!! baru haru mak pak dia! anak plk jenis yg mengamuk pegi hantuk2 kepala kat stereng kete (ganeh anak dia nih!) kelam kabut diorg, termasuk la laki aku...pujuk2 anak diorg tu suh bukak balik lock tu..(mane la budak tu gheti kan...) dengan cermin ditutup rapat. kot tak buleh gak jolok pakai besi ke hapa..lebih setengah jam gak keadaan camtu..last2 incik suami paksa owner tu pecah kan cermin..last option la kan..takkan ko nak bia anak ko biru dlm tu..

Entahla nak cakap banyak pun ssh..aku pun ada anak..so jagalah anak tu elok2 kan..benda nak jadik takleh nak kata apa, dalam rumah pun jadik gak..tapi kita as a parents kenalah be more alert, more precaution..takkan anak besar tu nak tinggal dlm kete kan? dengan enjin terpasang...buatnye budak tu main gear ke? apa jadik? nauzubillah!!!! tak pun kete tu org kebas..ngan kete, ngan anak jalannnnn..org sekarang ni bukan buleh kira. penah jadik kan anak kena kebas skali ngan kete..pastu anak tu malaun tu tggl tepi jalan..benda kalau dah jadi nak kata apa, tapi kalau langkah keselamatan dah diambik taklah ralat sangat..

Aku pun cuak gak kot2 jadik mcmni..so aku tanya la incik Google, and this the info yang aku dapat...quite interesting..tapi aku tak penah cuba...sapa yg rajin buleh la cube ye..kot jadik sile bgtau aku...heheheh

  • Pinjam/Dapatkan handphone dan berdiri jarak kurang satu kaki / berhampiran tayar kanan pemandu (alarm receiver). Call org kat rumah dan minta dia RETURN CALL bersama spare key dan remote. Minta org tu tekan unlock button kat remote spare key tu sambil sentuh handphone. ( handphone sahaja, fixed line kurang sesuai ).
  • Perlu diingat bahawa remote alarm device menggunakan spectrum Long Wave Radio frequency dan handphone pula menggunakan spectrum Short wave Radio Frequency yg boleh diselitkan Long wave. Bergantung kepada Alarm Device.

