Home » » Tanya Sama Itu Hud-Hud !! Tanya Sama Itu Hud-Hud !! 10:46 AM

Aluuu bertemu lagik...[sile muntah ijo..] Aku sebenarnye tadi tgh survey2 lagu besh nak masukkan as my blog background music. Tetiba terjumpa lagu M.Nassir nih..dari SUMBER yang aku dapat gini la bunyiknya.....;

Walaupun lagu ni berentak  rancak, ia berjaya membuatkan aku mengalami goosebumps. Kenapa? Jom kita  tengok lirik lagu tersebut:


Tujuh puluh tiga pintu
        Tujuh puluh tiga jalan
             Yang sampai hanya satu jalan


Pernah dengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecahkepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yangterselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.

Ketahuilahbahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecahkepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umatIslam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluhdua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuksyurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Surah Abu Daud no 4429).

Maknanya,yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat.Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak? Hmm...



Beribu-ribu Margasatua
         Mencari raja si Muraq
         Yang sampai hanya tiga puluh


Rangkap ni diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ketahap tersebut sebab mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya,advencer burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebu tdalam mencari makna dan hakikat hidup. Untuk maklumat lanjut mengenai perjalanan tersebut, boleh klik sini

Ooh... Sang Algojo
     Ooh... nanti dulu

Algojoitu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara,beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalan kantugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?

Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
        Yang mana satu engkau pilih

Dua  rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kitaberfikir antara  melihat dari mata burung, with an open minddan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawahtempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau adacahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah denganakal dan iman yang dianugerahkan.


Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana  pula kau berdiri
Di sini


Mula-mula aku kurang faham dengan rangkap ni. Carik punya carik terjumpa satu blog. Penulis blog menyatakan bahawa,

"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah.Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai.Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yangterlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dankita berada DI SINI!"
 
Ada betulnya kata beliau. Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebutdiubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini,di dunia yang penuh kalut ini.


    Ooh... Sang Algojo  
 Ooh... nanti dulu 
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai


Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, barunak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Barunak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat tak?


Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari


Yang ni, kena baca Musyawarah Burung. Boleh baca di sini.Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini.Musykil lagi? hm..tanya sama itu Hud-hud!

* dengar lagu baru nak sedar..tapi sedar betul ke sedar taim nih je? adehhhh payah nak jawab nih...heehhe

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...