Erti Bahagia.. 6:55 AM

A Colorful Cartoon of a Family Standing In Front of a New Home - Royalty Free Clipart Picture




Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukan "benda" yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin "diberikan" akan bertambah terangnya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam... tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.Ingatlah bahawa yang paling berharga di dalam rumah kita bukannya perabot, bukan peralatan eletronik, komputer ataupun barang-barang antik yang lain. Yang paling berharga ialah manusianya – isteri atau suami kita itu. Itulah" modal insan" yang sewajarnya lebih kita hargai daripada segala-galanya. Tetapi benarkah kita telah menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang berharga di rumah kita?
Sayang sekali, lain yang difikirkan lain pula yang dirasa. Cuba renanungkan, berapa ramai para suami yang lebih prihatin tentang perasaan isteri berbanding 'keadaan' keretanya. Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran. "Batuk" kereta yang sedikit cepat-cepat dihantar ke "workshop" untuk diselenggarakan.
Itu belum dikira lagi kaki pancing yang setiap hujung minggu berkepit dengan joran dan umpan tetapi membiarkan anak-anak dan isteri kesepian di rumah. Atau para isteri yang leka dengan aorkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya.
Bila kereta 'aneh' sedikit bunyinya, cepat-cepat diusung ke workshop, dibetulkan enjin, ditunekan semula bunyinya. Tetapi isteri yang batuk-batuk, lenguh dan sembab dibiarkan... alasannya, itu memang adat, badan dah tua. Itu belum dikira yang 'workoholic' – bekerja siang, malam, tak kenal cuti dan rehat... Bila ditanya mengapa begitu sibok? Dia menjawab, demi isteri. Padahal, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri. Aneh juga, ada yang mencari duit sampai tidak sempat menikmati duit. Bila duit sudah terkumpul, kesihatan sudah tergadai, rumah tangga sudah berkecai, isteri telah terabai.
Sesetengah bertanya? Bagaimana kita boleh mengharagai pasangan kita. Insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan. Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan dengan memandangnya dengan pandangan kasih... mungkin wajah isteri kita sudah kedut, tetapi rasakanlah mungkin separuh "kedutan" itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita. Mungkin uban telah penuh di kepala suami kita, tetapi uban itu "mercu tanda" pengorbanannya membina rumah tangga dan keluarga kita.
Itulah pandangan mata hati namanya. Kalau dulu semasa awal bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini setelah lama bersama, pandangan kita mesti lebih murni. Tidak dari mata turun ke hati lagi, tetapi sudah dari hati "turun" ke mata. Yang kita lihat bukan "body" tetapi budi. Yang kita pandang bukan urat, tulang dan daging lagi... tetapi suatu yang murni dan hakiki – kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaan – dalam jiwanya yang melakarkan sejarah kehidupan berumah tangga bersama kita!
Daripada pandangan mata hati itulah lahirlah sikap dan tindakan. Love is verb – cinta itu tindakan. Kata penyair bila sudah cinta, ingin dipintal awan-gemawan untuk dijadikan kerosang di dada isteri, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya, mentari sebagai sinar dalam duka dan nestanya... Ah, kita tidak payah mengajar cara apabila sudah cinta. Kerana dalam cinta itu sudah menyala kemahuan.
Mungkin sikaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai siisteri. Atau petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama sang "permaisuri". Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri tentunya lebih bahagia dan dihargai oleh seorang jutawan yang disambut di muka pintu villanya tetapi hanya oleh seorang "orang gaji". Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!
Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata. Begitu selalu pesan cerdikiawan dan pujangga. Malangnya, kita selalu lepas pandang. Sesuatu yang 'terlalu' dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. Isteri di depan mata, tidak dihargai. Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton TV daripada bercakap dengan isteri. Di sini apa kurangnya, tiga jam menonton TV bersama tanpa sepatahpun berbual. Suami dan isteri sibok melayani fikiran sendiri walaupun duduk hanya berselang beberapa inci.
Malah, bila berjauhan pun kekadang terlalu lokek bertanyakan berita. Jika duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan isteri. No news is a good news. Begitu selalunya, rasa di hati. Tetapi bila isteri atau suami diserang "sakit" – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu puaslah kita menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. Waktu itu barulah duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami kita yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara...
Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali. Yang hilang, mungkin tumbuh lagi... Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Apakah ibu-bapa yang 'hilang' akan berganti? Apakah anak, isteri, suami yang 'pergi'... akan pulang semula? Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak 'pulang' atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda 'pergi' atau dia yang 'pergi'. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!
(Forwarded email)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sepanjang Jalan Kenangan 1:46 AM

