Huarghhhh...dh ari senin..tak puas nye cuti..hehehe..teruknye perangai..actually weekend aritu aku diserang migrain dgn ganasnye..Tak larat betul...lama gak tak kena migrain mcmni..selalu yg light2 je..Weekend nih baby pun buat perangai plk..tetiba jadik ganas..sejak akhir2 nih baby dh pandai show temper. Dah pandai mengamuk2..mmg sgt2 mencabar kesabaran..selalu aku buleh je sabar..tapi sbb aku migrain..maka darjah kesabaran aku dh makin menipis..mmg "kena" gak la baby ngan aku..pastu aku gak yg sedih balik..rasa cam jahatnye aku ni..bukan apa...sbb aku ni sgt2 jarang raise voice ngan dia..so aku rasa lain mcm bila tetiba aku jadik temper
Tapi bukan nak dengar, makin saje dibuat…kadang2 aku warning siap counting 1,2,3 lagik tapi bleh plak dia ikut kira sekali…mau ko tak sawan!dia takut pun kalo amik rotan atau hanger…haaa baru diam…tp takkan la everytime pun nak bawak rotan kat sebelah kan…alih2, google punye google, masuk forum ni….n adala insan baik hati ni share 1 article…..
"Anak degil...tanda cerdik"
Namun begitu, walau sebijak atau secomel mana pun anak-anak ini, tetapi jika bersikap degil dan keras kepala, sudah tentu akan memeningkan ibu bapa.Kadang-kadang kebanyakan ibu bapa tidak terlayan dengan kerenah anak mereka yang degil serta keterlaluan.Walau bagaimanapun, bagi ibu bapa tidak perlu gusar dan risau kerana sifat degil yang ada pada setiap anak-anak di peringkat usia dua ke lapan tahun merupakan fitrah semula jadi mereka.Anak-anak dalam usia ini, akan mengalami satu proses berfikir yang dicanai oleh proses tumbesaran.Perasaan ingin mencuba dan semangat ingin tahu menyebabkan anak-anak itu terdorong untuk melakukan perkara yang bertentangan serta tidak mendengar nasihat.
Pensyarah Psikologi Komunikasi dari Jabatan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Zamri @ Mua'ati ketika dihubungi menerangkan, cara anak-anak berfikir sangat mu-dah dan mereka hanya berfikir apabila diberitahu sahaja. Katanya, apabila otak membesar, anak-anak akan responsif dengan apa yang dilihat dan menyebabkan mereka ingin mencuba terutamanya sesuatu yang baru."Kedegilan pada anak-anak merupakan satu perkembangan yang sihat kerana dia mempunyai semangat ingin mencuba."Apabila mereka mempunyai respons terhadap apa yang dilihat, sudah tentu anak-anak ini akan melakukan apa sahaja yang dibuat oleh orang lain sebagai contoh, memanjat tangga,'' katanya.Beliau tidak menafikan anak-anak yang degil adalah anak-anak yang bijak kerana apa yang dialami oleh mereka menyebabkan mereka cepat berfikir dan bertindak terhadap apa jua yang dilakukan.Sifat degil yang bertempat sebenarnya membawa kebaikan kepada anak-anak itu sendiri.Sifat positif ini secara langsung menunjukkan anak-anak itu mempunyai prinsip serta mempunyai harga diri yang tinggi."Mereka ini berpendirian dan mempunyai maruah yang tinggi jika kedegilan mereka itu kena pada tempatnya, seterusnya anak-anak itu tidak mudah tunduk pada kata-kata orang lain,'' katanya.Malah, anak-anak akan ber-tambah degil jika ibu bapa menghalang segala tindak-tanduk yang dilakukannya."Ibu bapa tidak sepatutnya menghalang apa sahaja yang ingin mereka lakukan, tetapi perlu mengawasi setiap pergerakan anak selain mengasuh mereka dengan cara yang betul,'' terangnya.
Zamri turut menyangkal pendapat mengatakan kedegilan anak-anak berpunca daripada kesilapan ibu bapa yang tidak pandai mengasuh anak mereka."Tidak benar anak degil disebabkan salah asuhan, tetapi kenalah awasi selalu setiap pergerakan mereka,'' katanya.Ini kerana kanak-kanak hanya memberi perhatian pada sesuatu perkara sekejap sahaja. Jadi jalan terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan menarik perhatian mereka kepada perkara yang lain. "Ibu bapa boleh menarik perhatian anak-anak dengan menggunakan pujukan dan cara berkomunikasi dengan betul sehingga mereka faham mengapa dan kenapa kita melarang dia melakukan sesuatu,'' jelasnya.Katanya lagi, ibu bapa harus belajar cara berkomunikasi yang betul dengan kanak-kanak untuk memudahkan mereka berhadapan dengan pelbagai situasi yang melibatkan sikap dan tabiat anak mereka.Sebelum itu perlulah diingatkan, untuk mengajar anak bukan hanya dengan cara menggunakan kekerasan seperti memukul.Meninggi suara atau menengking anak yang degil juga bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah tetapi jika tahu caranya perkara yang susah akan menjadi mudah.Paling utama ibu bapa perlu bersabar dengan kerenah anak-anak dan luangkan lebih ba-nyak masa untuk memahami kerenah mereka.Ibu bapa juga patut bertanya atau mengajak kanak-kanak berbual, sekurang-kurangnya untuk mengetahui masalah yang dihadapi mereka.Tambah Zamri lagi, kedegilan kanak-kanak juga adalah mengikut persekitaran di mana dia berada dan kebiasaannya sikap degil hanya di peringkat kanak-kanak sahaja.Mereka berubah sedikit demi sedikit apabila mencecah usia dewasa.”
oooo begitu kah? Komen2 sume plak semuanya cerita tentang kedegilan anak masing2…cara masing2 handle pun different & kadang2 rasa cam lawak jek…maknanya normal la kot budak2 time2 baru nak belajar ni buat yang bukan2…just sebagai parents ni kena la pandai nak uruskan kanak2 nie..hurmmm, rasanya aku kena pikir cara terbaik camne nak uruskan baby nih.. kena try to calm down..takleh la nak marah2 sgt..tapi bukan la smp takleh tegur ye tak..cuma pendekatan yg diambil tu mestilah kena pada tempatnye..aritu mak pun ada cakap ngan aku, baby nih tgh develop mind dia. sume dia nak try..tapi takkan la bila dia guna sabun basuh pinggan tu nak cuci badan dia, aku kena diam kot?? adesss payah2...takpelah..ye la kot dia nak develop minda dia..hopefully baby jadik anak yg mengikut kata bila besar esok...
.: “Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15) :.
0 comments:
Post a Comment