Terima Kasih Encik Kiyomi Kanazawa 5:11 PM




enibodi home??? hehehe..pekabar geng...?lama berkurun rasanye tak hapdet nih...naik bersawang dah belong kesayangan aku nih..arini baru rasa macam ade mood dan masa sikit nak hapdet. Lately aku sangat2 bz ngan idop aku yg tak la bape happening sgt nih. Tolong mak buat research..mmg sgt2 mencabar sbb ekceli ai taktau ape la yg ai research kan tu...hehehehe..full of medical term..but i managed to hand it over to mak within time given..setelah di evaluate dek supervisor mak, dia kata sgt bagus...wah2...korg buleh la paggey ai Dokter Emy pasni eh...hehehehe..nasib baik ok..sampai tak tido malam ai buat research tuh tau...bukan ape, aku kesian kat mak..manalah org tua tu gheti nak guna SPSS, dgn standard diviasion segala (yg aku nih reti sgt ke?hehehehe). aku rasa masa aku buat research BBA dulu pun taklah aku serajin nih..pakai siap je, anta.. sbb tu la agaknye aku disini, bukan didalam bilik kaca itu..(apekah???)

Selesai submit research mak, wiken kami gi ANCASA..saja bawak baby mandi kolam..anak dara aku nih tak minat mandi laut, air laut masin katanye...hehehe..so gi pantai untuk main pasir saje..aku pun dpt la release tension nengok laut..(sgt patheticla ko nih emy)..oleh sbb lepak sana without proper plan maka cuma aku, mak, ayah, baby, kak ana ngan incik suami je yg overnite kata ANCASA tu)..ina dtg gak lepak jap. dapatla mandi kolam seround ngan baby..(ina,sile jgn mandi laut..ingat tak kenangan kat Tiara aritu???hehehe)
 
Last week 4 hari aku kursus pulak kat INTAN..adehhh jenuh mencarik kat mana laaa INTAN Jln Elmu nih..  Kalau yg kat Bukit Kiara tu mmg dah penah la pegi masa amek exam ISACC last year..tp atas kecekapan amir, berjaya jgk aku smp before pkl 8am..smp kat INTAN sesat pulak carik bilik kuliah...hehehe..tapi overall sgt best kursus yg aku attend nih..dpt bertukar2 pengalaman ngan peserta2 lain..dapat kengkawan baru..ptg rabu tu bobot sampai..lama tak kuar berjimba ngan dia, so sbbaku cuti sbb bawak baby gi klinik..ptg tu gi klcc..tunaikan hajat dia nak makan lasagne (amir, please take note...heheeh)..aku pun tersambar henbeg kat Isetan (mmg SETAN Isetan nih,abis duit haku  T_T)..last week jumaat je la aku masuk keje..hehehe

Harini aku start balik edit2 research mak lps di approved oleh supervisor dia..ptg nih buleh la antar binding hard copy..hehehe..tgh2 update belog nih dtg la sorg guess..incik Kiyomo Kanazawa nama dia...from syarikat kontena hape ntah..tapi mmg pekat la slang jopon dia tuh..hait hait...haku takut gak memula sbb lidah dah berkarat lama tak cakap omputih..adehhh dh la sengsorg arinih kat kaji iklim nih..ahhh belasah laaaa...janji aku paham dia cakap hape, dia paham aku cakap ape...kira okeh la tuh...hehehe..ekceli data yg dia nak tu takde sbb sensor tak leh baca data pada hari yg dia request tu..hasil penerangan aku yg sgt kelako paham gak mamat tuh..tetiba before balik dia datang depan aku, baca name tag aku...ahhhh sudahhhhhhh pehal plk mamat jopon nih..ghupanya nak tulis surat complimentary kat jabatan pasal service (?) aku...kat borang kepuasan pelanggan pun punye la gebang memacam pasal aku. time kasih banyak le incik kiyomi ye...hehehe...i really appreciate it (tetiba nak cakap omputih lak lps kena puji eh??gataiiiii)..ala incik, agaknye incik rasa kita se kufu kot dari pemerhatian incik kat mata saya nih...ukur lilit mmg tak bape nak besar la incik...tapi saya mmg kompom takde darah jopon..ai melayu totok tau incik...hehehe..eniwei incik, u make my day la..