elo eberibodi..ceh tajuk takleh blah kan...hehehe..ekceli tu tema reunion skolah aku last saturday. Sampai sekarang terasa lagik kemeriahan nye..maklom la kannnn dah 15 years tak jmp..dulu besar jari kelingking skarang dah besar ibu jarik (termasuk la aku tu  T_T). tak kisahlah....janji dapat jumpa member2 lama..and yang paling best our freind ; Diosdados Rafols Jr. a.k.a. John (betoi ka aku eja nama kau nih john??? belasah laaaa) sanggup datang from Manila..walaupun ternyata dengan jelas tanpa dapat disangkal bahawasanya dia la yang paling banyak pedajal aku malam tuh tapi takpeeeee john...sebab kau jarang balik sini aku bagi can johnnnn...kot orang lain dah lama mandi sirap tau.hehehe...

Aku pegi dengan Irene and Ida..memula nak gi ngan pamily aku, kengkonon nak check in la kat sana..skali tgk memasing ada program..aku rasa mcm membazir plk nak check in just for a few hours kan. so after 4 years (esok wedding eniberseri aku ulosss) ni la pes taim aku "bujang"...ngehngehngeh...sudah lepas itu kandang la beb..hehehe..takpelah bukan tetiap ari ye dak..tak puas rasa menyembang ngan depa2 nih sume..klakar bila citer2 balik kenangan masa kat skolah dulu..ade yg kena pakai sluar terbalik la, ada yg kena campak beg dari tingkat 3 la, ada yg kena angkat sumpah takmo ponteng kelas agama la (errrr sape tu ek???), kena tangkap dating la..(duda2 chenta monyet aku ade gak mlm tuh..klakor la bila ingat balik...) tapi alhamdulillah yg dtg that nite boleh dikatakan berjaya dalam hidup..ade yg keje pegawai gomen, ade yg jadik kontraktor, ade yg engineer...wah, berkerjaya juge kengkawan aku nih (sok2 senang la aku nak mintak tolong..wakakkakaka!!!)

Walaupun tak la grand mana reunion kami, but I can say it was a successful event, organized by coperative council member (sori guys, tak dpt dtg awal that day, gue takde transport ler). at least dapat kumpulkan balik member2 lama, kena la dgn tema yang dipilih..sepanjang jalan kenangan...member2 yang tak pernah bertegur taim skolah dulu boleh sembang rancak plk mlm tu..yelah mebi taim skolah dulu malu2 vavi kan...hehehe..so, thumbs up to SMSA Council Member..

As for me, aku mmg sgt happy..lupa masalah sekejap..jumpa member2 lama..kutip balik setiap kenangan dulu..mmg aku sgt2 rindu masa skolah dulu. colourful, huha huha..kot ade masalah pun stakat masalah tak siap keje ghumah atau exam dh dekat but buku tak baca lagik (aku la tuh!). Ekceli taim skolah dulu aku ade satu klik (biaselah kata bebudak skolahhhhh...jgn la gelakkkkk). kemana2 berbondong2 la satu group..sampaikan buat projek lukisan pun buat kat umah aku, hangkut canting,lilin segala..hehehe..sgt best, mak siap masak..main je lebih taim tu sampai hangus lilin utk canting projek batik kitorg. ekceli xleh bawak balik projek tu..tapi dah kata enam jahanam kan....tak rock la dengar ckp cikgu..(sbb tu la ko lukisan dapat C6 je tau tak makcik oiii!!!)

Malam tu aku sampai rumah pkl 2 am (gilo apo???)..hehehe..kata numpang kete org, nasib baik ida sudi angkut aku, kot tak mmg selamat jalan je la reunion. ingat nak tumpang sohai; buleh lak keta dia langgar vavi, eh silap vavi langgar kete dia..hehehe..lepas antar john kat umah uncle dia, diorg antar aku balik umah..kalo ikot ati memang nak "belayar" trus, tapi memikirkan badan panas akibat makan kambing secara berlebihan (sapa suh diorg buat menu peberet aku tuh!!) maka aku pon mandilah dua tiga gayung buat amek syarat..pastu trus aku "hanyut" sampai ke pagi...

