Home » » Hospital Gomen vs Hospital Swasta Hospital Gomen vs Hospital Swasta 9:23 AM

Camne aku leh bukak topik nih? Sebenarnya adalah satu mamat ni telah "MENGUTUK" service Hospital Gomen yang dikatakanya "SANGAT LEMBAB". Wahai Incik Yg Bijaksana..ketahuilah bahawa sangatttttt ramaiiiii yg nak dapatkan rawatan kat sepital gomen yg mana hanye perlu bayar singgit je tuh..wat do u xpect, bro? kena ikut nombor la. dah ko dtg lambat, lambat la nama ko kena panggil. Cuma warga emas dan kanak2 yg diberi keistimewaan. Gheti baca tak? Aku mmg sakit ati la kalo org dok kutuk2 sepital gomen nih...one of the reason is both mak ayah aku keje spital gomen..ayah dh pencen pun dari spital gomen. Mak aku tuh keje sampai bengkak2 betis sbb berdiri terlalu lama nak serve pesakit. aku nampak mcmana mak aku dedicated and commited ngan tugas dia. Susah la nak pujuk dia amek cuti..sejak aku ada baby ni je dia ade amek cuti panjang sikit. Dulu2 masa aku kecik2 bape kali mak aku kena keje taim raye. ada org pikir sume tuh? tau nak komplen je!!! Bukan ko sorg je yg nak dilayan. Sila la paham. Kalo ko tak sanggup tunggu sile la pegi spital swasta ye. mmg kalo ko gi swata dia akan layan ko tip top. Everything cepat..tapi tunggu la smp ko dpt bil  nnt..takut kot sakit lain dtg nengok figure kat bil tuh. Pastu ko ingat Hospital Swasta nak ke amek kes2 kritikal? Kalo diorg rasa takleh buat, senang je..."refer kes ke Hospital Besar"..tengokk?? Busuk2 pun tolak ke Hospital Gomen gak.Sebab apa? Sebab Hospital Swasta tu tak nak rekod diorg busuk bila banyak berlaku kematian kat situ. Aku taknak la hipokrit sbb tu aku mengaku aku beranak mmg kat Hospital Swasta. Incik suami yg insisted nak aku beranak situ. One of the reason sbb Hospital tu dekat dengan umah aku.. 2 kali traffic light dah smp.. Senang aku nak buat follow up taim preggy dulu. Baby pun until now kalo ade pape mcm demam ke, ambek injeksen ke sume mmg aku buat kat spital tu. Tapi aku ngan incik suami TAK PENAH kecik2kan spital gomen okeh..Kalau ko berkemampuan utk mendapatkan rawatan dalam keadaan yang selesa, why not? tapi tak payah la nak rendah2 kan Hospital Gomen.. Cukup baik la Hospital Gomen kat negara kita nih kalau nak compare ngan kat India nun..[based on apa yg aku nengok dlm citer Hindustan laaa]

Sekarang nih pun Hospital Gomen dah tak mcm dulu..most of the Hospital dah naik taraf dah mcm Hospital Ampang, Putrajaya, Sungai Buloh. Pakar pun bagus2.. My personal opinion is kedua2 hospital baik gomen atau swasta tak patutla dibuat perbandingan, mana yg elok mana yg tak elok..tapi patut melengkapi satu sama lain. Mana2 yang hospital kerajaan kurang, misalnya mungkin orang ramai sangat sampai diagnos penyakit pun ada yang miss, mungkin boleh dapatkan second opinion dari hospital swasta. Pesakitnya tak seramai di hospital kerajaan, dan ada sesetengah hospital ‘outsource’ saje kerja2 lab kepada makmal luar, jadi mungkin lebih cepat dan tepat. Dari segi ekonomi, bagi yang berkemampuan, untuk sakit2 biasa eloklah ke swasta saja bagi mengelakkan terlalu ramai pesakit dihospital kerajaan. Tak bolehlah nak bandingkan RM1 dengan RM100, dah kalau semua orang nak kejar yang RM1, kalau ramai sangat orang, lama menunggu tahu pulak nak komplen. Biarlah yang mampu keluarkan RM100 untuk konsultansi dengan doktor, menggunakan kemampuannya untuk memberi laluan kepada yang cuma mampu bayar RM1 dihospital kerajaan.

Aku sebagai anak orang hospital gomen memang kagum dengan benda2 ala2 robotik di hospital kerajaan. Semuanya mahal2, aku ingat lagi harga satu mesin kat ICU/CCU tu mak aku kata beratus ribu sebiji. Teknologi dan ubatan dihospital kerajaan juga yang terkini dan dijaga rapi. Sebab tu, bagi penyakit2 kronik memang patutlah kalau dirujuk ke hospital kerajaan, kerana hospital swasta sama ada tidak ada kelengkapan, ataupun belanjanya terlalu mahal. Kalau dari segi sikap staff di kedua2 hospital pun, kita tak boleh nak tentukan perangai orang. Di mana2 ada je orang yang biadap (bersepah kottt), jadi tak boleh salahkan tempat kerja dia jugak.Ada org pikir tak mungkin staff hospital kerajaan tu kerjanya stress? maklumlah hari2 jumpa macam2 orang. Staff hospital swasta pun bukan tak ada yang tak tahu nak hormat orang. Tapi itu masalah peribadi mereka semua agaknya. Rasanya dah tak perlu nak berdebat tentang hospital mana lebih bagus, mana lebih kurang aje… bergantung kepada ekonomi kita nak bawa kita ke mana. Tak payah la nak kutuk mana2 hospital pun, siapa tahu satu hari kita pulak dimasukkan ke hospital yang kita kutuk tu, kalau dapat layanan teruk sendiri mau ingat la ye...


.: "Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sesuatu ubat bertepatan dengan penyakitnya maka dia akan  sembuh dengan seizin Allah `azza wajalla." (HR. Muslim):.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...