Home » Kritikal Kritikal 12:13 PM

"Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang ketika musibah, mereka berkata: "Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNya kita akan kembali".Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari tuhannya,dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk".(Al-Baqarah:155~157)

"Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman."(Ali-Imran:139)


Hari ni aku dilanda situasi yang agak kritikal membuatkan hari yang dilalui agak tidak bersemangat.Namun aku cuba tabahkan hati untuk menghadapinya.Kadang terasa seolah-olah diri ini keseorangan di celah-celah manusia ....Diri aku ni masih belum cukup kuat dan ampuh untuk menghadapi dugaan ini berseorangan. macam terasa darah meleleh kat dlm hati nih..Kenapa? soalan yg tak abis2 menggangu otak aku yg mmg dah terganggu nih. Ko nak tau sangat kebenaran kan??? haaa hambek ko!! Kebenaran itu suatu subjek yang sangat pahit untuk ditelan sebenarnya..sebab kita telah dibiasakan dengan cerita yang indah-indah belaka semasa dan sejak kia memulai proses hidup sejak akil baligh lagi..macamana nak cakap yer..kalau aku kata,CERITANYA BUKAN BEGITU,BEGINI SEBENARNYA...bahkan akan mendatangkan satu perdebatan yang hebat,yang tak terkata kusutnya,bagai benang bersimpul,sukar untuk diperbetulkan.atas sebab telah sebati menjadi darah dan daging..

Apalah yang nak diharapkan pada makna nya sebuah nilai kehidupan itu sendiri melainkan ianya hanyalah pentas lakonan ,pentasnya inilah dunia yang kita pijak..pelakonnya kitalah yang masing-masing dianugerahkan dengan satu watak yang diberi tuhan ..maka dalam watak itu adalah hak kita untuk mencorakkannya..kau nak hitam ke,atau putih ke..semuanya atas kebijaksanaan kita..didalamnya itulah nilai ikhlas pada diri,ikhlasnya walau jahat itu milik kita,baik pun milik kita jugalah..semua sifat ada disini,didalam diri..itu sebab kalau dikatakan sifat binatang pun ada pada kita pada waktu-waktu yang ditetapkan,bilamana gagal mengawal emosi dan level insan,maka iblis pun berkuasalah,duduk disinggahsana hati..maka dibinatangkanlah kita yang mula hilang arah ini untuk mendapat point-point yang menjurus kearah kemudaratan pada tubuh dan akal..
itu sebab orang tua-tua kata,kalau tak boleh kontrol perasaan..ingatlah tuhan..

Aku pun kadang-kadang ada juga sifat kebinatangan pada diri,itu kelemahan tapi itulah kebenaran..apo nak dikato..hehe..kadang-kadang ada juga sifat kemalaikatan pada diri..itu lah kelebihan,apo nak dikato..hehe..

dua benda saja dalam hidup ni...hidup dan mati...tuhan-hantu-tuhan-hantu..mana satu yang kita mau?hehe..

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah para nabi,kemudian baru orang yang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka.Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kepada agamanya.Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujian yang menimpanya,bila lemah dalam agamanya,maka diuji pula oleh Allah sesuai dengan tingkatan ketaatannya kepada agamanya.Demikianlah ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan tidak berdosa."
(Hadis riwayat at-Tarmizi)


Dari hadis di atas dapatlah disimpulkan bahawa musibah atau cubaan yang diturunkan Allah kepada hamba-hambanya adalah bertujuan:
1. Untuk membersihkan dan memilih, mana orang mukmin yang sejati dan mana orang munafik.
2. Untuk mengangkat darjat serta menghapuskan dosa.
3. Untuk melihat sejauh mana kesabaran dan ketaatan seorang hamba.
4. Untuk membentuk dan mendidik keperibadian manusia sehingga menjadi umat berbudi tinggi.
5. Sebagai latihan, supaya manusia terbiasa menerima ujian dengan demikian akan bertambah kesabaran, kuat cita-cita dan tetap pendiriannya.

Ubat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua solat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah


Selagi kita bernafas di atas muka bumi ini,selagi itulah kita akan diuji...kita hanyalah makhlukNya yang cuma menumpang seketika di alam fana ini, berkelana menuju destinasi yang pasti,,,,lalu mengapa terlalu mendambakan kesenangan yang sementara. Dunia ini bukankah tempat ujian semata?

Tuhan kupohon kepadaMu diberi sekelumit kekuatan dan kesabaran buatku menempuh hari-hari mendatang yang pastinya akan lebih mencabar.Kupujuk hati ini,"Sabarlah wahai hati,cuma untuk beberapa waktu sahaja lagi, mentari pastinya kan muncul lagi.Wahai hati,jangan bersedih lagi.Senyumlah dan tabahlah menghadapi hari-hari, demi mengejar sinar di hujung destinasi".

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Ajaib bagi orang mukmin,bila senang dia bersyukur lalu diberi pahala.Bila susah dia bersabar lalu diberi pahala.Dalam kedua-dua keadaan dia mendapat keuntungan."

~monolog hati seorang aku yang sedang berusaha mengumpul kekuatan~

Moga dipermudahkan oleh Allah segala urusan-urusanku.Diberi kekuatan untuk menghadapi segala dugaanNya

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...