Home » FAMILY » Ayah dan Ibu (caller ringtone aku bile mak ayah tepon) Ayah dan Ibu (caller ringtone aku bile mak ayah tepon) | 4:06 PM |
Filed under:
FAMILY
|
Aluuuu...arini aku sangat2 mengantuk akibat tak cukup tido.malam tadi baby bangun pukul 4am, nak nengok citer ABG MOK (read:The Incredible)..adus rabak dah rasa mata ni.hehehe..badan pun macam tak berapa sihat, rasa nak demam pulak.xpe, ko nak demam baik demam sekarang. next week ade induksi. tak rela aku dengar talk dlm keadaan demam.takpelah, dulu mak aku mcmnila agaknya kena jaga aku.tengah2 malam bangun melayan kerenah aku. mak aku citer dulu aku ni keje melalak je tengah2 malam (tapi ijam lagik teruk laaaa-aku biase2 je..hehehe).sian mak ayah aku. dh la time tu diorg keje shift. agaknya baru nak letak kepala aku dah start "sound check". keje tempat critical lak tu especially mak. mak keje kat ICU/CCU. boleh bayanglah dengan tak cukup tido, kena ngadap patient lagik.Masa aku ngan ijam kecik2 dulu arwah nenek yg jaga kitorg, pegi keje diorg antar umah nenek. balik keje kang ambik balik.takde la maid segala. sume mak buat sendiri dgn bantuan ayah. Kalau nengok gambar lama mak mmg kurus gila la.nasib baik aku ngan ijam beza 5 tahun..agaknya (aku lupa) time aku dapat adik tu aku dh pandai sikit kot, so taklah banyak ragam. Yang aku ingat, walau mcmana penat skalipun mak akan masak untuk kitorg. tak mainlah makan luar. Makan luar cuma kalau ada any celebration; macam kalau aku ngan ijam dapat result gempak ke..hehehe
Ayah aku ni plk mmg sentiasa aku jadikkan "penanda aras" masa aku blom kawin dulu.kengkonon nak carik suami macam ayah. bukan aku nak puji sbb ayah aku lah kan. tapi mmg ayah sentiasa bertolak ansur dlm mendidik anak2. aku ngan ijam dilayan macam kengkawan je..kitorg buleh melawak ngan ayah, dia nak anak2 hormati dia, bukan takut ngan dia. dah tu dia sentiasa utamakan keluarga. kalau dia penat mcmanapun dia tak pernah kata "TAK" kalau aku atau ijam mintak tolong antar kedai fotostat ke, beli barang ke.ayah selalu pesan kalau da masalah bincang dgn dia. kengkadang aku yg tak sanggup nak cakap ngan dia sbb aku tak nak dia risau. ayah ni satu pulak perangai dia yg tak berubah2 dari dulu; suka sangat pikir yg bukan2. masalah sikit dia pikir sampai mcm Malaysia ni dah nak isytihar darurat lak.(sekarang penyakit keturunan nih dah mula hinggap kat aku lak, harap maklum)
Sekarang mak ngan ayah dh tua..ayah dah 60 tahun, mak plk dh 55 tahun. Sekarang masa untuk diorg rehat, kalau boleh aku tak nak diorg risau fikirkan apa2 lagik. kalau boleh aku nak penuhkan setiap apa hajat diorg. aku nak diorg happy. sebab tu mcmana penat sekali pun aku tetap akan pastikan jumaat petang aku akan balik sban. aku sangat2 bersyukur sbb incik suami sangat memahami dan merestui hajat aku nak balik sban tetiap minggu.aku taknak diorg rasa susah lagik,kami dah pernah rasa situasi tu. sungguh tak best, org pandang sebelah mata je. alaa cakap pun tak guna, benda dah lepas,kan.yang penting sekarang aku dah semakin paham pengorbanan seorg ibu bila aku sendiri melalui situasi tu. aku harap aku dapat jaga baby mcmana mak jaga aku dulu. aku harap aku dapat bg kasih sayang kat dia mcmana yg mak bg pada aku..
0 comments:
Post a Comment