So, sile la layan gambar2 yang sempat aku cilok dari FB kengkawan yg bawak kamera mlm tuh..jengjengjeng....

Towel...door gift

Buku cenderahati (ade no tepon kengkawan lama nih)

kotak door gift

wan, irene, john,sape ntah, pezal

jejaka idaman malaya (uwekkkkk)

member2 yang hadir

tengkiu mr presiden, kasik i adiah..awwwww...hehehe

penyanyi jemputan yang tetiba dah ilang seblm makan

john..dah selamat touch down kat manila tghari tadi

becok aku mmg takleh ilang..adehhhh

mcmnih punye gambar pun ade ke???


CERIA!!!

memalu kununnnn

sibuk mengusha sape2 yg dtg..

sabar menunggu..saje amek meje sebelah buffet table.muahahaha

taim nih presiden tgh berucap...(boring ke makcik?hehehe)

nyummy!!!

jgn memain..sambal belacan, cencaluk pun ade tauuuu

sesi beramah mesra

labib jual minyak kat masyati

borak lagik dan lagik

.:

Cium Anak Dapat Pahala 11:39 AM




  • Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga.
  • Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
  • Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
  • Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang; dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah 
  • Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
  • Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
  • Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium".Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
  • Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
  • Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? "Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

PENYANGAK 4:27 PM






First of all, sorilah kalau kandungan belog kali ni penuh nista dan kejian. Harap maklum bahawa belog kali nih ditulis didalam darjah kemarahan yang meluap-luap. Hati aku mmg sangat panas dua tiga hari nih akibat wujudnya makluk mcmnih dlm donia nih..makluk yg bergelar PENYANGAK.

Pertama: golongan PENYANGAK yang tak reti BAYAR UTANG. can I put it as UTANG? Para mangkuk yang VONGOK nih telah mengarahkan KONTRAKTOR aka INCIK SUAMI utk RENOVATE umah dia..dari umah yg dulu buruk mcm umah antu (antu pun x hingin duduk) smp skrg dah ghupa muzium dah umah dia. Umah tu dah siap almost 2 years..but guess what? Dia still hold bayaran umah tu RM15000 atas alasan tak puas hati dgn condition umah dia. KEPALA BAPAK ko la tak puas ati!! ko siap dah buat HOUSE WARMING segala, ko kata tak puas hati, siap kenduri kendara 3-4 kali. Tak ke spesis NAJIS MUGHALAZAH tuh?? Aku mmg panas ati betul la. Benda2 dlm umah ko tuh mmg WEAR and TEAR la mangkok!!! mmg lama2 akan ada defect. Sampai bapa abad ko nak hold duit tu? Sampai ko MAMPOS ke??Mmg masa awal2 incik suami ambik job ni pun, si penyangak ni perangai mcm lahanat. "Kalo nak bincang, sila bincang ngan bini aku, aku sibuk takde masa nak jmp ko". pastu sukati mak bapak dia je nak potong quotation sana sini sesedap rasa dia. Barang beli nak yg mahal2 je install kat umah dia..sampai ada satu time tuh dia beli batu ape ntah kat fountain (ye, umah dia ada fountain..umah ala2 bali la kata kan...) , dia suh incik suami bahagi dua bayar ngan dia. WTF?? umah aku ke yg pasang benda tu? mmg celaka bangsat la weh perangai ko org tua!! Sehingga belong makian ni ditulis, dia still BERHUTANG RM15K dengan aku dan anak aku. Even laki aku yg buat keje umah ko, itu rezeki anak bini dia tau tak bodoh???

