Home » » MANUSIA DAN FITNAH MANUSIA DAN FITNAH 4:08 PM

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Hmmm..kengkadang banyak pihak yang terbabit menyebar fitnah tu sebenarnya tak ada sebarang kepentingan berkaitan. Tapi, disebabkan amalan menyebar fitnah dah menjadi kebiasaan, banyak lah  yang dah jadikkan satu hobi pulak, kengkadang nampak mcm mendapat kepuasan daripada perbuatan tu. Fitnah ni biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan tu.Tapi baik ke kau??Layak ke kau mengata org tu?"kebolehan" kau menfitnah tu pun dah menunjukkan kau tu lebih hina tau tak??Kepuasan apa yang kau dapat dari aktiviti fitnah menfitnah ni?Pahala dah cukup banyak ke nak cover sume dosa2, sampai nak tambah lagik dosa kering?

Dosa membuat fitnah ni digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Jadik, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan tu. Maybe ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil.Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah ni samalah mcm api yang membakar ranting kering sebab benda2 mcm ni cepat merebak. Dosa menyebar fitnah boleh buat pahala terdahulu dihilangkan sampaikan penyebar fitnah jadi muflis kat akhirat nanti.Implikasi fitnah ni mmg teramat la besarnya pada org yg difitnah tu.Kengkadang boleh memusnahkan hidup dia, atau memutuskan silaturahim sesama keluarga ataupun kengkawan. Aku sendiri pernah "terserempak" beberapa kali ngan kaki2 fitnah ni sepanjang perjalan hidup aku, sampai aku sendiri pernah jadik mangsa fitnah. Tindakan aku senang, CANTAS terus. tak rugi tak berkawan ngan spesis nih. untung lagik ada sbb tak menambahkan dosa mengumpat.Senang je nak kenal spesis ni, depan org baik nye ya ampunnnnn, cuba belakang kau..haaa tu diaaa habis cerita dalam kain sume kuar. kalau betul xpe gak, habis sume cerita diolah sesedap rasa ikut acuan dia.Kalau depan org dialah manusia paling BAIK, lindungan kaabah lah senang cerita..tapi takpe TUHAN tu KAYA..satu hari org akan tau SIAPA dia.Bagi aku, aku cuma mampu berdoa agar aku dan keluarga aku dijauhan dari fitnah dunia dan akhirat..sesungguhnya aku dah PENAT!!




3 comments:

Anfi said...

hope Allah will forgive those tht like to make false stories of others...who r we?we r not angels but we do have feelings...patience~sabar..

Anonymous said...

testing ..testing...

MaMa NaDHiRa said...

yup..i agree with u...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...