quotes about being happy with someone. Happiness, Pain Quotes

Jangan Hilang Kawalan Diri 12:48 PM

Bila ustaz hilang kawalan.. pukul murid sampai mati. Bila pemandu hilang kawalan.. maka berlaku la kemalangan. Bila mak bapak hilang kawalan.. pukul anak sampai mendatangkan kecederaan. Bila politik hilang kawalan.. Timbul macam - macam isu yang memalukan. Bila manusia hilang kawalan maka itulah terjadi.

Bila hilang kawalan & jadi sesuatu yang buruk.. kesal & maaf adakala tidak dapat mengubah apa - apa lagi. Setiap hari kita membaca dalam akhbar atau menonton berita di TV tentang kejadian yang berpunca dari manusia yang hilang kawalan ni. Semakin hari semakin tak terkawal kes - kes yang berkaitan dengan hilang kawalan. Bila hilang kawalan dunia semakin tidak aman. Dalam rumah sendiri rasa tidak selamat lagi. Jadi kat mana kita nak pergi?

Bila terlalu banyak membaca atau melihat kes - kes yang berpunca dari hilang kawalan buat aku jadik takut pulak. Terasa fobia jer berada kat mana - mana sebab kita tahu dunia ni bukan tempat yang selamat lagi. Tapi kalau tak tinggal kat bumi takkan nak pindah ke planet pulak kan?? So, kita semakin tiada pilihan terpaksa juga menghadapi risiko untuk terus hidup selagi hidup. Punca hilang kawalan diri adalah dari sikap kurang sabar. Tak di nafikan itulah kelemahan manusia.

Tersentuh hati aku bila baca kat paper kisah murid tahfiz 7 tahun yang meninggal dunia di belasah ustaz kerana di tuduh mencuri wang sebanyak RM7. Berbaloi ke semua ni berlaku? Berbaloi ke kanak - kanak itu meninggal hanya kerana tuduhan yang belum pasti benarnya? Berbaloi ke ustaz itu berdepan dengan hukuman maut hanya kerana inginkan pengakuan dari seorang kanak - kanak tentang tuduhan mencuri wang RM7 tu? Jika dari awal ustaz itu berfikir semua ni.. Pasti tindakkannya terkawal. Memang ajal & maut di tangan Tuhan.. Tapi kes ni memperlihatkan kepada kita seorang yang berpendidikan tinggi dalam Agama pun masih belum mampu mengawal amarah. Masih terlalu sedikit sikap sabar dalam dirinya walau di bibirnya selalu mengucap kalimah Allah. Apatah lagi kita yang masih merangkak dalam mempelajari ilmu Agama ni.



Kisah Gadis yang cuba membunuh diri di KB mall tidak lama dulu juga berpunca dari hilang kawalan. Khabarnya Gadis tu dah meninggal dunia akibat meminum cecair clorox di tandas hospital. Menurut apa yang aku baca gadis itu di katakan terlanjur & sedang mengandung. Sang Lelaki tidak mahu bertanggungjawab membuatkan si gadis mengambil keputusan membunuh diri. Tak tahu sejauh mana kebenaran kisah tapi tetap puncanya dari hilangnya kawalan diri.


Moga kisah - kisah ini menjadi iktibar kepada kita semua. Setiap perbuatan yang ingin kita lakukan.. Cubalah sejenak berfikir agar tidak tersasar dari akal yang waras. Moga kita semua di lindungi dari perkara - perkara yang buruk.

P/s : Dan bila seorang cikgu juga hilang kawalan dalam mencari hiburan maka jadi la macam ni.. kekekekekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...