Home » » Jangan Hilang Kawalan Diri Jangan Hilang Kawalan Diri 12:48 PM

Bila ustaz hilang kawalan.. pukul murid sampai mati. Bila pemandu hilang kawalan.. maka berlaku la kemalangan. Bila mak bapak hilang kawalan.. pukul anak sampai mendatangkan kecederaan. Bila politik hilang kawalan.. Timbul macam - macam isu yang memalukan. Bila manusia hilang kawalan maka itulah terjadi.

Bila hilang kawalan & jadi sesuatu yang buruk.. kesal & maaf adakala tidak dapat mengubah apa - apa lagi. Setiap hari kita membaca dalam akhbar atau menonton berita di TV tentang kejadian yang berpunca dari manusia yang hilang kawalan ni. Semakin hari semakin tak terkawal kes - kes yang berkaitan dengan hilang kawalan. Bila hilang kawalan dunia semakin tidak aman. Dalam rumah sendiri rasa tidak selamat lagi. Jadi kat mana kita nak pergi?

Bila terlalu banyak membaca atau melihat kes - kes yang berpunca dari hilang kawalan buat aku jadik takut pulak. Terasa fobia jer berada kat mana - mana sebab kita tahu dunia ni bukan tempat yang selamat lagi. Tapi kalau tak tinggal kat bumi takkan nak pindah ke planet pulak kan?? So, kita semakin tiada pilihan terpaksa juga menghadapi risiko untuk terus hidup selagi hidup. Punca hilang kawalan diri adalah dari sikap kurang sabar. Tak di nafikan itulah kelemahan manusia.

Tersentuh hati aku bila baca kat paper kisah murid tahfiz 7 tahun yang meninggal dunia di belasah ustaz kerana di tuduh mencuri wang sebanyak RM7. Berbaloi ke semua ni berlaku? Berbaloi ke kanak - kanak itu meninggal hanya kerana tuduhan yang belum pasti benarnya? Berbaloi ke ustaz itu berdepan dengan hukuman maut hanya kerana inginkan pengakuan dari seorang kanak - kanak tentang tuduhan mencuri wang RM7 tu? Jika dari awal ustaz itu berfikir semua ni.. Pasti tindakkannya terkawal. Memang ajal & maut di tangan Tuhan.. Tapi kes ni memperlihatkan kepada kita seorang yang berpendidikan tinggi dalam Agama pun masih belum mampu mengawal amarah. Masih terlalu sedikit sikap sabar dalam dirinya walau di bibirnya selalu mengucap kalimah Allah. Apatah lagi kita yang masih merangkak dalam mempelajari ilmu Agama ni.



Kisah Gadis yang cuba membunuh diri di KB mall tidak lama dulu juga berpunca dari hilang kawalan. Khabarnya Gadis tu dah meninggal dunia akibat meminum cecair clorox di tandas hospital. Menurut apa yang aku baca gadis itu di katakan terlanjur & sedang mengandung. Sang Lelaki tidak mahu bertanggungjawab membuatkan si gadis mengambil keputusan membunuh diri. Tak tahu sejauh mana kebenaran kisah tapi tetap puncanya dari hilangnya kawalan diri.


Moga kisah - kisah ini menjadi iktibar kepada kita semua. Setiap perbuatan yang ingin kita lakukan.. Cubalah sejenak berfikir agar tidak tersasar dari akal yang waras. Moga kita semua di lindungi dari perkara - perkara yang buruk.

P/s : Dan bila seorang cikgu juga hilang kawalan dalam mencari hiburan maka jadi la macam ni.. kekekekekeke

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...