Another PENYANGAK: Nak KONTRAKTOR aka INCIK SUAMI renovate umah. pastu fussy nak mampos. itu takleh, ini takleh..sampah sepicing pun suh kemas balik. buat keje kayu jgn dlm umah. mmg diva nak mapos la cara MAKCIKs aka NENEKs (ada plural sebab ramaiiiii yg spesis nih). Pastu bila umah dah handover, kuar la dialog bangsat mcm ni: "akak nak pakai duit la bulan nih, bulan depan la akak bayar ye?" bila tiba bulan depan " akak banyak pakai duit ni, anak masuk skolah, nanti balance akak bayar bulan depan ye". Oit makcik, ko sorg je ke nak pakai duit? Org lain nih bayar bil, beli makan, bayar gaji pekerja semua bayar pakai daun kayu ke hah?? ko dah tau kemampuan ko takat mana yg ko gatal nak renovate umah jadik istana sapa suruh? Out of 10 customers, 8 org perangai mcmni. mmg dasar PENYANGAK!!

Last PENYANGAK iaitu BAPAK KEPADA SEGALA PENYANGAK. Beliau lebih dikenali sebagai PEMBELIT. Bak kata org kalo jumpa ular ngan dia, sila pukul dia dulu. kot tak mampos ko kena belit ngan dia. Spesis nih mmg GELAP MATA kot nampak duit. apa je yg boleh bg duit kat dia cepat je dia terkam. yes, benda tu bagus kalau betul cara nye. Tapi bila opportunity tu ko ambik secara bangsat a.k.a MENIPU, ape pekdahnye?? Selagi boleh PUSING duit tu ko PUSING kan??? adik beradik ko sendiri pun ko buleh tipu kan? ko xde perasaan ke ha? Buat pengetahuan ko, aku mmg tak pernah PERCAYA kat ko, sbb tu aku tak pernah hingin nak pegi melawat ko kat sinun. Setiap apa yg ko cakap tu mesti ada unsur penipuan. INCIK SUAMI boleh la ko kelentong sbb org tua tu mmg jenis tak reti nak berperasangka buruk ngan org. But not me brother! Aku mmg terkejut laki aku masih percayakan ko after what you did to him last time. Takpe, aku ada bukti SMS yg mengatakan "BENDA" tu xpernah ko settlekan. yela, resit pun xde. Apa bukti yang ko bayar? Patutlah hidup ko tak pernah senang, makan duit HARAM! ko dah makan duit HARAM tu satu hal la. ANAK BINI ko bagi duit haram jgk? ko tak takut ke esok2 anak ko jadik perangai apa? Bukan aku sorg ko TIPU, ramai lagik la. sume org tu mengadu kat INCIK SUAMI tapi apa dia boleh buat? ko kan TAIKO Besar? Blah la woi. Aku takut satu hari ko jmp BUKU ngan RUAS. Silap TIPU, TERTIPU kepala PENYANGAK. BAru ko tau, silap2 kna kerat 18..

Incik suami selalu marah aku, dia kata jangan masuk campur hal keje dia, but I think I have right to say all this thing. sbb aku BINI dia. yang SUSAH PAYAH dengan dia. Yang SELALU KENA TINGGAL bila dia bz nak siapkan umah customer. Is it fair to me and my daughter bila org buat macamni? Sampai umah yang aku beli since last year tak siap2 renovate dek kerana hal2 mcmni? Kete GEN2 aku asyik rosak tapi nak tolak kena hold dulu sebab PENYANGAK nih sume tak bayar UTANG. Adil ke? Aku mungkin bukan BUSINESS MINDED even aku amek major in Marketing kat uni dulu, tapi benda simple mcmni budak tingkatan 1 pun tau beb. After we render our service, you must pay for it. okeh fine, ko nak hold retention money. takkan sampai half dari total? guna otak la..Aku rasa after this kompeni laki aku nih perlu praktikkan cara kontraktor Cina. Abis keje, ko bayar. tak puas hati pape, or nak touch up pae, kita dtg. Oi dah cukup baik tau pekerja laki aku dtg umah ko tapi tak mintak duit. Kengkadang sakit ati dowh, setakat kepala paip tercabut pun nak panggil laki aku..tu terjadi after 3 years handover umah. BANGSAT tak? laki ko kat umah tu CACAT ke sampai nak tukar kepala paip pun tak reti? 

KEPADA PARA PENYANGAK: AKU TAKKAN HALALKAN SETIAP SEN YG KORG "CURIK" DARI KELUARGA AKU. SILALAH MAKAN DUIT HARAM. HARAP MAKLOM!