Anak Lelaki dan Anak Perempuan 8:05 AM

Secara amnya, pakar pskologi berpendapat memang terdapat perbezaan di antara anak lelaki dan perempuan. Walaupun kedua-dua anak lelaki dan perempuan mengalami proses pembesaran, mereka mengalaminya pada masa yang berbeza dan tidak semestinya pada usia yang sama.
Sebaya Tetapi Tidak Sama
Kajian menunjukkan bahawa dalam beberapa perkara, anak perempuan membesar lebih cepat daripada anak lelaki, manakala dalam perkara-perkara lain, anak lelaki pula membesar lebih cepat berbanding anak perempuan. Contohnya, semasa kecil, anak perempuan mempunyai daya pendengaran yang lebih kuat manakala anak lelaki pula mempunyai daya penglihatan yang lebih kuat. Tetapi ini hanyalah satu kecenderungan dan tidak semestinya dialami oleh setiap anak lelaki dan perempuan.  Begitu juga kebolehan membaca, menulis dan sebagainya. Perbezaan-perbezaan ini disebabkan cara otak anak perempuan dan anak lelaki itu berkembang. Namun setiap anak membesar mengikut rentak atau blue print nya sendiri. Tiada pelan mutlak untuk peringkat pembesaran anak lelaki mahupun anak perempuan.
Anak Lelaki Kurang Bijak?
Di Malaysia, terdapat kecenderungan di kalangan sesetengah ibu bapa dan tenaga pengajar yang mengatakan anak lelaki kurang bijak berbanding anak perempuan.
Perlu diingat, murid lelaki biasanya memerlukan suasana pembelajaran yang lebih interaktif. Mereka merasa resah dan gelisah serta sukar menerima apa yang diajar sekiranya terpaksa berdiam diri dan hanya mendengar apa yang diajar guru. Sukar bagi seorang anak lelaki untuk belajar jika cara penyampaian membosankan.  Apa yang mahu ditekankan di sini ialah, kaedah pembelajaran yang boleh menarik minat anak lelaki tidak semestinya sama dengan anak perempuan.
Pun begitu, kajian menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan di dalam apa yang boleh dipelajari oleh anak lelaki atau anak perempuan. Kedua-duanya sama mampu mencapai apa yang mereka impikan asalkan sanggup berusaha bersungguh-sungguh.
Berikan Tumpuan Seimbang
Berikan perhatian kepada anak lelaki sama seperti yang diberikan kepada anak perempuan.  Galakkan dia bercerita tentang dirinya, kawan-kawannya dan saat-saat gembiranya setiap hari. Kenal pasti aktiviti yang diminatinya. Sekiranya dia gemar melakukan uji kaji sains contohnya, belilah barang-barang yang diperlukan agar dia boleh melakukan uji kaji itu sendiri. Secara amnya, anak lelaki gemar melakukan aktiviti-aktiviti yang menggunakan tangan. Mereka suka membina dan memotong bahan-bahan dan melihat sendiri hasil kerja tangan mereka terbentuk. Paling penting, lakukanlah aktiviti-aktiviti ini bersamanya.
Anak Lelaki dan Minat Membaca
Yang dimaksudkan dengan 'membaca' ialah: Memupuk tabiat suka membaca selain daripada buku sekolah. Ini kerana, apa yang ditemui dalam buku-buku sekolah amat terhad dari segi kandungannya.
Beberapa idea yang boleh dilakukan untuk menggalakkan anak lelaki membaca:
• Wujudkan suasana rumah yang mesra pembaca.
Sediakan ruang membaca. Letakkan lebih banyak rak buku dan majalah di rumah. Pergilah membeli-belah buku bersama-sama dengan anak lelaki anda. Pekalah dengan pesta-pesta buku.Perkenalkan dia kepada apa jua buku-buku yang terdapat di luar sana, sesuai dengan umurnya.
• Membaca di hadapannya.
Anak lelaki perlu melihat ibu bapa mereka juga membaca. Ceritakan apa yang menarik di dalam buku atau majalah yang dibaca.
• Bacakan buku untuknya.
Setiap hari, luangkan masa untuk membaca buku kepada anak anda. Minta dia pilih buku ceritanya sendiri. Sesetengah ibu bapa suka membaca untuk anak kecil tetapi berhenti berbuat demikian apabila anak tersebut melangkah ke alam persekolahan. Alasan yang diberikan ialah kerana anak itu sudah pandai membaca sendiri. Sebenarnya saat-saat apabila seorang ibu atau bapa membacakan sesebuah buku cerita adalah sangat istimewa bagi seseorang anak itu. Bacalah dengan intonasi yang menarik, mengikut jalan cerita, bukan setakat untuk melepaskan batuk di tangga. Anak bongsu saya sudah berusia 12 tahun tetapi sehingga hari ini saya masih membaca novel kegemarannya untuknya apabila diminta!
• Jangan paksa anak lelaki membaca sesuatu yang tidak diminatinya. Seboleh-bolehnya, bantu anak lelaki untuk memilih sendiri buku-buku kegemarannya. Jadikan pengalaman membaca sesuatu yang menyeronokkan.
Anak Lelaki Dan Testosteron
Mengenai kecenderungan anak lelaki untuk bermain di luar: Anak lelaki mengalami kitaran testosteron yang boleh menyebabkan perubahan-perubahan ketara pada umur tertentu. Pada usia empat tahun, mereka aktif dan berkelakuan kebudak-budakan. Pada usia lebih kurang 13 tahun, mereka melalui pembesaran yang cepat dan adakalanya berasa sukar untuk menyesuaikan diri. Pada usia 14 tahun, mereka akan mula mencuba perkara-perkara baru dan melangkah ke alam kedewasaan. Setiap anak lelaki unik, tetapi testosteron lah yang bertanggungjawab di atas pembesaran mereka dan membuatkan mereka aktif. Testosteron ialah hormon yang memberikan seseorang anak lelaki ledakan tenaga yang tinggi dan membuatkan dia terangsang untuk aktif bermain di luar. Ini suatu perkembangan yang sihat dan perlu difahami dan disokong oleh setiap ibu bapa.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Phrases Of The Day 11:56 AM

Aku taip blog dlm keadaan kekenyangan yg amatttt...hehehe..sejak balik BTN nih perut aku mmg x makan saman la..mentang2 kat sana dah sedap mkn 6 kali sehari..bila balik asyik lapoooo je. Pagi tadi aku dah bekpes makan roti bom, pastu naik tingkat 3 nih ade plk staff buat makan2..maka aku pun "termakan" lagik mee sepinggan. OMG!!! ape dah jadik ngan diet aku nih??

