Home » » BILA BADAN LEMAU BILA BADAN LEMAU 3:44 PM

Adehhh rase mcm nak demam, badan mcm  "lemau" je..pehal lak nih..salah makan ke?hehehe..lebih makan laa tu..aku ni mmg suka mkn benda merapu2, tertuma yg berkait rapat dengan cheese (sile amek perhatian..hehehe, bday saye nnt beli kek cheese ye incik suami) padahal cheese tu kan menggemukkan..ahhhhh pedulikkkk!!!tapi lepas makan tu mg rasa agak menyesal lah jugak..al maklumlah aku ni kengkonon nak diet la sikit bile menegok pantulan imej kat cermin yg  kecik sikit je drp tong dram. yg sebenarnya jaga makan nih bukan utk kurus je, tapi more to jaga kesihatan gak, betul tak? (segment Kesihatan dan Anda kejap) ..yelah kalo sume nak balun ape cer??dah mcm perut stokin lak..selagi buleh telan main sumbaatttt je la. 

So oleh kerana kesedaran yg tinggi (sile muntah ye..) aku pun surf la carik info..ni antara yg aku jumpa..so jom share:

Asas perubatan ada dua, iaitu penjagaan diri dan rawatan.Penjagaan diri lebih baik daripada merawatnya. Allah s.w.t. melarang orang yang beriman daripada membinasakan dirinya (al-Baqarah:195),tidak kira sama ada pembinasaan itu melibatkan pemakanan yang memberi mudarat,yang terlarang, berlebihan dan sebagainya.Allah s.w.t. menyuruh setiap orang itu makan dan minum, tetapi melarang daripada mengambilnya berlebihan (al-Anam: 141). Seperti mana sabda Rasulullah s. a. w,maksudnya:

“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)


keperluan pada makanan itu ada tiga tahap; iaitu semata-mata untuk keperluan, mencukupi dan berlebihan. Rasulullah s.w.t. memberitahu bahawa makanan itu mencukupi dengan suapan kecil yang menguatkan tulang belakang, ataupun makan memenuhi satu pertiga daripada ruang perut, satu pertiga lain untuk air manakala yang bakinya untuk bernafas. Inilah kaedah utama yang paling memberi manfaat pada penjagaan badan, kerana perut itu tumpuan penyakit. 
Perut apabila penuh dengan makanan ruang minuman menjadi sempit. Apabila minuman itu berlebihan, ruang bagi bernafas menjadi sempit, menyebabkan seseorang itu sukar bernafas, penat dan terasa berat. Semuanya ini menyebabkan berlakunya kerosakan hati, pergerakan tubuh menjadi lembab dan malas untuk melakukan ketaatan dan membangkitkan nafsu syahwat.Kesihatan adalah nikmat yang besar yang sering terabai. Sebuah hadis daripadabn Abbas menyatakan tentang adanya seorang Arab yang bertanyakan Rasulullah s.a.w. apa yang perlu ia pohon setiap kali selepas sembahyang lima waktu.Baginda menjawab agar ia memohon kesihatan daripada AIlah. Lelaki tersebut merasa tidak puas hati dengan jawapan tadi. Setelah bertanya buat kali ketiga,baginda akhirnya menjawab agar ia memohon kesihatan di dunia dan akhirat.


 ooooo...itu macam kaaa..padanlah badan aku rase "lemau" semacam..sah2 la aku terlebih makan nih..hehehe..perut penuh sangat kot...so lps ni cube kurangkan makan sikit ye tuan tanah...





.:Pohonlah kepada Allah keyakinan dan kesihatan.Tidak ada yang lebih baik yang didatangkan kepada seorang selepas keyakinan itu selain kesihatan - Riwayat An-Nasaiy:.

2 comments:

BUNGA said...

salam ziarah.
nnti jgn makan terlebih2 lg yer :)

MaMa NaDHiRa said...

hehehe..thanks sudi jengah blog saya..insyallah cuba kurangkan makan..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...