Kasih Seorang Ayah 11:19 PM

Sekadar berkongsi..artikel ni berjaya buat aku jadik pelakon air mata mlm2 buta nih..I love you sooo much ayah..so here it goes...
Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya dikala melihat ayahnya mengusap wajahnya yang mulai berkerut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.
Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya: "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok?"
Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.
Si ayah menjawab: "Sebab ayah seorang lelaki."
Anak perempuan itu berkata sendirian: "Saya tidak mengerti." disulami dengan kerutan di kening kerana jawapan ayahnya membuatnya dirinya kebingungan.
Ayah hanya tersenyum. Dibelainya rambut anaknya itu lalu menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan: "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."
Demikian bisik si ayah, menambahkan kebingungan di hati si anak.
Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?"
Lantas Ibunya menjawab: "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga memang akan kelihatan demikian."
Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya kian membongkok?
Sehinggalah pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam mimpi itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali.
Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.
"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."
"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."
"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".
"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."
"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya."
"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun selalu anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."
"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."
"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."
"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."
"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."
Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh.
Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.
"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."
Oleh itu jika ayah kita masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah kita telah tiada, jangan putuskan tali silaturahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin.
- Artikel iluvislam.com

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Makhluk Paling Kelakar 1:24 AM

 

gambar hiasan



Salam tengah malam (buleh ke greet camni? blasahhh)...aku sebenanya memang malas nak update belog arini..agak penat disitu...hehehe..ingat nak berbaring-baring je malam nih. petang tadi niat nak tido tak kesampaian sebab baby kejutkan..dia nak beli kasut jogging..pastu terus gi spital melawat mak amir..masuk spital sbb heart problem...not really a heart attack, tp tirod dia tu affect kat jantung. tadi masa kitorg datang nampak mak dia ok sikit..semalam kena pakai oksigen..hopefully mak amir cepat sembuh...aminnnn.

Okeh,ekceli yang buat tangan aku gatal nak hapdet belog nih sbb "seorg umat" nih..lawak dowh dia nih. Ade ke dah pinjam duit orang pastu bila kita update status sendirik perasan yang kita mintak duit kita kat dia. tulah manusia nih kan. takut dengan bayang-bayang sendirik. aku update status secara umum..ye la sapa yg tak berhutang kan? aku nih pun bape banyak utang kat bank? utang loan kete, utang loan umah,utang credit card segala..yang ko perasan tu pehal??tapi elok gak la ko perasan tu..maknaya niat nak bayo tu ade la kan? yang tak sedap tu siap counter attack koooo...kira dah cukup grand kot dapat cakap omputih, cakap france, cakap spanyol segala...cakap zimbabwe taknak terai ke beb? by the way, ur english is sooooo high class sampai aku payah nak paham..so maap la ye kalo aku lambat sikit pick up..aku kan bodoh, pastu GEMUK, pastu easy to feel (easy to feel???ayat hape tuh????? oooo agaknye ko nak cakap cepat terasa kottt??).

Okeh..pade manusia tu..memandangkan ko perasan sendiri aku mintang UTANG kat ko...elok la tuh..sila la bayar ye.aku maleh la nak sebut2 pasal utang nih sume sebenarnye. kot aku nak mintak lama dh aku jumpa ko then tunjuk segala transfer statement tu...tapi laki aku pesan biarlah...tapi aku biar mcm2 pulak ko kata ye? kata aku plk punca segala masalah ko?pehal ko? gilo ko?ko sendiri yg carik pasal..aku pulak yg jd sasaran. elok2 aku nak halalkan sekarang aku nak setiap sen duit aku tu balik..so kali ni status ni mmg aku tujukan untuk ko :SILA BAYAR HUTANG ANDA

.: Berhati-hatilah dalam berutang, sesungguhnya berutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) pada siang hari (HR. Baihaqi) :.