Tadi aku terjumpa phrases yg buat aku tersentak...nak tau ape dia?

"don't try to understand everything because sometimes it is not meant to be understood but rather to be accepted.."

Walaupun phrase nih simple tapi memang "dalam" la maksud dia..Buat apa pening2 kepala nak pikir kalau kita sendiri takde jawapan nye. Lagi banyak kita pikir lagi lead kepada benda2 tak best. Hidup ni sekali je..bak kata org putih "live life to the fullest". So lebih baik pikirkan benda yg best2 dari pikir benda tong sampah. So, aku nak try la (try okehhh) terima hakikat. And try to follow next phrase:

"Sometimes, being quite is the best weapon you have"

Phrase nih mmg senang sikit la nak buat compared to the first one. Bila kita dah belajar menerima hakikat, so automatic kita akan malas nak cakap pape lagik pasal that things. Baik buat tak tau and keep quite.. tapi kalau aku dah mula senyap dan buat tak tau maknanya perkara tu mmg aku dah buang terus dari list idup aku. in the other words, aku dah tak pedulik. Okeh gak tuh dari sakit kepala, sakit dada..Bila makin banyak yg dicakap makin sakit rasa ati kan..Takpelah, bila kena macamni, at least bertambahla pengalaman idup..Mcm phrase ni cakap....

"in school you're taught a lesson, then given a test. But in life, you're given a test that teaches you a lesson"

Pengalaman idup mmg "guru" yang paling hebat. Kita di duga sehebat2nye untuk sebuah pengalaman. Selama aku idup nih mmg banyak gak la pengalaman ngan BACK STABBER, PENIPU, mcm2 la jenis manusia (manusia ke ni?) yg aku dh jumpa. Mmg sgt2 kecewa bila ditipu, ditikam belakang banyak2 kali..tapi nak wat mcmana kan..tu sume perancangan Tuhan utk bagi kita sebuah pengalaman.. Banyak kali jgk aku tersungkur, menangis bila rasa tak blh harung dugaan tuh..but i managed to went through it dgn sokongan keluarga dan kawan2..It leads to the next phrase:

"When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile"

Betul kan? Its not the end of the world.. Banyak lagik bnd2 happy around us yg buleh buat kita tersenyum. Biarlah org nak buat apapun, as long as kita tak de buat salah kat org (rasanye laaa....hehehehe). Mmg sedih, mmg rasa nak nangis...tapi life goes on, so....SMILEEEEEE....Lastly.....jeng jeng jeng...

 "Don't worry about people in your past,
there is a reason they didn't make it to your future."

The best phrase ever!!! Betul la tuh..watpe nak pening2 pikir..adela sbb nape dia taknak ada dlm future kita kan? So please make your own way to wherever you want..




 

The Sinful Act Of Mankind 12:46 PM


Mcm nak menitik air mata bila tgk gambar baby dlm paper yg kena buang kat tong sampah Hospital Melaka tu. Ya ALLAH, kenapalah ramai sangat manusia berhati binatang sekarang?? binatang lagi baik la...tau dia sayang anak dia..Mcm dah jadi trend plk skarang, hari2 mesti ada kes buang baby, kenapa manusia2 ni??dia tak rasa pape ke buang baby tu mcmtu je? Masa pregnent 9 bulan tu takde rasa sayang sikitpun ke kat baby tu ek? Ape perasaan diorg bila nak tinggalkan baby tu, tak terpikir ke baby tu sejuk ke, lapar ke..kena gigit nyamuk ke? dahlah anak terbuang tu darah daging sendiri..dahlah sakit masa melahirkan..tergamaknya diorang..!!!sedangkan haiwan pun tau jga anak inikan manusia..mna pegi iman diorang…ni msti kes ponteng kelas tme subjek agama nii…!!! ingat baby tu juga ada juga ada nyawa….bila ibubapa dah mati esok doa anak jd benteng kita...

