Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuknya 8:20 PM

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? 


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Renuangan.. 11:46 AM

Pernikahan atau perkahwinan

menyingkap tabir rahsia

 Isteri yang kamu nikahi

tidaklah semulia Khadijah

tidaklah setaqwa Aisyah

pun tidak setabah Fatimah

 

Justru isterimu hanyalah wanita akhir zaman

yang punya cita cita

menjadi solehah...

 Pernikahan atau perkahwinan

mengajar kita kewajiban bersama

isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya

isteri ladang tanaman kamu pemagarnya

isteri kiasan ternakan kamu gembalanya

isteri adalah murid kamu mursyidnya

isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya

 

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya

seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya

seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..

 

Pernikahan atau perkahwinan

menginsyafkan kita perlunya iman dan taqwa

 

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.

karena memiliki isteri yang tak sehebat mana

justru kamu akan tersentak dari alpa

kamu bukanlah Rasulullah saw.

pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah

cuma suami akhir zaman

yang berusaha menjadi soleh...

 

amin...

 

sumber : Email

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Mimpi vs realiti 7:38 PM

Askm..ape kabar sume..sgt2 lama aku xjengah belog kesayangan aku ni..bukan sibuk sgt..ala takat mana la bz nye smp xleh nak update belog kan?hehe..tp kalo aku lama x hapdet ade ke yg perasan..kahkahkah!!

Masa aku buat entry ni aku baru balik mandi laut + mandi kolam,tgh golek2 atas katil..ekceli aku ade induksi kat pd seminggu.biasela makcik gomen.doakan aku cepat kompom ek geng. Hmm..sepanjang aku menyepi ni terlalu banyak yg dh berlaku dlm idup aku.antara yg paling meninggalkan impak adela pemergian sahabat yg paling aku sayang..zuran.ehhhh jgn pikir yg bukan2 okeh..dia pindah jabatan la.aku still adjusting dgn keadaan tanpa dia disisi aku.selama ni dialah tempat aku berkongsi suka duka.she's the best keeper to all my secrets.walaupun aku kenal dia baru setahun tp kami betul2 rapat.aku syg dia mcm adik aku sendiri.takpe la,things happen for a reason.aku tumpang happy tgk dia gembira kat tempat baru.
Perjalanan hidup aku agak kucar kacir lately.kak ana mintak nak balik indon.serabut kepala aku.bukan apa,aku takut dia x balik sini dah lps tu.mana aku nak carik ganti.ni dia nak balik ni kalo masuk balik pun mau sebulan.sapa nak jaga baby,kemas umah.lg pun baby sgt attach dgn dia,dia jg baby since baby 2 bulan.aku still carik solution until today.mebi aku hired daily helpers kot.bobot pun ade sementara ni blh tgk2 baby sama.
Aku mmg sdg berhadapan dgn satu persoalan yg sgt2 susah aku nak citer kat sesiapa.aku rasa release gak gi PD ni sbnrnya..mandi laut td rasa lepas sikit tension aku.aku penat beb..sgt penat dgn masalah yg xputus2 dtg dlm idop nih.jeles lak ghasenye nengok org sume happy je..xpelah..aku yakin pada satu perkara: tak ada yg kekal dlm dunia ni termasuklah MASALAH..
Tadi ade masa dlm sejam sblm riadah petang, aku ambik masa baring2 jap..last2 terlelap (alasan..hehehe)..walaupun kejap sempat pulak tu aku mimpi...agaknya aku telampau memikir psl masalah aku kot. aku mimpi org yg paling ambik berat atas diri aku dulu, tak pernah biar aku susah sorang2 kat KL masa aku masih mentah dgn tendang terajang kehidupan diperantauan. aku tetiba jadi rindu, aku pernah cuba carik dia, tapi tak jumpa. tak pe la jmp dlm mimpi pun cukup lah sekadar hilangkan rindu. dekat 6 tahun aku tak jmp dia, entah apa kabarnya dia, aku doakan dia sihat dan bahagia selalu.
Tak payah la korg pening2 nak pikir aku cakap pasal sapa and tak perlu nak speku yg bukan2 okeh, tapi aku mmg harap dpt jmp dia walaupun kejap. aku rindukan rasa disayangi sebagaimana dia menyayangi aku....aku rindu kata2 nasihat dari dia. dialah KAK MEL...my ex roommate masa aku bujang dulu. i stayed with her for 4 years.terlalu banyak suka duka yg kami kongsi bersama..semoga tuhan menemukan aku dengan dia especially skrg...disaat aku memerlukan sokongan dari jatuh..aku tak tahu smp bila aku boleh bertahan sblm aku tersungkur. semoga tuhan tunjukkan jalan..amin...







Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...