Baby's First Football Training 11:22 AM

Selamat Pagi Chenta...hikhikhik (segmen gediks di pagi hari...) ..Alaaa bg can la aku melepaskan lelah..lelah??? hehehe..semlm aku telah "disenamkan" oleh baby kat padang Dataran Shah Alam 2. Semlm mmg sgt2 penat..okeh first thing first...semlm aku gerak dr opis 1 hour late sebab ujan lebat giler kat KL..incik suami ngan apis gerak dari Ampang pun dh pukul 5pm..KL-PJ tu standard la kok ujan panas renyai2 pun jem mengalahkan banjir besar. Ni kan pulak mmg ujan lebat..so aku pasrah je la menunggu..lagi sian kat apis yg kena drive dlm jem tu..seb baik ade BIJA yg setia menemani...hehehe...i lap u BIJA..gitu gini dlm pkl 7.30pm baru sampai umah T_T . Ijam pun ade kat umah..seronok betul semalam makan reramai..lauk simple je pun...tapi sebab makan reramai ngan penangan ikan pekasam peberet kami seklorga maka habis la nasik seperiuk...i loikeeee...lepas makan, aktivi menyembang bermula...ghupanye diorg para jejantanz nak pi training futsal mlm tu. Amir ajak baby..yg si kenit tu ape lagik terus bongkar baju carik jersi Arsenal dia lepas nampak "ia" dia pakai baju Arsenal..Aku maleh sebenornye..tapi xsampai ati nengok baby beria2 nak gi, maka aku korbankan slot TRILOGI CINTA aku ...huhuhu

Posing dulu...ARSENAL die hard fan...


Baby yang tak penah dapat pegi padang tu terus tak buang masa..terkedek2 berlari mencicit..pusing sana sini..pastu sibuk mengacau org passing bola..dia pun nak sepak gak bola tu..2-3 kali gak la jatuh, tapi biasa la, kot dah baby namanye musti la kaber macho..selmba je bangun, then larik balik..aku yg pitam mengejar dia. sampai skrg sengal2 lagik badan nih..mau terkejut lemak2 ternakan aku nih semalam..hehehe.. tapi mmg sangat seronok sekali sekala beriadah mcmni..semlm full korum lak tu..juz bobot dah balik lumut...kot tak..mmg 1 BIG HAPPY FAMILY OUTING la semlm..baby paling happy..dia mmg manja ngan pakcik2 dia tuh. Sekali sekali berkumpul camni mmg dia la yg jadik hero..Kitorg balik pkl 10.30pm lps sume dh pancit..aku rasa ijam sorg je kot tak pancit sbb dia training seminggu 3 kali utk Jabatan Peguam Negara tuh. Amir ngan Incik Suami haremmmmm...balik keje pun dah malam..lepas makan zzzzzzz...so lilitan perut pun makin besar la..wakakaka!!! apis tu pun buleh la tahan...ade gakla main futsal sekali sekala bila balik kg..diorg plan nak training seminggu 2 kali. Aku pun nak pollow la..bawak baby..walaupun penat, tapi BEST!!!! Ni antara gambo yg aku sempat snap..sowi kuali tak bape bagus..tempat tu terang ekseli tapi mamat2 nih goma main kat tempat yg kurang cahaya..low profile la kununnnnn agaknye...hehehe...so layannnnn

Tergolek kali pertama...hikhikhik




Pecut....
Baby nak bolaaaa!!!!


Baby sepak bola, "ia" tangkap tauuuu!!

Jap2...amek feel dulu...

Sepakkkkkk!!!!!

Sambung lari lagik

Nak buat kacau kat tempat org training

"Bagi la baby pulak cepak ball tu, ia nih kecoh laaaa"

Tak penat ke baby??muleh senyuk lagik nih....

Okeh ia, pass kat baby jgn bagi papa (papa baju putih tu)

Pakcik paih tak payahhhhh


So tu la aktivi kami semlm yg membuatkan aku terus "pengsan" sampai pagi...cuba tengok cara baby pecut dlm gambar tu...mmg tak terkejar dek hambe nih...hehehe

Imam Al-Ghazali berkata: "Anak adalah amanah atas ibu bapa, jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik dan maka menderitalah dia dan binasa."

I'm Back!!! 9:47 AM

Aluuuu...windunye kat belog picisan aku nih (aku sedar diri la takde sape nak menunggu aku hapdet belog T_T) so aku la perasan windu sensorg kat belog sendiri...boleh cenggitu? belasah la labu...hehehe...lama gak aku menghilang..bz uolls..buat esemen la...sakit la..mcm2...tapi mmg betul...aku bz lately..lama dah tak buat esemen, bila kena buat balik nih rasa sgt buduh giler...mcm2 yg aku dh luper. ye la tak bape tau aku meninggalkan area esemen nih sume..patutnye esemen ni dah lama siap dah..tapi sebab aku demam dekat 2 minggu aritu maka esemen aku pun bersawang sekali..takpe..aku berjaya siapkan last week..dh submit pun..