dunia ni dah hampir dgn kiamat agaknya…. Anak-anak luar nikah memang tidak bersalah tapi tuan tanah ada terbaca, anak2 ini akan cuma berada di luar pintu atau pinggir syurga sahaja. kerana tiada nasab. wallahua’lam. mereka akan menghantui hidup ibubapa (penzina) sehingga tidak akan mati dgn aman. tapi Allah maha pengampun dan penyayang, pohonlah ampun (taubat nasuha) terhadap dosa (buang bayi) yang lepas dan pasrahlah dan bina hidup baru. setiap manusia adalah lemah dan yang paling hina bilamana mengulangi dosa. setiap manusia ada dosa tp bila dah bertaubat nasuha, dia akan kembali tenang dan suci seperti anak kecil. Masa zaman nabi ramai pahlawan dan khalifah yang sbelum memeluk islam melakukan pembunuhan kanak2 perempuan (ditanam hidup2) sbb pada mereka anak perempuan ni bawak bala..namun mereka bertaubat dan jadilah mereka sahabat nabi s.a.w yang akan mengikut baginda masuk ke syurga. dgn syarat bertaubat nasuha dan buat amal kebaikan yang tiada henti2 untuk menimbal balik kesalahan yang telah dilakukan. kecualilah dosa syirik kpada Allah, Allah tidak akan ampunkan . tetapi itu wallahualam. itu semua kerja Allah. luar pengetahuan seorang manusia yang jahil lagi sempit akalnya macam tuan tanah ni.

penzina moden di malaysia tidak takut dgn azab akhirat sbb hukuman di dunia terlalu ringan buat mereka…..
.mmg patutpun Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.jgn salahkan gadis saja yang terlibat juga lelaki yang x bermaruah..dan berlepas tangan..yang mengusung perut pompuan, yang tanggung malu pompuan gak. Yg lelaki cabut lari camtu je.sanggup membunuh anugerah yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka..mereka sesungguhnya orang yang dipilih untuk menjaga nikmat yang dikurniakanNya iaitu bayi yang tidak berdosa walau sedikit pun..walaupun tuan tanah tak pasti sama ada betul atau tidak fakta ini tapi orang-orang tua selalu berkata, setiap kali bayi tersebut minum susu badan ibu,dosa yang dilakukan oleh ibu akan dihapuskan sedikit demi sedikit..kalau apa yang dikatakan oleh mereka benar,maka mereka telah melakukan kesilapan besar..

Kadang2 diorg yang dah terlanjur ni takde tempat nak mengadu, lebih tepat lagik takut nak cerita kat org bahawase nye dia telah mengandung..maka diambilnye langkah paling senang iaitu buat tak tau dan berdiam diri...sampai kandungan dah takleh sorok barulah gelabah. jalan paling mudah, gugurkan atau BUANG JE DLM LONGKANG..hampeshhhh!!!mmglah keluarga tu akan marah, tapi takkan la diorg sampai nak bunuh ko, negara ni ada undang2..setakat pelempang 2-3 das tu tahan jela..mmg ko yg order..



Minta jauhkanla perkara2 macamni terhadap keluarga kita...nauzubillah minzalik...kepada yang mengandung luar nikah , bakal & terniat nak nak buang @bunuh ank anda,anda fikir dulu,klu ank itu dipelihara dgn baik anda yg untung masa depan nnt,tidak pun beri lah ank2 tu kepada yg memerlukan.Terlalu ramai yang inginkan anak angkat…semua benda boleh berbincang.kepada ibu bapa jagan terus-terusan memarahi ank krn p’kara itu sudah t’jd,terimalah mereka & ank yg mereka kandungi dengan hati yg reda’… Allah s.w.t akan membalas perbuatan baik buruk anda…
amin… :-) 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...