Lately aku mmg jarang sgt2 nengok tibi (kecuali setiap hari Ahad, Ismin gan Selasa...TRILOGI CINTA ofcos..hehehe). Time xsihat aritu sempat gaklah aku menebeng depan tibi nengok drama2 yg dah banyak kali berulang2 kat ASTRO tuh. Korg pecaya tak aku tak penah nengok pun citer Halimah Jongang tuh..aku tau citer tu dah banyak episod..dari hero pierre andre dah tukar pada Ako Mustapha lak.tapi aku mmg tak penah ada feel nak nengok citer tuh..bila tertengok, aku teringat yang aku pernah kena ceramah ngan aruah nenek   sebab mengejek budak yg datang belajar mengaji kat umah nenek aku tu dengan panggilan 'Minah Senget'. aku tak tahu korang pernah tonton ke tidak drama tu. lama dah dulu. masa zaman aku kecik-kecik. :)



Ini pendapat peribadi aku. tak ada kaitan dengan orang lain. aku rasa, dunia drama Malaysia dah semakin ketandusan idea. hinggakan terpaksa mengenengahkan tajuk-tajuk yang looser. siap dengan soundtrack yang ala-ala bangang. sampai budak-budak umur 6-7 tahun pon dah belajar mengejek.Nasib baik org2 kat umah aku tu mmg tak minat nengok citer nih..kot tak ape aku nak jawab bila baby mengikut lagu vongok yg jadik soundtrack drama tu? pastu ade plk citer Fatimah Juling. bagus sangat lah kan. lepas ni semua budak-budak akan gelak bila nampak orang juling. ketawa dan gelak sakan. hampeh betul. Sekarang muncul pulak lagi satu drama, Fatimah Juling. Aku tak pernah pulak dengar lagunya. Mungkin jalan cerita ke dua-dua drama ni menarik, aku tak tahu. Cuma aku rasa cara mempromosi rancangan dengan meletakkan kecacatan fizikal sebagai tajuk dan lagu tema itu tidak kena pada tempatnya. Walaupun kita ni sempurna di mata kasar, tapi aku pasti kita semua ada “kecacatan” lain. Tidak ada manusia yang sempurna.budak-budak belajar dengan cara paling cepat. melihat dan mendengar. terpulang pada kita untuk bentuk dan bendung. kalau kita sendiri orang dewasa pon syok dok menyanyi lagu Halimah Jongang, apa boleh buat kan?





Kalau zaman P Rammle memang ada ciri-ciri cerita macam ni, tetapi pengunaan perkataan jadi sindiran yang sopan contoh "Bujang Lapuk", ditujukan pada bujang terlajak. Tetapi P Ramlee tidak mengunakan perkataan Bujang Bodoh atau Tua.. "Dayang Senandung" ditujukan pada sesiapa yang gelap kulitnya..takde pulak dia letak title Dayang Legam ..best jugak citer tu sume..sampai skrg evergreen...boleh je? so,pokok pangkalnye mcamana cara perkataan tu diletakkan..dan mesej yg nak disampaikan..okeh la ntah pape yg aku repekkan nih..kang ade lak yg marah..hahahaha..lebiuuuuu

Talian Penting Dalam Hidup Kita 2:37 PM

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:
Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'. Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau.... 
Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah
sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."
Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat
respons seperti ini:
"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,
Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail, 
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & 
neraka,silahkan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"
Atau mungkin juga Anda mendengar ini :
Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok."
atau...
Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."
Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!
Anda  hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda.  Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk.  Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara  pribadi.
Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434
2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar   3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :
28443483
2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha 
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar 
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya 
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir
Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"
Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..
Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!
Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya
Sabda Rasulullah S.A..W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi
Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut"
7 Kalimah ALLAH:
1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut. 
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi
sesuatu tak disukai dan tak diingini. 
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan
menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang 
siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ....
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.
Sumber: Forwarded Email

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...